Instagram

Wednesday, September 12, 2012

Cinta Jarak Jauh

Mentang-mentang kat luar sana tengah hujan, mula la mood berpeeling2 aku ni datang kan. haha! Biasa la tu orang kata ilham datang tak kira masa kan? So bila ilham datang apa lagi terus la sign in blogger cepat2 takot ilham lari terus tak datang2 nanti! :p

Hari ni ilham aku pasal jarak. Actually tertimbulnya benda ni pun secara spontan. Spontan ke? haha *toleh kiri kanan sambung type* Btw jom kita kupas eh isu jarak jauh dalam perhubungan ni. Macam mana la rasanya pasangan yang berjarak2 jauh tu kan? Bahagia ke? tak rindu2an ke?? Tak meroyan ke? Kalau aku jangan kata rindu mau kematu tak tahu nak buat apa. Seminggu tak jumpa pun da tak tentu arah ni kan pula *geleng2 kepala* tak mahu! haha.

Tapi kan aku tabik spring kat pasangan yang masih utuh bak tugu negara sebab even jarak berbatu2 tapi cinta tetap mekar bak bunga ros yang mengembang gitu. Eh tapi bunga ros pon boleh je layu lol. Haha. Sangat geli2 kan ayat aku. *ada aku kesah* Dah kata bab cintan kan kalau tak geli2 bukan cintan la namanya.

So macam mana nak hadapi if situasi macam ni terkena kat batang hidung sendiri? *sad face* Even belom lagi melalui perhubungan sebegini tapi tak salah mempersiapkan diri kan. So apa lagi kita pon google la mana yang patut so terjumpa la point2 yang mungkin bermanfaat. Antara point yang aku boleh kupas bagi mempertahankan hubungan jarak jauh ialah zassssssssss.....!



  • Komunikasi : Paling-paling penting ye! Kalau dulu dekat mungkin la nak tengok hp pon malas. Tapi bila dah berjauhan please alert with ur hp. Even takde masa macam mana sekalipun cuba la juga cari sedikit masa untuk berhubung. Susah mana sekalipun atleast bertanyakan la khabar. jangan menjadikan alasan busy itu sebagai penyebab untuk tidak berhubung kerana jika ini berlaku berkemungkinan akan timbulnya pergaduhan dan akhirnya menjadi pencetus kepada pelbagai permasalahan lebih2 lagi cinta yang berjarak ni.

  • Kesetiaan : Saat berjauhan ni memang akan timbulnya rasa curiga dalam setiap pasangan. That time mula la macam2 dugaan timbul. Its normal thing la dah pasangan takde depan mata. Apa yang dia buat pun kita tak tahu tapi apa yang kita boleh buat hanya berharap agar pasangan tidak akan curang atau melakukan sesuatu di luar pengetahuan kita. Yakin lah yang dia pun jujur dan sentiasa mengingati kita. Awww *kekenyit mata*

  • Kepercayaan : Ni juga sifat yang paling penting sebab kalau takde nya kepercayaan macam mana nak menjalani kehidupan seperti biasa. Tak salah nak cemburu atau berprasangka. Adat la orang bercinta kan? Tapi jangan la sampai ianya akan mendatangkan keburukan pada perhubungan diakhirnya.

  • Jumpa : Even sekerap mana pun pasangan berhubung tapi kalau tak jumpa pun tak boleh gak. Sebab orang kata kalau makin lama pasangan tak berjumpa atau meluangkan masa bersama,peratusan sayang itu akan pudar dan hilang tersangat la tinggi. So bila once da dapat peluang dan waktu bersama hargai lah masa itu sepenuhnya sebab bukan sesuatu perkara yang mudah bagi pasangan jarak jauh untuk kerap berjumpa. Baru la masing2 akan rasa dihargai.
Sweet kan?? Even jarak pun bukan la penghalang cuma berjaya atau tak hubungan tu bergantung pada setiap pasangan. Walaupun cinta jarak jauh bukan la sesuatu yang mudah tapi if dijaga dan disemai sebaiknya InsyaAllah hubungan tu akan bertahan dan teguh ke akhirnya. =) 

Go and get ur life ^^

My Ping in TotalPing.com Kedai Backlink,Backlink Percuma Blogged.my

6 sedang makan angin:

unsecretostory said...

Bila dah xjumpa lama lama laen jugak rasa . Tapi selagi maseh sayang insha allah . Doa tue penting :)

pinky_liscious said...

@unsecretostory yup sokong sangat! apa pun doa tu paling penting di samping bertawakal. ade pengalamn eh???

AimanAziz said...

Dah Bercinta ke ? hihi ^_^

Entry Hangat : Cara Gemuk Yg Paling Mudah

pinky_liscious said...

@AimanAzizhahaha cepumas sangat... ngeee

Anonymous said...

mcm mn nk jumpa klu sorang kt sabah,sorang kt penisular. sedih =.=

pinky_liscious said...

@Anonymous sabar jela..huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Oh!Belog

Apesal

guabelog

Copyright2010 © Hak Milik Peribadi Pinky_Liscious