Instagram

Monday, December 17, 2012

Maafkan

Telah tiba waktunya untukku menyatakan
Padamu sebenarnya apa yang ku rasa

Maafkan hati ini
Yang tak bisa berhenti menyanyangimu
Walau ku tak bisa menjadi milikmu
Juga sebagai yang tercinta di hidupmu

Kekasih yang ku cinta
Kekasih yang ku mahu
Ku tahu saat ini kau masih ragu


Maafkan hati ini
Yang tak bisa berhenti menyanyangimu
Walau ku tak bisa menjadi milikmu
Juga sebagai yang tercinta di hidupmu

Maafkan hati ini
Yang tak bisa berhenti menyanyangimu
Walau ku tak bisa menjadi milikmu
Juga sebagai yang tercinta

Sungguh bukan maksudku
Untuk memaksamu menjadi milikku
Yang selama ini sudah menemaniku
Dan sebagai yang tercinta di hatiku

Song : Maafkan
Artist : Nikita Willy

Go and get ur life ^^

My Ping in TotalPing.com Kedai Backlink,Backlink Percuma Blogged.my

Tuesday, December 11, 2012

Ajari Aku



Ajari aku tuk bisa
Menjadi yang engkau cinta
Agar ku bisa memiliki rasa
Yang luar biasa untukku dan untukmu

Ku harap engkau mengerti
Akan semua yang ku pinta
Karna kau cahaya hidupku malamku
Tuk terangi jalan ku yang berliku

Hanya engkau yang bisa
Hanya engkau yang tahu
Hanya engkau yang mengerti 
Semua inginku

Mungkinkah semua akan terjadi pada diriku
Hanya engkau yang bisa mencintaiku

Hanya engkau yang bisa
Hanya engkau yang tahu
Hanya engkau yang mengerti 
Semua inginku

Hanya engkau yang tahu
Hanya engkau yang mengerti 
Semua inginku

Ajari aku tuk bisa mencintaimu


P/s : lovely song...





Go and get ur life ^^

My Ping in TotalPing.com Kedai Backlink,Backlink Percuma Blogged.my

Monday, October 29, 2012

Jimba

Last sunday iols keluar mencari ketenangan. Haha! Sambil nak usyar aksesori untuk kereta kat Pekan Kajang yang sangat la boring tu. Tapi tak jumpa yang berkenan di hati. Then suddenly ada orang ajak pergi Sunway Pyramid. So iols pun dengan hati yang riang dan sedikit gemuruh tu pun on jela.

So sesampai je di Sunway Pyramid 1st place yang weols tuju ofcourse la wayang! Lama kau akak tak tengok wayang. hahaha! Berbulan da rasanya. Cerita la apa pun movie baru kat aku memang aku tak tahu! So disebabkan waktu yang tak berapa nak mengizinkan weols pun decide tengok wayang yang awal la. Nasib baik Taken 2 start pukul 5.40pm.

Then after dah beli tiket weols pun pergi la cari tempat nak makan sebab dia ni belom makan lagi. Mesti la lapar gila kan! So weols just makan kat The Chicken Rice Shop jela.


Lepas dah kenyang melantak apa lagi jalan-jalan la usyar apa yang patut sementara nak tunggu wayang start. Pusing punya pusing nak cari barang kereta last-last dia yang beli untuk kereta dia. Hahaha! Dah terbalik, aku yang nak cari last-last dia yang jumpa apa yang dia perkenan. Tak kisah la after that weols pun terus menuju ke wayang la sebab movie dah nak start. For me Taken 2 ok la jalan cerita dia. Mahu terkejut-terkejut juga aku dalam tu. Jiwa lembut la katakan! Yang dia pula cool je sambil makan popcorn! HAHAHAHA. Comel!

Habis je tengok wayang weols gerak ke Bukit Bintang pula sebab our friend main busking kat situ. Then dia pun join juga la nak berbusking. Aku follow je sebab lama gila dah tak tengok orang busking. Last tengok pun time study dulu sebab rajin merayap kan! Ngeee


So thats it jela yang berlaku hari ahad lepas. Nanti bila ada story lagi aku update ok :)

Go and get ur life ^^

My Ping in TotalPing.com Kedai Backlink,Backlink Percuma Blogged.my

Wednesday, October 24, 2012

Tak dapat buat apa-apa

Nothing pun nak update just entry ni mengenai apa yang aku rasa and pikirkan sejak akhir-akhir ini. Ok! How to start eh....... *thinkingggg*

Apa yang korang rasa bila korang tak dapat buat apa-apa untuk orang yang korang sayang? Even dia tak pernah minta apa-apa pertolongan and tak pernah harap yang kita akan tolong pun. And yang paling sukar sekali bila dia taknak cerita or maybe dia tak tahu nak cerita or maybe its too private,, But sometimes kita boleh rasa kot bila dia ok and tak. Even memang dia akan cakap dia ok but air muka ni kadang-kadang dah boleh gambarkan apa yang berlaku "Apa yang berlaku tak seperti yang diucapkan".. Tapi boleh ke korang ignore je macam nothing happen? I dont think so. Melainkan ko ni jenis manusia yang memang dilahirkan takde perasaan yes maybe la. 

Why la so difficult this situation. Or diri sendiri je yang rasa benda ni macam difficult? Macam rasa ada batu hempap je kat diri! Coz?? U cant do anything for someone u care even as a friend. Tu yang buat rasa macam OH i'm a loser.

1 THING THAT I CAN SAY :

 

Go and get ur life ^^

My Ping in TotalPing.com Kedai Backlink,Backlink Percuma Blogged.my

Tuesday, October 23, 2012

Kau Yang Terindah




Ku disini mengalunkan rindu yang resah
Aku disini memuja bayangmu
Setiap detik degup nadiku hanya untukmu
Cinta membara jiwa gelora

Kau yang terindah didalam hidupku
Hanya cintamu mekar selamanya
Tak inginku lagi mencintai yang lain
Kau telah mengikatku selamanya

Ku disini menantikan janji yang hilang
Aku disini menghitung harapan
Setiap detik tiap nafasku ada cintamu
Bagai semalam semuanya hilang

Kau yang terindah didalam hidupku
Hanya cintamu mekar selamanya
Tak inginku lagi mencintai yang lain
Kau telah mengikatku selamanya

Ku disini menantikan janji yang hilang
Aku disini menghitung harapan
Setiap detik tiap nafasku ada cintamu
Bagai semalam semuanya hilang 2x

P/s : Jatuh cinta dengan melodi and lirik. Meaningful :')


Go and get ur life ^^

My Ping in TotalPing.com Kedai Backlink,Backlink Percuma Blogged.my

Thursday, October 11, 2012

Langkah Kanan

Semalam genap 3 hari aku bekerja berseorangan. Almaklum la my partner pergi kursus 'Fail Meja'. Kursus tempat best pula! Kat Shangri-La Putrajaya. Sob sob sob. So lunch semalam tetiba diorang panggil suruh datang makan kat sana. Ingatkan gurau je rupanya betol. HAHA. Langkah kanan sangat uolss! Da la memang lapar gila that time dengan tak breakfast lagi, nak tunggu waktu lunch dalam sejam lebih itu memang sangat la dugaan okay....

Dalam kepala dah bayang makanan sedap-sedap! Tahu jela kalau orang lapar kan memang imagine makanan depan mata je. So semalam dalam 12.30 aku dengan 1 lagi staff MIROS bergerak la ke Putrajaya untuk makan sedap. HAHAH *yang penting free kau* bukan selalu dapat kennn...

So sampai je ya ampun banyak bangat makanannya. Mata jadi tak keruan melihat. Bila dah banyak pun susah sebab jadi tak tahu nak makan apa. Biasa la tu. So last-last aku makan apa je nak tahu? Sila tengok gambar yang akan menyusul ok :)

1st sekali aku makan benda ni dulu <Kebab, Chicken Chop, Lamb Chop and Kentang>

P/s : Kebab dia sangat sedap! Tak cukup. HAHA. kalau tank aku besar mahu aku sumbat lagi. Takpe-takpe jangan diikutkan nafsu tu sangat.


2nd aku makan Dim Sum. Seriusly ni la pestime aku try benda ni. Ok la tapi takde la selera aku sangat.


Dessert pula aku pilih aiskrim je ;)


So itu jela yang aku makan. Now bab makan dah close! Nak tunjuk sikit environment semasa aku makan kat situ pula. Ni pun akak office yang ambilkan coz aku tengah makan.






Lepas makan sempat diorang ambil angin kat luar. Macam syiok je. 



Tu jela untuk hari ini. Sekian.


Go and get ur life ^^

My Ping in TotalPing.com Kedai Backlink,Backlink Percuma Blogged.my

Monday, October 8, 2012

The Art of Effective Customer Communication

Entry kali ni agak basi sedikit sebab dah beberapa hari jadi pekasam. Almaklum la tak ada masa dan mood untuk menghupdate. Nak update pun kene tunggu ada mood tau. Kang kalau takde habis tunggang-langgang blog jadinya. Hahaha

Ok entry ni bukan aku nak bercerita panjang tentang communication atau art. Just nak cakap last week hari Khamis dan Jumaat aku join kursus tu. Actually ianya wajib juga sebab as a customer service officer * terasa besar gitu * haha banyak benda yang aku perlu tahu. Banyak ilmu-ilmu yang boleh aku dapat from that kursus. How to handle customer yang bermacam-macam ragam. Ragam manusia ni sedia maklum jela NAUZUBILLAH. Banyak point-point yang sangat berguna aku dapat and the best thing is aku boleh gunakan untuk kehidupan seharian aku. Jeng jeng jeng ;p

So sepanjang dua hari aku join kursus tu ok la sebab staff-staff yang terlibat pun sporting and senang berkerjasama. Dari yang aku tak pernah bercakap and kenal pun aku dah kenal. Hihi. So kira ok la fun la juga. Nah aku sertakan sedikit gambar untuk tatapan :)

Day 1 : Me? Yang duduk muka tak nampak tu :( hahaha fokus konon!

Day 2 : Ada game yang aku sampai ke sudah tak paham! grrr

P/s : Today ada staff yang kene pergi kursus untuk fail meja kat Shangri-la, Putrajaya. Me?? Office jela.. hahah
Go and get ur life ^^

My Ping in TotalPing.com Kedai Backlink,Backlink Percuma Blogged.my

Friday, September 28, 2012

Kajian Bulan ( suka-suka je )

MENGIKUT KAJIAN DATUK DR FADZILAH KAMSAH..

DISEMBER
Sangat setia dan pemurah, bersifat patriotik, sangat aktif dalam permainan dan pergaulan, sikap kurang sabar dan tergesa-gesa, bercita-cita tinggi, suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi, seronok didampingi, suka bercampur dengan orang, suka dipuji, diberi perhatian, dan suka dibelai dan dimanja, sangat jujur, amanah dan bertolak-ansur, tidak pandai berpura-pura, cepat marah, perangai yang berubah-ubah, tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi, benci pada kongkongan, suka berlawak, pandai buat lawak dan berfikiran dengan logik.

Ni konon gambar bajet-bajet nak menunjuk perasaan

MENGIKUT KAJIAN DATUK DR FADZILAH KAMSAH..

MAC
Berpersonaliti yang menawan dan menarik, mudah didampingi, sangat pemalu, pemendam rasa, sangat baik secara semulajadi, jujur, pemurah, mudah simpati, sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran, suka pada kedamaian, sangat peka kepada orang lain, sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain, tidak cepat marah...
dan sangat amanah, tahu balas budi dan tahu kenang budi, pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam, kecenderungan untuk berdendam kalau tidak dikawal, suka berangan-angan, suka melancong, sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi, kelam-kabut dalam memilih pasangan, suka dengan hiasan rumahtangga, punya bakat seni dalam muzik, kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik jangan terlalu moody.
See!! hahaha.. he loveee music more than anything. Acaner tu?
 
Him :  Berapa peratus ketepatan itu???
Me :  Banyak la syg.. kalau dengan u rasanya macam 60% ada kot.. :p
Him :  U punya mana?? Nk tngok gak
Me :  Jap
Him :  Dah tngok. Bersikap petriotik tu saya setuju. Hahaha. Sanggup basah ketiak d stadium...
Me :  Hahahaha... helooo! ketiak u xpnh basah ke....
Him :  Bau pun xde.. Well!!!
Me :  Ada bukti ke.. haha. ckp kosong je ni kot.. :p

Grrrr sempat tu dia perli aku pasal aku pergi SINI .Da lah bongkak pula tu nak cakap konon ketiak dia wangi. Haha. Takpe orang disayangi tuhan kan tahap kesabaran dia tinggi. Harharhar 

P/s : Ni entry saja SUKA SUKI ye. Kajian ni minta akak office tolong carikan. Peace! ;)

Go and get ur life ^^

My Ping in TotalPing.com Kedai Backlink,Backlink Percuma Blogged.my

Wednesday, September 26, 2012

Saya sayang mummy!!

Selamat Pagi :)

Taknak cerita banyak. Just nak cakap pagi ni mummy kita buatkan brekpes untuk kita. Aww! Sayang betol mummy dengan aku. Ok aku tahu bukan mummy aku sorang je yang buat macam ni. Im sure semua mummy akan buat macam ni.

But yang buat aku terharu tu bukan apa, actually dinner semalam aku tak makan. Balik keje terus duduk terperap dalam bilik. Makan pun rasa malas je nak turun. So my mom ni perasan pula aku tak dinner semalam, jadi mesti la dia aspek aku akan lapar sesangat pagi ni. And yes yes yes!!! memang aku lapar gila. Bangun tidur terus ambil baju nak gosok then tetiba mummy cakap 'nanti bawak bekal mama dah masak nasi goreng untuk adik. Mesti lapar semalam tak makan' OMG....... So terharu! *jangan nak drama sangat* hehe

So kita pun dengan senang hatinya setelkan gosok baju,mandi then siap-siap nak pergi keje dengan hati yang senang sebab tak payah pikir nak cari brekpes pagi ni. Tu yang suka!*angkat kening* hahaha. Pastu sebelum nak keluar dari rumah tetiba mummy panggil datang dapur suruh minum milo! Wah!! Milo pun ada. Bestnyaaaa kalau hari-hari macam ni. :p

Tengok..banyak betol mummy kita letak! Nak perli kita lapar sangat ke apa ni? haha



P/s : Thanks mom!! I love u!

Go and get ur life ^^

My Ping in TotalPing.com Kedai Backlink,Backlink Percuma Blogged.my

Sunday, September 23, 2012

JJCM

Penatnya kene buat proposal company abang ni. Baik kan? bertuah siapa dapat adik macam aku *flip hair* hahaha. Baik la sangat ni sebab kene paksa tau. Dah selalu kene buli dengan abang sendiri *nangis tepi katil* T_T 

Btw tengah search picture untuk proposal abang tetiba rasa malas tu menjelma pula. Berhenti sat la terus sign in blogger. Hihi. Ada cerita lagi ni nak kongsi. Alaaaa takyah tunggu ada cerita, takde cerita pun aku tetap bikin cerita. Hentam saja lah!

Petang tadi aku keluar lah jalan-jalan nak luaskan pemandangan yang dah tersedia luas. Eh silap yg tak berapa nak luas! Selalu berjalan tapi tetap tak luas-luas *geleng kepala 10x* Nak cerita panjang mahu berjela-jela nanti so kita amik point penting jela eh. Amik kau point terus! hahaha. Petang tadi pergi lepak kat IOI Puchong tu. *Tetiba terimbau pula zaman mula-mula bercinta dulu* Haha. So sementara nak tunggu tempat steamboat kat sunway tu beroperasi lepak la minum kat Oldtown White Coffee. 


Agak-agak dah boleh angkat pungkoq baru la bergegas ke destinasi yang seterusnya. Wahh ibarat JJCM = Jalan-Jalan Cari Makan gituu. Feeling sikit! So pergi la singgah makan kat Flaming Steamboat. Seriusly ni la kali pertama aku try makan steamboat. Haaa jangan nak gelakkan ok!!! Amaran keras! haha. So bila da try tadi ok la. Tapi nak jadikan favorite tu tidak lah sama sekali. Just gitu-gitu jela. Tekak sambal belacan la katakan. Tak reti berstim ni. Har har har. Tapi kita layankan jela tekak si dia sebab si dia ni pun boleh tahan suka makan steamboat ni.




Harga dia pun ok kot coz kau boleh makan sampai lebam. Makan la berapa banyak pun bayar tetap sama. So make sure perut korang lapar lagi terbaik la. Hahaha.


Licin kan kami makan. Nak tahu lebih lanjut mengenai tempat/harga korang klik link FLAMING STEAMBOAT ni ok :)

P/s : Ok la nak sambung buat proposal sikit then tido. Nanyte!




Go and get ur life ^^

My Ping in TotalPing.com Kedai Backlink,Backlink Percuma Blogged.my

Friday, September 21, 2012

Lunch

Selamat Tengahari..

Dah lunch ke? Kita dah lunch. Kenyang sangat! Takde nak cerita banyak pun just nak cakap harini kita keluar lunch dengan girlfriend kita yang since sekolah rendah tu. Hihi. Lama gak tak hangout dengan dia, last jumpa pun waktu open house rumah kita. Helooo, takde la lama sangat. Poyo je ni! hahaha. Pink dengan sikap kepoyoan dia memang tak dapat dipisahkan. *muka kerek*

Actually my fren ni dia dah dapat kerja tetap kat Sekolah Kebangsaan Sultan Abdul Aziz Shah. Rasanya belom sebulan lagi dia berkhidmat dekat situ. Untung la rezeki dia dah dapat kerja tetap. :) Happy for her! So kebetulan pagi tadi whatsapp la dengan dia then dia ajak lunch together uols! So iolss pun on jela plus lunch break hari jumaat kan lama. Harus la lepak-ing sebentar.

So weols pun decide lunch dekat-dekat je dengan tempat kerja weolss supaya nanti takde lah kelam-kabut nak balik office! Kat mana lagi kalau bukan Metropoint tu. naik jemu aku tengok! Haha. Sambil-sambil menikmati makanan banyak gak lah yang sempat weols gosipkan. Lalala ;p


Ni lah makanan weols. Seperti sedia maklum la aku suka sangat dengan curry laksa dia. Sedap! My fren pula try asam laksa dia. But for me asam laksa dia tak berapa best! Ok la tu je picture yang ada! Weolss tak suka bergambar sangat! Ahakz! *tak suka lah sangat* duhhh 


Go and get ur life ^^

My Ping in TotalPing.com Kedai Backlink,Backlink Percuma Blogged.my

Wednesday, September 19, 2012

Bila rindu

Eeee.. rindunya kat dia..
Apa lah dia buat..
Dia ingat aku tak...
Tu antara benda biasa yang akan berlegar kat kepala la bila kita tengah rindukan sum1. Sumtimes bila kita rasa rindu sangat pun boleh menganggu aktiviti seharian kita. Betol ke tak? Mana taknya apa yang dibuat semua tak kena, mandi tak basah, makan pun dalam pinggan nampak muka dia, tido tak lena. Macam-macam lagi la. Everything yang kita buat pasti ada je yang tak sempurna gitu. Yang ada dalam kepala asyik nama dia dia dia. Dah macam kene jampi pun ada! haha.

Orang cakap rindu tu datang bila kita ada rasa sayang suka dan kasih. Ye ke? Mungkin la. Haha kalau tak takkan lah aku boleh rasa macam ni. lalala. Oops! lagi 1 nak menyokong kenyataan aku ni, kita takkan pernah merindui apatah lagi mengingati orang yang kita benci ye! Buat tambah annoying kot. *muka kerek sikit*

So bila dah rindu tapi tak dapat jumpa apa lagi yang boleh di buat selain dari telefon and mesej? Opkos la video call, skype etc. Atleast dari tak nampak boleh nampak dia, lubang hidung dia, silap hari bulan orang ada kelemumur pun boleh nampak. Ok! tu tipu sangat! har har har


Weee skype dengan dia kat rumah semalam tapi dia still kat office. Banyak kerja katanya! haha. Habis aku teliti setiap inci. Puas akak! ngeh3x ;p

P/s: Walaupun tak hilang rindu 100% tapi sedikit terubat juga ;)

Go and get ur life ^^

My Ping in TotalPing.com Kedai Backlink,Backlink Percuma Blogged.my

Saturday, September 15, 2012

Memasak + Cinta

Seluruh badan rasa sengal. Letih yang amat mungkin. Haha baru masak sikit takkan dah letih. Mengada betol kan! Takde la bukan sebab memasak, aku yang salah tido malam tadi. Entah posisi macam mana aku tido pun aku tak tahu. Yang aku tahu bangun pagi je dah mendapat sakit-sakit badan. *mungkin aku tido gaya kuak lentang kot* kuikuikuii.

Ok! back to topic. Topic tu memang kena bagi unik and suspen sikit padahal nothing pun. Just nak cerita semalam aku memasak untuk kesayangan. Rajin kan?! Anak dara mesti la rajin *mata keatas* haha. Nak dijadikan cerita beberapa hari before sabtu kesayangan ada cakap dia teringin nak makan ayam masak mamak. Aku ni pantang kalau dah ada orang request. Tak sampai hati tak buat. Lalala. So aku pun masak la kan. Kesian kang kempunan tak masak. haha.

So apa lagi sabtu tu aku pun dengan semangatnya bangun pagi sediakan lah bahan-bahan nak buat masakan kegemaran dia tu. Punya lah aku memasak dengan sepenuh hati tanpa ragu-ragu dah confident sedap la ni.Haha. Mana taknya aku masak dengan rasa cinta yang mendalam tu ;p Tak sabar nak bagi dia makan. Tapi tu la yang sedihnya aku rasa dah 4 kali aku masak mamak ni tapi tak pernah yang perfect. Mesti ada terkurang sana sini. Kecewa hati akak ni tau! Haha tapi sepanjang 4 kali aku dah masak mamak ni,yang 1st time aku buat tu yang jadi. Kesayangan pun setuju! Ada lah rasa nak sama dengan mak dia masak. Nak kata perfect tu tak la but atleast 80% maybe ada! Sangat confident kan. Tapi yang kali kedua dan seterusnya makin kurang. Huhuhu. *sad face* Cinta aku makin berkurang ke?? HAHAH ooopss! Tak tak tak. I Love Him Much!

Tapi kan... Yang aku suka sebab apa tau........

Walaupun aku masak tak sedap kesayangan tetap puji tau! Pandai kesayangan jaga hati aku! hoho. Sejuk sikit aku dengar. Awww! Tapi ikhlas ke tak dia puji tu kita tak tahu la kan. Tak kisah la janji dia sayang aku! lalala. Tapi kan dia cakap "nanti nak kene menuntut lagi dengan mak dia" OMG! Dia nak perli aku masak tak sedap ke apa ni,bukan main tadi dia da puji sikit. Hahaha Takpe la aku redha.



Actually resipi masak mamak tu datang dari mak dia, Aku belajar dari mak dia. 1st time aku dengar nama 'masak mamak' tu pun aku dah pelik coz sebelum ni seriusly aku tak pernah dengar. But bila aku dah tengok and belajar cara nak masak dari mak dia rupanya senang je. Senang ke? Dah 4 kali masak masih tak perfect. Bila lah nak perfect pun tak tahu. :( Nasib baik kesayangan terima je apa yang aku masak. Mana taknya kang kecik hati aku! hahaha

P/s : Macam mana nak masuk masterchef ni masak asyik ada je yang terkurang sana sini. Lalala

Go and get ur life ^^

My Ping in TotalPing.com Kedai Backlink,Backlink Percuma Blogged.my

Thursday, September 13, 2012

Jamuan Raya MIROS 2012

Salam..

Menggedik di pagi hari :)

Selamat petang akak2 dan abg2 yang cantik dan hensem!! Sejuk weh nasib la ada shawl Kak Farah ni. Pinjam sat! Btw taknak merepek panjang lebar sangat coz aku tau aku merepek ke tak merepek ke takde siapa yang kesah. Haha! I LOVE MY BLOG!! Tetibe kan. Ok sambung balik. Actually hari ni MIROS ada buat jamuan raya sekali dengan Mesyurat Kelab Miros/Mesyuarat Agung something like that la. Im not sure sangat tapi yang aku sure jamuan raya tu ye!! haha. Nampak tak kegelojohan disitu. Anak dara apa la aku ni. Malu je! Bab makan kau laju je. Helooo aku seorang je ke yang berperangai macam ni?? Aku rasa berlambak lagi anak dara yang berperangai comel2 macam aku ni *muntah hijau orang baca*

So nak cerita banyak pun tak perlu sangat kot yela balik2 bab makan je kan. Takkan la all the time aku nak tulis aku makan nasi lauk blablabla. Tak best kan. So tu korang layan jela picture k.





 


Selain makan2 ada gak cabutan bertuah dan hadiah untuk booth tercantik yang mewakili setiap unit. And nak tau tak booth yang jadi juara?? hahaha.. 

Jeng Jeng Jeng... 

Booth yang jadi JUARA!!!

Mesti la booth unit aku!! Gempak seyh. Terbaeekkk la siapa yang buat deko-deko tu. Nice job! Congratz to all of us! 

P/s : Pic ada sikit ambil dari fb Kak Sara Miros. Dengan ucapan *pinjam gambar ye kak ;p*

Go and get ur life ^^

My Ping in TotalPing.com Kedai Backlink,Backlink Percuma Blogged.my

Wednesday, September 12, 2012

Cinta Jarak Jauh

Mentang-mentang kat luar sana tengah hujan, mula la mood berpeeling2 aku ni datang kan. haha! Biasa la tu orang kata ilham datang tak kira masa kan? So bila ilham datang apa lagi terus la sign in blogger cepat2 takot ilham lari terus tak datang2 nanti! :p

Hari ni ilham aku pasal jarak. Actually tertimbulnya benda ni pun secara spontan. Spontan ke? haha *toleh kiri kanan sambung type* Btw jom kita kupas eh isu jarak jauh dalam perhubungan ni. Macam mana la rasanya pasangan yang berjarak2 jauh tu kan? Bahagia ke? tak rindu2an ke?? Tak meroyan ke? Kalau aku jangan kata rindu mau kematu tak tahu nak buat apa. Seminggu tak jumpa pun da tak tentu arah ni kan pula *geleng2 kepala* tak mahu! haha.

Tapi kan aku tabik spring kat pasangan yang masih utuh bak tugu negara sebab even jarak berbatu2 tapi cinta tetap mekar bak bunga ros yang mengembang gitu. Eh tapi bunga ros pon boleh je layu lol. Haha. Sangat geli2 kan ayat aku. *ada aku kesah* Dah kata bab cintan kan kalau tak geli2 bukan cintan la namanya.

So macam mana nak hadapi if situasi macam ni terkena kat batang hidung sendiri? *sad face* Even belom lagi melalui perhubungan sebegini tapi tak salah mempersiapkan diri kan. So apa lagi kita pon google la mana yang patut so terjumpa la point2 yang mungkin bermanfaat. Antara point yang aku boleh kupas bagi mempertahankan hubungan jarak jauh ialah zassssssssss.....!



  • Komunikasi : Paling-paling penting ye! Kalau dulu dekat mungkin la nak tengok hp pon malas. Tapi bila dah berjauhan please alert with ur hp. Even takde masa macam mana sekalipun cuba la juga cari sedikit masa untuk berhubung. Susah mana sekalipun atleast bertanyakan la khabar. jangan menjadikan alasan busy itu sebagai penyebab untuk tidak berhubung kerana jika ini berlaku berkemungkinan akan timbulnya pergaduhan dan akhirnya menjadi pencetus kepada pelbagai permasalahan lebih2 lagi cinta yang berjarak ni.

  • Kesetiaan : Saat berjauhan ni memang akan timbulnya rasa curiga dalam setiap pasangan. That time mula la macam2 dugaan timbul. Its normal thing la dah pasangan takde depan mata. Apa yang dia buat pun kita tak tahu tapi apa yang kita boleh buat hanya berharap agar pasangan tidak akan curang atau melakukan sesuatu di luar pengetahuan kita. Yakin lah yang dia pun jujur dan sentiasa mengingati kita. Awww *kekenyit mata*

  • Kepercayaan : Ni juga sifat yang paling penting sebab kalau takde nya kepercayaan macam mana nak menjalani kehidupan seperti biasa. Tak salah nak cemburu atau berprasangka. Adat la orang bercinta kan? Tapi jangan la sampai ianya akan mendatangkan keburukan pada perhubungan diakhirnya.

  • Jumpa : Even sekerap mana pun pasangan berhubung tapi kalau tak jumpa pun tak boleh gak. Sebab orang kata kalau makin lama pasangan tak berjumpa atau meluangkan masa bersama,peratusan sayang itu akan pudar dan hilang tersangat la tinggi. So bila once da dapat peluang dan waktu bersama hargai lah masa itu sepenuhnya sebab bukan sesuatu perkara yang mudah bagi pasangan jarak jauh untuk kerap berjumpa. Baru la masing2 akan rasa dihargai.
Sweet kan?? Even jarak pun bukan la penghalang cuma berjaya atau tak hubungan tu bergantung pada setiap pasangan. Walaupun cinta jarak jauh bukan la sesuatu yang mudah tapi if dijaga dan disemai sebaiknya InsyaAllah hubungan tu akan bertahan dan teguh ke akhirnya. =) 

Go and get ur life ^^

My Ping in TotalPing.com Kedai Backlink,Backlink Percuma Blogged.my

Sunday, September 9, 2012

Makan-makan 2012

Tarik nafas jap. Baru sempat nak berblog setelah semalaman kesibukan yang teramat. So tonight aku ringkaskan jela apa yang berlaku semalam. Semalam bersamaan dengan 8/9/2012 my family ada la buat majlis makan2 sikit. Saja panggil orang datang makan. Tapi entah macam mana terasa semalam la paling ramai manusia yang datang. Tak menang tangan. Letih sangat. 

Dari la kawan2 ayah dan mak, jiran tetangga, sedara-mara, sahabat handai abg2 dan kakak aku serta yang paling penting kawan2 rapat aku yang hadir since tengahari until malam.. Pheewww! Ada yang tak terlayan. So aku mintak maaf sangat la mana yang terkurang layan atau yang tak terlayan langsung. Aku insan biasa yang tak punyai kudrat yang banyak! haha. 

Tapi apa2 pun uolsss yang datang memang sempoiii coz pandai bawak diri dan layan diri sendiri. =D Thanks yah sebab sudi menghadirkan diri ke majlis makan2 yang tak seberapa. Kami sekeluarga sangat berpuas hati.

Okay sambung cerita........



Malam jumaat tu da start kemas2 apa yang patut.. Termasuk la bilik! OMG bilik wajib kene kemas mana la tahu ada yang nak tumpang berehat ke. Cuba kalau tetiba orang nak tumpang lagi2 kalau orang tu sebenarnya ada hati nak kenen2kan ngan anak lelaki dia,sekali masok bilik dia tengok bilik macam tongkang pecah. Terus reject kan parah tu. Takmo takmo malu lah kita kan anak dara! hahaha *gosok2 hidung sikit*

Esok pagi tu pula bangun kemain awal gila sebab nak kene tolong masak. Nak masak tak reti sangat so kita tolong bertukang jela. Potong2 mana yang patut then campak2. haha. Pon boleh la atleast kita ada bersusah-payah okeh! 







Tu jela gambar yang sempat ditangkap. Tu pun sebelum tetamu hadir! Nampak tak betapa sibuknya sampai gambar tetamu yang hadir tak sempat dan tak terpikir langsung nak tangkap. Dah macam mak datin pula sibuknya kan. Haha mak datin terlampau boleh la.

 P/s : Thnx to my syg sebab datang gak even penat baru balik dari outstation.. Terharu lalu tersipu2 aku seketika ;p Loveeeee u Lee!



Go and get ur life ^^

My Ping in TotalPing.com Kedai Backlink,Backlink Percuma Blogged.my

Friday, September 7, 2012

Buddies

Pepatah ada menyebut 'Berkawan biar beribu lemon, Bercinta biar 1, Baru aman dunia' Eh bunyi macam lain je kan?Haha. Ok joke! Tu pepatah loyar buruk namanya. Actually kenapa aku kaitkan pepatah tu dengan entry aku ni sebab aku nak cakap kita nak cari teman memang senang tapi nak yang betul2 akrab luar dan dalam tu bukan senang nak jumpa. Betul ke tak?

Kawan memang senang nak dapat. Tak percaya? Contoh, hari ni kau pergi kursus ke seminar ke bengkel ke kat satu tempat confirm kat situ banyak orang yang entah dari ceruk mana kan? Opkos la dari tak kenal terus kenal then tukar2 number esok lusa contact. Da jadi kawan. Kan? Tapi nak cari yg klik ngam tu bukan senang macam kau makan kacang.

Macam aku sendiri,aku memang suka berkawan. Nak kata aku peramah tu tak juga but boleh la. Tapi bila once aku rasa aku comfortable insyaAllah aku boleh get along lama. Tapi tak semuanya aku boleh jadikan klik sebab still kalau memasing tak boleh paham situasi memasing macam mana nak berklik bagai kan.

Honestly klik aku memang sangat la tak ramai. Tapi Alhamdulillah so far aku kenal diorang ada yang since sekolah rendah lagi kitorang still boleh get along macam biasa even masing2 dah ada life sendiri. Yang bertunang ada, kahwin ada, single pon mesti la ada! haha. Yang buat aku boleh klik dengan diorang sebab diorang ada ciri2 yang aku akan cerita ni.
  • Jujur : Diorang bercakap benda atau perkara yang jujur je. Senang cerita diorang ni dengan kita macam jujur yang teramat! Main cakap je tak kira lah perkara tu kita suka dengar atau tak. Kadang2 macam menyakitkan hati pun ada apa yang diorang cakap atau kritik pasal kita but its ok actually coz kat situ la kita nampak yang dia sebenarnya just jadi diri sendiri tanpa perlu berselindung bajet2 jaga hati. Duuhh. Diorang hanya nak yang terbaik untuk diri kita juga.

  • Tadah Telinga : Bukan untuk korek telinga eh! haha. Mean diorang ni yang akan jadi pendengar setia kita tak kira la time happy atau time sedih bagai nak mati. Diorang akan sentiasa ada untuk mendengar apa yang kita nak cakap lagi2 pasal stupid things. Maybe? ;p

  • Ambil Berat : Seronokkan bila kita tak sehat ke, kaki luka ke, kene gigit nyamuk ke ada orang tanye ok ke tak? Haha ok gigit nyamuk tu macam gedik sangat kan. Kau ingat kau tuan puteri ke nak orang ambil berat sampai macam tu sekali. Tapi ni la hakikatnya, diorang ni yang akan bertanyakan hal ehwal diri kita disaat kita mengalami saat2 sukar dan pedih. Diorang ni juga la yang akan menjadi penawar pada kita.

Seronokkan?? Dengan diorang ni kalau sakitkan hati masing2 takde hal la. Pagi ni sakit hati malam kang da lupa da. Kan kan kan. Peace! :)

Go and get ur life ^^

My Ping in TotalPing.com Kedai Backlink,Backlink Percuma Blogged.my

Wednesday, September 5, 2012

Tanda Setia?

  1. Sunguh2 melakukan sesuatu dengan rela bukan sebab terpaksa
  2. Sentiasa cuba menggembirakan pasangannya
  3. Banyak memberi nasihat kerana dia amat menyanyangi pasangannya
  4. Kecantikan bukan perkara yang diutamakan selain dari keikhlasan
  5. Sentiasa ada rasa takot akan kehilangan pasangannya
  6. Tidak gemar jika ada orang lain terlalu rapat dengan pasangannya
  7. Mudah merasa cemburu dan sensitif bila pasangannya tidak memberi perhatian kepadanya
  8. Suka merajuk hanya kerana ingin dipujuk pasangannya
  9. Merasa tidak senang hati apabila pasangannya berjauhan darinya terlalu lama
  10. Sentiasa memastikan keselamatan pasangannya
  11. Mahukan perhatian yang lebih dari pasangannya berbanding orang lain
  12. Cuba mengawasi pergerakan pasangannya kerana wujudnya rasa cemburu dan curiga
  13. Lebih mengutamakan pasangannya berbanding diri sendiri
  14. Kerap meluahkan rasa sayang pada pasangannya dengan harapan pasangannya memahami betapa dalamnya kasihnya pada pasangannya
  15. Tidak akan memandang atau melayan orang lain yang tidak ada urusan penting dengannya melainkan teman rapat
  16. Cuba meluangkan lebih banyak masa bersama pasangannya
  17. Tidak malu dengan pasangannya malah merasa bangga dan menerima pasangan seadanya
  18. Apabila terjadinya sesuatu di dalam perhubungan,masih cuba meletakkan rasa percaya pada pasangannya
  19. Jika pasangan berlaku CURANG, ini bermakna hatinya belum 100% mencintai pasangannya

P/s : Info dikongsi dan dibantu oleh kawan2 :)
Go and get ur life ^^

My Ping in TotalPing.com Kedai Backlink,Backlink Percuma Blogged.my

Sunday, September 2, 2012

Cari makan

Hari ni taktau nak cerita pasal apa sebab macam takde benda best je berlaku today.. Semua biasa2 je.. So kita cerita pasal makanan jela eh!haha.. Takde cerita lain ke pink oiii..?? Makan makan makan.. Bulan ramadhan kau cerita pasal makanan, habis ramadhan pun still makanan ke.. *macam tak berkembang je idea kau kan* Eh ni kira cerita gak la.. Makanan dengan manusia kan memang tak dapat dipisahkan.. Mana orang Malaysia ni tak terdedah dengan risiko obesss! *geleng kepala lelaju*

Sudah! Jangan banyak songeh.. Dengar jela apa aku nak cerita.. Taknak dengar aku tarik muka 180'.. Hahaha. Tadi petang keluar jalan2 cari makan jap.. Tapi area Kajang jela.. Yang kat MetroPoint tuuu.. Hihi..Dah taktau nak makan katne Ayam Penyet pun boleh la.. Kita tak kisah.. Janji jangan bagi batu dan kayu sudah la..

Tapi yang tak bestnya dia punya service omgeee sangat slow! Padahal bukan ramai customer pun.. Tak tahu kenapa jadi lambat sangat.. Nak kata puasa,dah habis puasa takkan takde tenaga gak abg2 akak2 oiiii..hahaha


Chocolate vs Mango


Ni namanya Lele Penyet kot kalau tak silap aku la.. Ada lawak sikit disebalik makanan ni..

Me : Eh u pun memang suka makan ikan keli gak kan?
Lee : Tengok nama la..
Me : Ha? Apa kene mengena nama ngan ikan ni?
Lee : Nama i kan fazli.. Lee.. 
Me : *pikiaq sat* blurrrr.. Haaaa???
Lee : Ikan keli.. Li..
Me : Cisss! bunyi hujung rupanyaaa... hampehhh je *cakap dalam hati*


Ni pulak mine!! But yang buat sakit hati kemain lambat lagi nak tunggu makanan aku ni sampai.. Nasib baik aku ni penyabar orangnyaaaa... *tangan didada mata keatas* Da la rasa dia tak berapa enak.. Sedap lagi mak aku masak! haha

P/s : Macam nak pangkah je Ayam Penyet Metropoint ni.. Adoiii



Go and get ur life ^^

My Ping in TotalPing.com Kedai Backlink,Backlink Percuma Blogged.my
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Oh!Belog

Apesal

guabelog

Copyright2010 © Hak Milik Peribadi Pinky_Liscious