Instagram

Showing posts with label friendship. Show all posts
Showing posts with label friendship. Show all posts

Sunday, August 18, 2013

My bestfriend's E-day

Tanggal 17 Ogos 2013, rakan sepermainan ku yang diberi nama Liyana sudah pun selamat bergelar tunangan kepada Dhiyaudin. Tak sangka depa ni akhirnya mengikat janji juga. Kalau dulu aku ni ibarat pemberi motivasi percuma kat depa. Hahahaha. Tu la yang dinamakan jodoh, pung pang pung pang akhirnya gedebuk tunang juga. I'm so happy for you dear. Orang kata dugaan tunang ni lain macam sikit, but i hope korang berdua boleh survive la sehingga sampai masa di ijabkabulkan. Amin





Harap-harap lepas ni ada rezeki turn kami berdua la pula. Hihihi


Go and get ur life ^^

My Ping in TotalPing.com Kedai Backlink,Backlink Percuma Blogged.my

Monday, July 15, 2013

Ramadhan 3 dan 5

Selamat berpuasa untuk hari yang ke 6 kawan-kawan!!

Bila muncul ramadhan mesti la orang sebok dok cerita pasal juadah kan. Juadah itu la, bazar ini la. Everything FOOD FOOD FOOD! kat IG pun dok penuh dengan juadah berbuka. Cuci mata dengan makanan jela bulan ramadhan ni. hahaha. So aku pun nak kongsi cerita yang berlaku hari jumaat dan ahad baru-baru ni. 

Hari jumaat tu aku dengan beberapa yang lain pi berbuka puasa kat Flaming Steamboat area Setapak. Bayangkan... tunggu my boyfie jemput dari Petaling Jaya - Kajang - Petaling Jaya - Setapak. Can u imagine that?? Almaklum la Petaling Jaya dengan jalan yang jammed memang tak akan boleh dipisahkan. Tambahan orang berpusu-pusu nak balik rumah berbuka that time.1st time aku rasa perjalanan ke setapak seperti perjalanan nak balik kampung je. Terasa jauh sangat, sempat tidur sekejap kot dalam kereta. Haaaaa and yang paling tak ingat berbuka pun dalam kereta okay. Hahaha.

So sampai je kat flaming steamboat tu pun tak silap aku dah nak dekat pukul 8lebih. Then apa lagi terus melantak la. Actually aku steamboat ni kurengggg sikit. Ibarat kalau ada aku makan, if takde pun aku tak kesah sangat. Tapi ok la kita follow je.

Siapa yang suka makan steamboat ni memang layan habis la. Seronok aku tengok diorang ni makan terutama si Ozzie dan Belin. Diorang ni memang hantu seafood aku cakap! Makan tak hengattt tapi badan tetap maintain je. Mana diorang letak makanan tu pun tak tahu. Petua plis!!! ;p




Abaikan pemandangan yang tak berapa cantik kat atas meja tu ye. Hahaha


Lepas dah kenyang, dah borak-borak, dah gosip-gosip apa lagi boleh la beransur pulanggg. Ayuhhhhh!

Eh! nanti dulu story tak habis lagi. Sabar...Tu baru 3 ramadhan, ni nak sambung yang 5 ramadhan punya. Mihmihmih. Sebenarnya tak plan pun nak keluar hari ahad semalam. Yela sebelum tu hari sabtu petang aku ada merajuk sikit ke dia. Tu yang tak bajet jumpa langsung ahad. Tapi entah macam mana mungkin si Lee rindu terlebih kat aku at last meet up juga. Hahahah! *perasan*

Then petang tu around pukul 6 dia jemput aku then terus gerak pergi area Petaling Jaya. Bila aku tanya nak pi mana dia dok kata suprise. Haha! Nak tahu ke apa yang konon suprise sangat tu.... Dia nak bawa aku pi bazar rupanya. Yang lawak tu apa tau, bazar tu dah tak banyak choice, banyak dah habis and tutup. Takde rezeki, kuih-muih pun takde. Tengok jam pun alahai tak jauh dah nak masuk waktu berbuka. Tu la kalau tak kata suprise tadi dah elok aku bawak pergi bazar kat area saujana. Nasib baik mood petang tu romantik sikit almaklum la dengan hujan renyai so mood aku sangat ok. Hahahaha. Lain kali nak bawak dia pi bazar saujana pula. Tapi kene awal sikit sebab takot jadi macam kes ni la datang2 dah lengang je bazar. hihihi

Dah beli apa yang patut weols terus gerak pi Sunway Pyramid, sebab plan dalam kereta lepas berbuka nak tengok wayang. 




Habis je makan tak sempat bagi nasi turun kat perot terus usyar tiket wayang. Hahah 'masa itu emas' sangat..... So our choice waktu tu 2 je antara Lone Ranger or Pacific Rim. Last-last Pacific Rim juga jadi pilihan. 


Sementara nak tunggu movie start masih ada masa lagi jadi weols pi la masuk tempat game kat sebelah wayang tu je. Eh! sebelah ke depan ke tepi eh?? Entah la aku pun tak tahu nak cakap. Siapa yang dah pergi sunway mungkin tahu la apa yang aku maksudkan tu. Sekali sekala masuk tempat gini syiokkkk juga. Kalau aku masuk tempat gini aku suka main game kereta Daytona. Dulu waktu mula2 kenal dia ni (waktu main tarik tali, konon jual mahal) kalau lawan daytona confirm dia kalah. *muka bangga sambil gosok hidung* 

Im a CHAMPHION okayyyyy..... Tapi daytona punya game jela.. hahahahaha



Dah nama pun kaki muzik, gila muzik. Sampai dalam ni pun dok pandang benda gini. Tapi aku suka je layan sebab macam comel-comel je perangai dia waktu main drum set and gitar mainan tu. Eh tu dikira kategori mainan ke?? Tak pasti la yang penting rupa gaya mutu keunggulan ada.


Ok la that's all for today. Bye! Selamat Berbuka Puasa :D

Go and get ur life ^^

My Ping in TotalPing.com Kedai Backlink,Backlink Percuma Blogged.my

Tuesday, June 25, 2013

Trip to Ipoh


Selamat Tengahari warga bumi yang cantik dan manis sekali. 

*Flashback*

Bulan March 2013 kami dalam 6 orang (Soya, Belin, Nasz, Yuri, Lee and me) pergi la ke Ipoh. Kebetulan bapa/abang/pakcik angkat Soya invite pergi birthday party anak dia. So sambil menyelam minum air la kan. Dah alang-alang datang weols jalan-jalan la kat tempat-tempat yang sempat dilawati. Cehhh! Bunyi macam banyak sangat la tempat tu kan. Padahal.... Hehehe

So hari sabtu, lepas memasing dah lunch apa lagi terus la bertolak ke Ipoh. Yang bestnya girls 1 kereta boys 1 kereta, senang sikit nak kepochi kan. Then dalam perjalanan ke Ipoh sempat juga lah berhenti rehat sat lebih kurang setengah jam kat R&R mana entah tak ingat.  

Camwhore sat kat R&R bersama kakak yang gorgeous! Eh kakak ke.. Hiks ;p

Around pukul 7pm juga la baru sampai kat homestay yang telah disediakan. But sorry gambar homestay takde. Actually ada rasanya but dalam kamera si Yuri. Hihihi
Then sempat lah rehat kejap before siap-siap nak pi birthday party tu yang start 8.30pm. Yang bestnya malam tu iols terasa macam puteri sekejap sebab didandankan cantik-cantik. Hahaha. Jangan kata diorang iols pun terkejut bila tengok cermin.

Ala masquerade gitu!!

Habis party je plan macam nak melepak la mana-mana but bila tengok jam dah terlalu lewat so balik homestay jela. Ahad lepas sarapan baru jalan-jalan sekali before gerak KL. So tempat yang kami singgah adalah Gunung Lang. Cantik sangat tempat tu. Ni iols tunjuk sedikit sebanyak gambar2 yang ada. Selebihnya kat kamera si Yuri and Belin :D




Siapakah tukang ambil gambar ni?? *Misteri*





|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

Apa la yang uols scroll lagi tu? Dah abes la. Hiks! Bye

P/s : Miss them! Miss this moment! Miss this trip!


Go and get ur life ^^

My Ping in TotalPing.com Kedai Backlink,Backlink Percuma Blogged.my

Friday, September 21, 2012

Lunch

Selamat Tengahari..

Dah lunch ke? Kita dah lunch. Kenyang sangat! Takde nak cerita banyak pun just nak cakap harini kita keluar lunch dengan girlfriend kita yang since sekolah rendah tu. Hihi. Lama gak tak hangout dengan dia, last jumpa pun waktu open house rumah kita. Helooo, takde la lama sangat. Poyo je ni! hahaha. Pink dengan sikap kepoyoan dia memang tak dapat dipisahkan. *muka kerek*

Actually my fren ni dia dah dapat kerja tetap kat Sekolah Kebangsaan Sultan Abdul Aziz Shah. Rasanya belom sebulan lagi dia berkhidmat dekat situ. Untung la rezeki dia dah dapat kerja tetap. :) Happy for her! So kebetulan pagi tadi whatsapp la dengan dia then dia ajak lunch together uols! So iolss pun on jela plus lunch break hari jumaat kan lama. Harus la lepak-ing sebentar.

So weols pun decide lunch dekat-dekat je dengan tempat kerja weolss supaya nanti takde lah kelam-kabut nak balik office! Kat mana lagi kalau bukan Metropoint tu. naik jemu aku tengok! Haha. Sambil-sambil menikmati makanan banyak gak lah yang sempat weols gosipkan. Lalala ;p


Ni lah makanan weols. Seperti sedia maklum la aku suka sangat dengan curry laksa dia. Sedap! My fren pula try asam laksa dia. But for me asam laksa dia tak berapa best! Ok la tu je picture yang ada! Weolss tak suka bergambar sangat! Ahakz! *tak suka lah sangat* duhhh 


Go and get ur life ^^

My Ping in TotalPing.com Kedai Backlink,Backlink Percuma Blogged.my

Friday, September 7, 2012

Buddies

Pepatah ada menyebut 'Berkawan biar beribu lemon, Bercinta biar 1, Baru aman dunia' Eh bunyi macam lain je kan?Haha. Ok joke! Tu pepatah loyar buruk namanya. Actually kenapa aku kaitkan pepatah tu dengan entry aku ni sebab aku nak cakap kita nak cari teman memang senang tapi nak yang betul2 akrab luar dan dalam tu bukan senang nak jumpa. Betul ke tak?

Kawan memang senang nak dapat. Tak percaya? Contoh, hari ni kau pergi kursus ke seminar ke bengkel ke kat satu tempat confirm kat situ banyak orang yang entah dari ceruk mana kan? Opkos la dari tak kenal terus kenal then tukar2 number esok lusa contact. Da jadi kawan. Kan? Tapi nak cari yg klik ngam tu bukan senang macam kau makan kacang.

Macam aku sendiri,aku memang suka berkawan. Nak kata aku peramah tu tak juga but boleh la. Tapi bila once aku rasa aku comfortable insyaAllah aku boleh get along lama. Tapi tak semuanya aku boleh jadikan klik sebab still kalau memasing tak boleh paham situasi memasing macam mana nak berklik bagai kan.

Honestly klik aku memang sangat la tak ramai. Tapi Alhamdulillah so far aku kenal diorang ada yang since sekolah rendah lagi kitorang still boleh get along macam biasa even masing2 dah ada life sendiri. Yang bertunang ada, kahwin ada, single pon mesti la ada! haha. Yang buat aku boleh klik dengan diorang sebab diorang ada ciri2 yang aku akan cerita ni.
  • Jujur : Diorang bercakap benda atau perkara yang jujur je. Senang cerita diorang ni dengan kita macam jujur yang teramat! Main cakap je tak kira lah perkara tu kita suka dengar atau tak. Kadang2 macam menyakitkan hati pun ada apa yang diorang cakap atau kritik pasal kita but its ok actually coz kat situ la kita nampak yang dia sebenarnya just jadi diri sendiri tanpa perlu berselindung bajet2 jaga hati. Duuhh. Diorang hanya nak yang terbaik untuk diri kita juga.

  • Tadah Telinga : Bukan untuk korek telinga eh! haha. Mean diorang ni yang akan jadi pendengar setia kita tak kira la time happy atau time sedih bagai nak mati. Diorang akan sentiasa ada untuk mendengar apa yang kita nak cakap lagi2 pasal stupid things. Maybe? ;p

  • Ambil Berat : Seronokkan bila kita tak sehat ke, kaki luka ke, kene gigit nyamuk ke ada orang tanye ok ke tak? Haha ok gigit nyamuk tu macam gedik sangat kan. Kau ingat kau tuan puteri ke nak orang ambil berat sampai macam tu sekali. Tapi ni la hakikatnya, diorang ni yang akan bertanyakan hal ehwal diri kita disaat kita mengalami saat2 sukar dan pedih. Diorang ni juga la yang akan menjadi penawar pada kita.

Seronokkan?? Dengan diorang ni kalau sakitkan hati masing2 takde hal la. Pagi ni sakit hati malam kang da lupa da. Kan kan kan. Peace! :)

Go and get ur life ^^

My Ping in TotalPing.com Kedai Backlink,Backlink Percuma Blogged.my

Tuesday, June 19, 2012

SLE Girls Day Out!!

Baru ada masa nak share story ni walaupun da agak basi. Paham2 jela takde laptop nak update blog ni kan. So ade cita pon terpaksa jadi pekasam jela.haha

Tanggal 10 Jun 2012 (Belin,Ili and Yuri) plan la nak kuar gegerl je plus nak celebrate beday si Ili and Belin cz beday diorang dalam bulan yg sama. Actually pink pestime join diorang ni kuar. Alkisahnya pink kenal diorang ni from my boyfie gak cz boyfren diorang ni semua kan dari SLE. haha. Ok sambung story,so diorang ni decide nak hangout kat Pavilion jela.Yang bestnya malam sebelum kuar tu we ols berkumpul la kt umah si Belin ni prepare apa yg patut.. Nak tau apa yg we ols buat??

Taraaaa.. Ni la hasil kerja tangan we ols.. :)

Then seperti hari yg dijanjikan we ols pon meet up la and bincang pasal transport semua. Bincang punya bincang finally dapat gak pinjam kereta my boyfie. Thanks to my boyfie gak cz bagi we ols lenjan ur car untuk aritu. So banyak gak tempat yg we ols tuju. Pavilion, TS, Sungei Wang memang berjalan sakan la orang kata. Plus si Ili nak cari some stuff almaklum la orang nak sambung study da. So macam2 nak kene beli kan.

Senang cerita macam2 berlaku dalam 1 hari. Kelakar pon ada gak. Yang penting we ols reject Carlos,Pavilion. Tak suka! hihi. Ok la dats it for tonite.. xoxo!

Yuri, Ili, Ozzie, Belin and me





Go and get ur life ^^

My Ping in TotalPing.com Kedai Backlink,Backlink Percuma Blogged.my

Wednesday, April 18, 2012

Outing! Outing!

Hari ni boley dikatakan seharian gak abiskan masa kat luar ngan my gurls ( Pink, Yana and Ieda ). Today we call it as gurls day out! ahakz! Mulanya ingat pink and yana je join. Coz tujuan utamanya si yana ni nk shopping. Tak sangka ieda pun ada gak. Lama gila kot tak jumpa si ieda ni. Almost 1 year maybe if tak silap la. Sebenarnya kitorang bertiga ni kawan since sekolah rendah lagi. Lama gila kot kenal diorang. And Alhamdulillah until now we still friend even masing2 da ada life sendiri. 

So around pukul 11am yana fetch me and ieda then kitorang terus gerak pergi Alamanda,Putrajaya je. Sangat dekat kan Kajang -> Putrajaya. Haha ok la tu nak jauh mana lagi. Then sampai je kat Alamanda da tengahari plus my fren pun belom breakfast lagi. So teman dia makan dulu la before we jalan2, shopping2 and bla bla bla.So perkara 1st kitorang buat adalah serbu TGI,fridays. Haha. Agak lama pulak bergosip kat situ yela da lama gila tak hangout tohether2 macam ni. Ofcoz banyak story nak share! Naik kene usyar gak la ngan staff2 TGI. Heloo, lantak we ols la we ols bukan makan free je k. We ols bayar! ;p

wagurlz89
 My lessy :)

wagurlz89
 me and ieda yang sangat lama pink tak jumpa :)

Then after da kenyang so baru la boleh window2 shop apa yang patut. Yang sakan membeli si yana ni la. haha. So da puas window shop, last activity ktorang decide wayang or karaoke. Bincang punya bincang so masing2 setuju karaoke la coz we ols pun memang sangat lama pulak tak mencurahkan bakat yang mantap2 ni.haha. Naik gian dibuatnya mana taknya bantai 3jam karaoke. Amik! melalak la puas2. Jangan kata melalak, menjerit, meneran semua skill abis terkeluar la.

So abes karaoke we ols terus balik. Apa2 pun hari ni pink sangat happy dapat habiskan masa ngan diorang sebab pink pun da lama sangat tak rasa enjoy macam ni. Almaklum la kerja kan sebelum ni. Masing2 ada komitmen. Now bila berkesempatan tu la even aktiviti tak de la semeriah mana tapi kualiti masa yang kitorang habiskan bersama tu da cukup bermakna. I LOVE BOTH OF U GUYZ!!

Go and get ur life ^^

My Ping in TotalPing.com Kedai Backlink,Backlink Percuma Blogged.my

Monday, January 16, 2012

Fullhouse..

Actually ni cerita semlam,not today. Tapi hari ni baru berkesempatan nak mencatat di belog pinky ni. Sejak 2 menjak ni kn mood x berapa ok. Serabut sangat dengan macam2 perkara so semalam kakak kesayangan pink baik hati bagi pinjam 'Princess Car' dia. 

So ape lagi mesti la gunakan kesempatan yang ade untuk ajak kawan2 keluar. Tapi masing2 ada hal tinggal my cuppiecake je no hal. So i fetch her kt Bandar Teknologi Kajang. Then baru la decide nak pergi mana coz masing2 no idea!

Last2 dia cakap nk pergi Wangsa Walk?? Pink pun ok jela plus pink belom pernah jejakkan kaki ke sana. Sedih kan?haha. Then sampai sana ktorang jalan2 dulu cuci mata. Penat jalan ape lagi mesti la cari place untuk lepak dan makan kan!

So tak tau nak makan ape and tetiba nampak Fullhouse kat situ, so we decide lepak situ jela. Meh nak kongsi sikit menu yang we ols order. Sangat sedap okeh!

Chicken roasted with mashed potatoes and ....... lupe la..hihi

Ni plak chicken chop...... sedap!

My cuppiecake.. Since primary school :)


Pape pun hangout semalam cukup untuk buatkan aku hilang stress sekejap. Thnx to my deary cuppiecake Liyana sebab teman me hangout. Love u much!

Go and get ur life ^^

My Ping in TotalPing.com Kedai Backlink,Backlink Percuma Blogged.my

Wednesday, January 4, 2012

Relationship + Communication = Successful

Jangan pelik eh bila tengok title tu. Tu saja2 create je. Takde kene mengena ngan sukatan pelajaran mana2 k! haha. Tapi actually kalau try pahamkan ade maksud disebalik simbol tu. Pelik? Let me terangkan simbolik tu k.

'Relationship + Communication = Successful'

Dengan pakwe/makwe

Dengan kawan2

Dua2 penting dalam setiap perhubungan tak kira as a fren atau lebih dikenali sebagai BFF(Bestfren 4ever) ke BF/GF ke. Communicate tu sangat2 penting sebenarnya! Thats why hubungan yg ditambahkan dengan komunikasi selalunya akan bertahan lebih lama berbanding mereka yang kurang berkomunikasi. 

'Relationship - Less Communicate + No time for each other = Dangerous/Fail/Waste time'
Tapi sumtimes kita alpa dengan benda2 yang actually simple je sebab kita alwez buat dalam aktviti seharian kita. TALK TALK TALK. But bila dalam relation nape komunikasi tu jadi kurang??
  • Masing2 ego
  • Lebih suka pendam/simpan dalam hati
  • Mendiamkan diri
Punca keretakan hubungan? Mana taknye, dok makan hati je lama2 tawar terus.
So if sayangkan perhubungan tu jangan la abaikan sikap berkomunikasi. Insyaallah komunikasi adelah jalan terbaik untuk kita lebih mengenali,memahami dan mendekati peribadi sesorang.

P/s : Teringat kat my fren (Yana). Selalu nasihat aku pasal benda ni. Haha

Go and get ur life ^^

My Ping in TotalPing.com Kedai Backlink,Backlink Percuma Blogged.my

Wednesday, August 10, 2011

~ Tips COVER meluat versi aku ~

Ape la tetiba datang lak idea sengal nak tulis entry ni... haha.. Actually ada dua sebab nape munculnya idea gonjeng nak tulis tips COVER MELUAT ni... Jeng3x ;p

Ape sebok2 nak tau nie... Duk sana diam2... haha... Tapiiiii macam kesian plak kan...ngeee.. Bukan apa tak sampai hati je rasa nak buat macam tu.. Walaupun! Ok la kita bagitau awak awak serta awak semua k...

Actually takde sebab SPECIAL pun..haha .. Da kene! weeekk! But just nak give ape yang di rasakan berguna la plus ni perkara yang sangat NORMAL di kalangan individu...

Perasaan MELUAT kat sesorang ke... meluat ngan cik wawa ni ke........????hehe.. kat apa2 pun la... So macam mana nak handle situasi ni??? Lagi2 bila berhadapan or bercakap ngan dat person la.... Its not like to be PRETENDING or wuteva la kan.. Just untuk menjaga hati orang lain kita have to.... Yeah maybe akan buat orang tu terasa but its ok la.. Sumtimes being SELFISH is good but tengok keadaan la.. Kalau macam kes meluat ni ok sangat la kot coz for me dari rasa meluat tu tukar jadi menyampah or tak suka ke kan lebih buruk.. So before jadi worst tu better take inisiatif lain kan......

So wawa's tips bila menghadapi saat2 GETIR ni :
  • Elakkan bercakap ngan dia
  • Elakkan dari terpandang muka dia
  • Elakkan dari terserempak
  • Elakkan dari berhampiran ngan dia .. mean JAUHkan diri
  • Elakkan dari dengar anything yang berkaitan ngan dia..even nama sekalipun
  • Elakkan menerima ape jua bentuk pelawaan bila melibatkan dia

MELAINKAN betol2 tak dapat nak elak which is :

Really need pertolongan kita ke.. In trouble ke.. So nak tak nak even meluat pun as individu yg rapat mesti korang akan tolong gak kan.. So dat time just try keep on smiling even its totally FAKE... TALK bila ada yang betol2 perlu.. Takyah der nak borak2 kosong ke cz mana la tau hanya akan menambahkan rasa meluat je.. So safety 1st!!

Maybe orang akan cakap macam HIPOKRIT, PLASTIK........... But so wut?? Its ok la.. Asalkan korang tau tujuan korang hanya nak ruang supaya takde la bertambah2 rasa annoying and sakit hati tu...

P/S : tak tau la kalau mujarab kat korang atau tak... Tapi aku alhamdulillah la...

Btw tak tau la bagi u olz berguna atau tak.. But for me bila buat macam ni hasil dia pun ok je.. InsyaALLAH takde nak musuh2 ke ape.. Actually meluat ni jadi pun sebab mungkin sumthing yg kita tak bape nak pekenan but kita tak speak out kan.. Kita diamkan je sampai la 1 tahap tu kita sendiri rasa tak leh nak handle.. Yela nak marah tak sampai hati kdg2..Dats why la rasa meluat tu timbul... Sebab terbeban dek benda yg kita sendiri tak reti nak solve...

But if kita pikir other side its good actually if bg some space.. Sebab dengan ruang tu la kita dapat pikir and lalui kelainannya.. yela mungkin sebelom ni alwez sesama.. So bila jd macam ni opkos la akan rasa lain kan.. Dats why la timbul nya rindu tu balik... Bila da rindu opkos perasaan meluat tu akan hilang sebab space yg kita amik tu cukup buat kita cool kan diri.. think wisely.. and yeah plus automatik perasaan tak puas ati tu akan ilang sebab tak de benda yg membangkitkan persaan meluat korang tu... The other words its korang da cukup masa pun nak jernih kan keadaan balik..

So guyz.. kalau korang ada tips lain yg leh dikongsi untuk hadapi masalah MELUAT ni jangan la segan2 nak kongsi ngan aku... Best bila dapat share2 pendapat even dat thing maybe tak munasabah bila orang dengar.. Its ok la.. Dats why la need share2 ni...Bak kata org kembangkan ilmu selagi terdaya.. :)

Go and get ur life ^^

My Ping in TotalPing.com Kedai Backlink,Backlink Percuma Blogged.my
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Oh!Belog

Apesal

guabelog

Copyright2010 © Hak Milik Peribadi Pinky_Liscious