Tarik nafas jap. Baru sempat nak berblog setelah semalaman kesibukan yang teramat. So tonight aku ringkaskan jela apa yang berlaku semalam. Semalam bersamaan dengan 8/9/2012 my family ada la buat majlis makan2 sikit. Saja panggil orang datang makan. Tapi entah macam mana terasa semalam la paling ramai manusia yang datang. Tak menang tangan. Letih sangat.
Dari la kawan2 ayah dan mak, jiran tetangga, sedara-mara, sahabat handai abg2 dan kakak aku serta yang paling penting kawan2 rapat aku yang hadir since tengahari until malam.. Pheewww! Ada yang tak terlayan. So aku mintak maaf sangat la mana yang terkurang layan atau yang tak terlayan langsung. Aku insan biasa yang tak punyai kudrat yang banyak! haha.
Tapi apa2 pun uolsss yang datang memang sempoiii coz pandai bawak diri dan layan diri sendiri. =D Thanks yah sebab sudi menghadirkan diri ke majlis makan2 yang tak seberapa. Kami sekeluarga sangat berpuas hati.
Okay sambung cerita........
Malam jumaat tu da start kemas2 apa yang patut.. Termasuk la bilik! OMG bilik wajib kene kemas mana la tahu ada yang nak tumpang berehat ke. Cuba kalau tetiba orang nak tumpang lagi2 kalau orang tu sebenarnya ada hati nak kenen2kan ngan anak lelaki dia,sekali masok bilik dia tengok bilik macam tongkang pecah. Terus reject kan parah tu. Takmo takmo malu lah kita kan anak dara! hahaha *gosok2 hidung sikit*
Esok pagi tu pula bangun kemain awal gila sebab nak kene tolong masak. Nak masak tak reti sangat so kita tolong bertukang jela. Potong2 mana yang patut then campak2. haha. Pon boleh la atleast kita ada bersusah-payah okeh!
Tu jela gambar yang sempat ditangkap. Tu pun sebelum tetamu hadir! Nampak tak betapa sibuknya sampai gambar tetamu yang hadir tak sempat dan tak terpikir langsung nak tangkap. Dah macam mak datin pula sibuknya kan. Haha mak datin terlampau boleh la.
P/s : Thnx to my syg sebab datang gak even penat baru balik dari outstation.. Terharu lalu tersipu2 aku seketika ;p Loveeeee u Lee!
1 sedang makan angin:
Can I clone your article to my blog? Thank you.
Post a Comment