Ok.. ni entry leleh bab nak kene kasi basuh itu kepala la...hehe.. Takde la.. Gurau2 je...
Actually ni just luahan and pendapat pink tentang cinta..
CINTA?????
Haaaa... Mesti korang annoying kan baca entry2 macam ni.. Jangan nak tipu.. :p Tapi teruskan jela eh alang2 da baca tu kan...Tak elok baca sekerat2..
Actually entry ni terhasil pun sebab membe pink ade cakap nak belaja cara ngorat kaum hawa ni...Cara nak tambat hati and bagi perempuan tu sangkut ngan dia... Ok memang niat dia bagus la cz dia nak tau rahsia2 tambat hati gadis2 sunti macam kite2 ni..hehe..Tapi pink bukan orang yang benar2 arif dalam ini cerita la..so nak ajar memang tak pandai..Cehwah! Tp pink suka tgk kalau org tu bersungguh nak tau macam mana nak tambat hati si sunti... Tapi ..................
' Ini cuma dari sudut pink.. Pink tau pink bukan pakar dalam bab2 ni '
Bagi pandangan pink, cinta tu tak perlu dipelajari sebenarnya.. tak perlu nak di ajarkan.. Tak perlu nak berguru bagai..Tak perlu nak amik segala ilmu2 ngorat... Sebab ape??
Sebab cinta tu sebenarnya paling sukar kita nak pahami...Kadang kita tak sedar yang kita sebenarnya cintakan sesorg...Betol tak? Cinta tu akan datang ngan sendirinya tanpa kita sedari,tanpa kita pinta,tanpa kita mahu.. Cinta tu gak la yang akan membuatkan kita menjadi sekuat2,setabah2 dan juga selemah2 manusia.. Dalam erti kata 'tabah dalam mengharungi bahtera cinta' korang la... Kan da kuar ayat bunga2 tu..hehe
Geli kan?? Tak kesah la kalo korang nak geli.. Korang pon manusia gak...Tak banyak sikit pun mesti ade punya naluri jiwang2 macam ni..hehe
So ape yang pink nak cakap actually kita tak perlu terlalu tepikir2,terkejar2 macam mana nak tambat hati sesorg sebab..??? Tak semestinya diorang akan tertambat even da bermacam2 ilmu dan taktik yang korang bazirkan... Ye dak???
So just bersabar and percaya pada segala qada' dan qadar... InsyaAllah jika dia memang tertulis untuk kita,takkan lari kemana gak....
Hanya mereka yang betol2 merasakannya akan memahami and dengan sendirinya akan tau ape yang perlu dilakukan... Dat time da tak perlu belajar da.. Automatik lampu menyala kat otak.. TOINK! hehe..
Kita memang leh belajar sume taktik2 tapi tak semestinya kita akan menghargainya... Melainkan kita benar2 menyanyanginya.. Dats y la pink bagi hint 'antara pengertian dan pembelajaran'..Pengertian tu ibarat cinta suci la,ianya sesuatu yang terlalu besar dan bermakna yang sukar untuk dikecapi.. Tapi pembelajaran adelah suatu yang mudah untuk didapati and dikongsi ibarat suka2,hari ni belaja yg ni sok lusa tukar belaja yg lain...
Ni bg pink ibarat cinta suci..
Tapi yg ni ibarat suka suki.. ;p
Tapi tu semua bergantung kat individu masing2 la... Manusia ni tak semuanya sama walaupun rambut sama warna.. Pendapat mesti lain2 kan....
P/s : Entry merapu ni wat mata pink berkelip2 je...hehehe
Go and get ur life ^^