Instagram

Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Wednesday, October 2, 2013

Mengantuk lepas makan


Kebiasaanya lepas kita makan mesti akan rasa ngantuk nak pula lepas makan tengahari. Kenapa ye?




TUBUH BADAN BEKERJA :
Tak perlu rasa bimbang dengan keadaan sebegitu kerana makanan membekalkan tenaga yang diperlukan tubuh untuk bekerja. Secara saintifiknya otak dan usus adalah dua organ dalam badan yang memerlukan tenaga untuk bekerja secara khusus.

So bila kita makan, otak akan merangsang isyarat untuk menukarkan tenaga kepada pencernaan, lalu sel darah merah akan membantu untuk mencerna makanan dan membawa nutrien untuk tubuh. Oleh itu bila proses ini terjadi , sebahagian anggota tubuh akan 'mencuri' masa untuk 'slow down' dan rileks sikit. Ini yang menyebabkan kita rasa mengantuk.

FAKTOR MAKANAN : 
Apa yang kita makan juga mempengaruhi, ada sesetengah makanan yang mempunyai nilai karbohidrat yang tinggi seperti nasi. Nasi yang dimakan itu akan ditukar menjadi glukos bila dicerna. Bila makan banyak glukos, sejenis bahan kimia dalam tubuh yang dipanggil insulin akan dilepaskan untuk menyeimbangkan kandungan itu.

So what to do untuk kurangkan rasa mengantuk ini??

Tak susah sangat pun, kita cuma perlu lebih aktif untuk membekalkan oksigen ke seluruh tubuh. Bila kurang aktif, tubuh pun tak 'fit' dan yang paling tak best automatik semua benda nak buat pun malas. memang rutin seharian kita yang padat membuatkan kita tak ada masa untuk bersenam. Tapi jangan lupa 'jalan kaki' pun dikira satu senaman juga kan? So apa salahnya bila dah kenyang tu cuba jalan kaki sikit contohnya letak kenderaan jauh atau elakkan lif dengan menggunakan tangga. Mungkin ini akan mengurangkan peratusan mengantuk tadi.


Go and get ur life ^^

My Ping in TotalPing.com Kedai Backlink,Backlink Percuma Blogged.my

Monday, July 8, 2013

Hak bersuara hak kami

Pepagi macam ni kebiasaannya bila aku dah tak berapa busy baru aku semangat sikit buka google. Dok search la apa yang ada. Then entah macam mana tergerak hati nak type 'Dugaan nak berkahwin' then enter! Haaaa amik kau macam-macam dugaan yg terpapar la dari A-Z. Hahaha

But actually yang buat aku tertarik sangat bila aku baca satu artikel dari si TERFAKTAB ni. Ada banyak point dalam entry dia yang aku rasa setuju. Entah la kan,but if secara logiknya apa yang dia sampaikan tu ada betulnya. If korang nak tahu apa pi la klik 'TERFAKTAB' kat atas tu. Maybe pendapat atau pandangan setiap manusia tu berbeza-beza bergantung pada keadaan dan situasi.

Aku nak petik sikit ayat terfaktab ni :

Sebenarnya hampir semua benda di dalam dunia ni tak ada yang fix. Tak ada yang tetap. Dan kita biasanya tidak akan lari dari masalah. The issue is, macam mana kita handle masalah tu?

That's true! Mana ada manusia tanpa masalah. If sikit-sikit kau nak lari dari masalah konon mungkin dah takde jalan katanya, actually kau bukan hanya selesaikan masalah tapi kau hanya menambah kepada masalah yang ada, contonhya tak mustahil mungkin orang sekeliling kau yang akan menerima akibat dari sikap dan perbuatan kau. Kan tak pasal-pasal berganda masalah pula timbul. Percaya lah masalah takkan selesai selagi kau tak selesaikannya tak kira la dalam bentuk apa sekalipun dan selama mana masa yang kau ambil tapi jangan lah sesekali lari dari masalah. 

Ingat............


"Jalan pintas mungkin baik, Tapi jalan pintas tak selamanya selamat"

P/s : Tajuk entry aku ni macam takde kene mengena je. Hahaha Lantak lah hak masing2 kan =D

Go and get ur life ^^

My Ping in TotalPing.com Kedai Backlink,Backlink Percuma Blogged.my

Thursday, June 27, 2013

Jodoh?


As a human nak memilih, mencari or menjumpai 'JODOH' bukannya mudah. Tanpa usaha dan hanya menyerahkan bulat-bulat kepada takdir memang sampai ke sudah la tak jumpa, melainkan setelah kita gigih berusaha kemudian masih belum menemui jalannya baru meletakkan segalanya kepada yang lebih mengetahui kerana setiap yang terjadi telah ditetapkan oleh-NYA. 


Adalah penting usaha kita untuk merisik, menyiasat, menyoal selidik dari segala bentuk pencarian maklumat dan latar belakang insan yang kita cenderung ingin menerimanya as a 'TEMAN HIDUP'. Tapi bukan lah ingin mencari kesempurnaan apatah lagi ingin menyelongkar keburukan seseorang, cuma ianya adalah sebagai persediaan bagi diri sendiri dalam membina sesuatu ikatan justeru bersedia menempuhi segala kemungkinan yang tidak dijangka.

Sebaiknya berbincang lah dengan orang tua kita atau orang-orang yang amanah dan berilmu. Kita bukan meminta orang lain membuat keputusan, cuma kita mendengar pula pandangan mereka kerana mereka ini juga adalah 'mata' dan 'telinga' untuk kita memilih teman hidup.

Bila mana keputusan telah dibuat, jangan pula bermain-main dengan keraguan perasaan seperti :

  • Akankah lelaki ini kelak membahagiakan diriku?
  • Adakah lelaki ini akan menjadi pemimpin yg baik untukku?
  • Tulus ikhlaskah cinta dan kasihnya padaku?
  • Adakah lelaki ini kelak akan menghormati dan menghargaiku sebagai seorang isteri?
  • Bagaimana kelak dia akan melayaniku sebagai isteri?
  • Adakah lelaki ini kelak boleh menyesuaikan diri dan berbuat baik dengan ahli keluargaku?
  • Adakah hati ini akan bahagia jika terlibat dengan poligami?
Sesungguhnya persoalan ini adalah penting bukan untuk si dia bakal suami, tapi manfaatkanlah persoalan ini untuk perbaikan diri kita dalam menjadi seorang isteri. Jika jawapannya tak seperti yg kita jangka dan harapkan, bila-bila masa saja alam perkahwinan akan mengundang kecewa berpanjangan.

Sebaliknya bertanyalah pada diri :
  • Adakah keperibadian diriku ini kelak akan membahagiakan hati suami?
  • Adakah karakter diriku ini membuatkan suamiku tenang dan senang dengan diriku sebagai isteri yg dipimpin?
  • Mampukah diriku tulus mencintai suamiku kerana Allah, bersabar dan berhikmah dengan 1001 kelemahannya?
  • Mampukah kelak diriku menghormati keputusan dan tindakan suamiku sebagai pemimpin, walau ia berbeza dengan kehendak dan rasa hatiku?
  • Mampukah diriku menjadi isteri yg merasa cukup (qanaah) dan menghargai pemberian dan kebaikan suamiku setulusnya?
  • Kelak adakah diriku mampu memilih akhlak seorang isteri yg penuh ketaqwaan sewaktu hati dicuit ketidakpuasan, kemarahan dan kesedihan?
  • Harus bagaimana nanti untukku menyesuaikan diri jika ibubapa mertua dan ipar duai tidak serasi cara hidup dan pemikiran denganku?
  • Seandainya diriku menjadi isteri kedua ketiga, apakah sumbangan dan perananku untuk menambah kebahagiaan suami dan keluarganya yang sedia ada?
Memang kita takut jika tersalah pilih dalam membuat keputusan untuk pernikahan, namun percayalah Allah bersama dengan orang yg melakukan kebaikan, yg sentiasa melakukan perubahan ke arah kebaikan.

Sikap, karakter dan penghayatan Islam pada diri kita sendiri InsyaAllah kelak akan bawa pengaruh yang besar pada suami dan rumahtangga.

Isteri yang baik tidak semestinya memiliki suami yg baik, begitu juga sebaliknya. Ini kerana pernikahan adalah ruang ujian dan teman hidup kita berkemungkinan akan menjadi ujian yang paling getir dalam hidup kita.

Suami akan berubah cuma cepat atau lambat sahaja. Namun moga sifat dan sikap yang penuh kebaikan mampu menjemput suami dan anak berubah kepada jalan yang lebih baik.

P/s : Sumber dari BLOGGER ni :)



Go and get ur life ^^

My Ping in TotalPing.com Kedai Backlink,Backlink Percuma Blogged.my

Thursday, June 20, 2013

Jerebu Mengundang

Selamat Pagi!

Lately ni kecoh pasal jerebu kan. My office pun sama siap dapat mask lagi. Hiks!

As we know negara kita sekarang ni kan tengah menghadapi masalh jerebu ekoran daripada aktiviti pembakaran yg berlaku kat Indonesia. So Selangor pun merupakan salah sebuah negeri yang mencatat bacaan indeks pencemaran udara (IPU) sederhana dan kurang sihat bagi sesetengah kawasan.


Jadi nak kongsi sikit la tanda-tanda kesan jerebu terhadap kesihatan kita. Kesan-kesan yg akan di alami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuk :

  • Terasa gatal di bahagian kerongkong dan batuk
  • Terasa sukar untuk bernafas atau mengalami sesak nafas
  • Mata terasa pedih dan berair
  • Hidung berair dan kerap bersin
  • Kulit badan gatal-gatal
  • Terasa sakit dada

So bila dah terasa ada simptom seperti di atas tu elok la bawak pi jumpa doktor. Jangan dibiarkan tambahan keadaan sekarang ni tak mengizinkan. Gituuu! Aku pun ada rasa macam nak mengalami batuk dan sesak nafas ni. Ok la. Ada kerja nak buat. Byeee


Go and get ur life ^^

My Ping in TotalPing.com Kedai Backlink,Backlink Percuma Blogged.my

Thursday, March 7, 2013

Maksud Di sebalik Warna Bunga Ros

Orang cakap bunga ros bukan sekadar bunga sahaja. Tapi ia melambangkan 'SESUATU' bergantung pada warna dan jumlahnya. Haha. Betul atau tidak maksudnya itu tak pasti. Kita cuma berkongsi untuk suka-suka sahaja. So check it out!!!


ROS MERAH :
Cinta, Penghormatan, Keberanian, Kesungguhan dan Keikhlasan hati.


ROS PUTIH :


Suci, sesuatu yang Misteri, Kegembiraan, Prihatin. Jika wujudnya rasa cinta pula, cinta yang lahir dari hati itu adalah sejujur dan seikhlasnya. Bunga ini kebiasaannya dapat dilihat pada Hari Perkahwinan kerana ini melambangkan niat yang tulus dalam perhubungan yang di bina itu.


ROS HITAM :

Ros yang ni paling sukar didapati atau dijumpai di kedai-kedai bunga atau di mana- mana tempat yang menjual bunga la senang cerita. Begitu juga lah maksud disebalik warnanya "sukar memenangi atau menambat hati seseorang"



ROS KUNING :
Persahabatan. Jika di beri bunga ini bermakna si pemberi itu ingin berkawan. So jangan perasan la kan dapat bunga ros je dah senyum ke telinga padahal makna di sebalik tu biasa-biasa sahaja. Selain tu, ros kuning ni melambangkan selamat datang atau welcome back dan juga sesuai untuk diberi kepada yang baru bergelar ibu dan untuk mereka yang bergraduasi.


ROS PINK :

Cinta pertama, Penghargaan dan Terima Kasih, Romantik, Kebahagiaan dan Kagum. If uols dapat bunga yang warna ni maknanya uols ada secret admire la. Ouch!! hehe


ROS BIRU :

Tidak Tercapai atau Mustahil berlaku.


ROS PEACH :

Lebih kurang je sama dengan maksud ros pink.


ROS HIJAU :
Kesetiaan dan Kedamaian. Peace No War!! haha


ROS OREN :

Kebanggaan serta Keinginan. Happy Ever After!


ROS UNGU :

Tanda cinta yang sangat mendalam dan tak tahan menanggung rasa cinta.


Go and get ur life ^^

My Ping in TotalPing.com Kedai Backlink,Backlink Percuma Blogged.my

Monday, October 8, 2012

The Art of Effective Customer Communication

Entry kali ni agak basi sedikit sebab dah beberapa hari jadi pekasam. Almaklum la tak ada masa dan mood untuk menghupdate. Nak update pun kene tunggu ada mood tau. Kang kalau takde habis tunggang-langgang blog jadinya. Hahaha

Ok entry ni bukan aku nak bercerita panjang tentang communication atau art. Just nak cakap last week hari Khamis dan Jumaat aku join kursus tu. Actually ianya wajib juga sebab as a customer service officer * terasa besar gitu * haha banyak benda yang aku perlu tahu. Banyak ilmu-ilmu yang boleh aku dapat from that kursus. How to handle customer yang bermacam-macam ragam. Ragam manusia ni sedia maklum jela NAUZUBILLAH. Banyak point-point yang sangat berguna aku dapat and the best thing is aku boleh gunakan untuk kehidupan seharian aku. Jeng jeng jeng ;p

So sepanjang dua hari aku join kursus tu ok la sebab staff-staff yang terlibat pun sporting and senang berkerjasama. Dari yang aku tak pernah bercakap and kenal pun aku dah kenal. Hihi. So kira ok la fun la juga. Nah aku sertakan sedikit gambar untuk tatapan :)

Day 1 : Me? Yang duduk muka tak nampak tu :( hahaha fokus konon!

Day 2 : Ada game yang aku sampai ke sudah tak paham! grrr

P/s : Today ada staff yang kene pergi kursus untuk fail meja kat Shangri-la, Putrajaya. Me?? Office jela.. hahah
Go and get ur life ^^

My Ping in TotalPing.com Kedai Backlink,Backlink Percuma Blogged.my

Friday, September 28, 2012

Kajian Bulan ( suka-suka je )

MENGIKUT KAJIAN DATUK DR FADZILAH KAMSAH..

DISEMBER
Sangat setia dan pemurah, bersifat patriotik, sangat aktif dalam permainan dan pergaulan, sikap kurang sabar dan tergesa-gesa, bercita-cita tinggi, suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi, seronok didampingi, suka bercampur dengan orang, suka dipuji, diberi perhatian, dan suka dibelai dan dimanja, sangat jujur, amanah dan bertolak-ansur, tidak pandai berpura-pura, cepat marah, perangai yang berubah-ubah, tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi, benci pada kongkongan, suka berlawak, pandai buat lawak dan berfikiran dengan logik.

Ni konon gambar bajet-bajet nak menunjuk perasaan

MENGIKUT KAJIAN DATUK DR FADZILAH KAMSAH..

MAC
Berpersonaliti yang menawan dan menarik, mudah didampingi, sangat pemalu, pemendam rasa, sangat baik secara semulajadi, jujur, pemurah, mudah simpati, sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran, suka pada kedamaian, sangat peka kepada orang lain, sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain, tidak cepat marah...
dan sangat amanah, tahu balas budi dan tahu kenang budi, pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam, kecenderungan untuk berdendam kalau tidak dikawal, suka berangan-angan, suka melancong, sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi, kelam-kabut dalam memilih pasangan, suka dengan hiasan rumahtangga, punya bakat seni dalam muzik, kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik jangan terlalu moody.
See!! hahaha.. he loveee music more than anything. Acaner tu?
 
Him :  Berapa peratus ketepatan itu???
Me :  Banyak la syg.. kalau dengan u rasanya macam 60% ada kot.. :p
Him :  U punya mana?? Nk tngok gak
Me :  Jap
Him :  Dah tngok. Bersikap petriotik tu saya setuju. Hahaha. Sanggup basah ketiak d stadium...
Me :  Hahahaha... helooo! ketiak u xpnh basah ke....
Him :  Bau pun xde.. Well!!!
Me :  Ada bukti ke.. haha. ckp kosong je ni kot.. :p

Grrrr sempat tu dia perli aku pasal aku pergi SINI .Da lah bongkak pula tu nak cakap konon ketiak dia wangi. Haha. Takpe orang disayangi tuhan kan tahap kesabaran dia tinggi. Harharhar 

P/s : Ni entry saja SUKA SUKI ye. Kajian ni minta akak office tolong carikan. Peace! ;)

Go and get ur life ^^

My Ping in TotalPing.com Kedai Backlink,Backlink Percuma Blogged.my

Wednesday, September 12, 2012

Cinta Jarak Jauh

Mentang-mentang kat luar sana tengah hujan, mula la mood berpeeling2 aku ni datang kan. haha! Biasa la tu orang kata ilham datang tak kira masa kan? So bila ilham datang apa lagi terus la sign in blogger cepat2 takot ilham lari terus tak datang2 nanti! :p

Hari ni ilham aku pasal jarak. Actually tertimbulnya benda ni pun secara spontan. Spontan ke? haha *toleh kiri kanan sambung type* Btw jom kita kupas eh isu jarak jauh dalam perhubungan ni. Macam mana la rasanya pasangan yang berjarak2 jauh tu kan? Bahagia ke? tak rindu2an ke?? Tak meroyan ke? Kalau aku jangan kata rindu mau kematu tak tahu nak buat apa. Seminggu tak jumpa pun da tak tentu arah ni kan pula *geleng2 kepala* tak mahu! haha.

Tapi kan aku tabik spring kat pasangan yang masih utuh bak tugu negara sebab even jarak berbatu2 tapi cinta tetap mekar bak bunga ros yang mengembang gitu. Eh tapi bunga ros pon boleh je layu lol. Haha. Sangat geli2 kan ayat aku. *ada aku kesah* Dah kata bab cintan kan kalau tak geli2 bukan cintan la namanya.

So macam mana nak hadapi if situasi macam ni terkena kat batang hidung sendiri? *sad face* Even belom lagi melalui perhubungan sebegini tapi tak salah mempersiapkan diri kan. So apa lagi kita pon google la mana yang patut so terjumpa la point2 yang mungkin bermanfaat. Antara point yang aku boleh kupas bagi mempertahankan hubungan jarak jauh ialah zassssssssss.....!



  • Komunikasi : Paling-paling penting ye! Kalau dulu dekat mungkin la nak tengok hp pon malas. Tapi bila dah berjauhan please alert with ur hp. Even takde masa macam mana sekalipun cuba la juga cari sedikit masa untuk berhubung. Susah mana sekalipun atleast bertanyakan la khabar. jangan menjadikan alasan busy itu sebagai penyebab untuk tidak berhubung kerana jika ini berlaku berkemungkinan akan timbulnya pergaduhan dan akhirnya menjadi pencetus kepada pelbagai permasalahan lebih2 lagi cinta yang berjarak ni.

  • Kesetiaan : Saat berjauhan ni memang akan timbulnya rasa curiga dalam setiap pasangan. That time mula la macam2 dugaan timbul. Its normal thing la dah pasangan takde depan mata. Apa yang dia buat pun kita tak tahu tapi apa yang kita boleh buat hanya berharap agar pasangan tidak akan curang atau melakukan sesuatu di luar pengetahuan kita. Yakin lah yang dia pun jujur dan sentiasa mengingati kita. Awww *kekenyit mata*

  • Kepercayaan : Ni juga sifat yang paling penting sebab kalau takde nya kepercayaan macam mana nak menjalani kehidupan seperti biasa. Tak salah nak cemburu atau berprasangka. Adat la orang bercinta kan? Tapi jangan la sampai ianya akan mendatangkan keburukan pada perhubungan diakhirnya.

  • Jumpa : Even sekerap mana pun pasangan berhubung tapi kalau tak jumpa pun tak boleh gak. Sebab orang kata kalau makin lama pasangan tak berjumpa atau meluangkan masa bersama,peratusan sayang itu akan pudar dan hilang tersangat la tinggi. So bila once da dapat peluang dan waktu bersama hargai lah masa itu sepenuhnya sebab bukan sesuatu perkara yang mudah bagi pasangan jarak jauh untuk kerap berjumpa. Baru la masing2 akan rasa dihargai.
Sweet kan?? Even jarak pun bukan la penghalang cuma berjaya atau tak hubungan tu bergantung pada setiap pasangan. Walaupun cinta jarak jauh bukan la sesuatu yang mudah tapi if dijaga dan disemai sebaiknya InsyaAllah hubungan tu akan bertahan dan teguh ke akhirnya. =) 

Go and get ur life ^^

My Ping in TotalPing.com Kedai Backlink,Backlink Percuma Blogged.my

Friday, September 7, 2012

Buddies

Pepatah ada menyebut 'Berkawan biar beribu lemon, Bercinta biar 1, Baru aman dunia' Eh bunyi macam lain je kan?Haha. Ok joke! Tu pepatah loyar buruk namanya. Actually kenapa aku kaitkan pepatah tu dengan entry aku ni sebab aku nak cakap kita nak cari teman memang senang tapi nak yang betul2 akrab luar dan dalam tu bukan senang nak jumpa. Betul ke tak?

Kawan memang senang nak dapat. Tak percaya? Contoh, hari ni kau pergi kursus ke seminar ke bengkel ke kat satu tempat confirm kat situ banyak orang yang entah dari ceruk mana kan? Opkos la dari tak kenal terus kenal then tukar2 number esok lusa contact. Da jadi kawan. Kan? Tapi nak cari yg klik ngam tu bukan senang macam kau makan kacang.

Macam aku sendiri,aku memang suka berkawan. Nak kata aku peramah tu tak juga but boleh la. Tapi bila once aku rasa aku comfortable insyaAllah aku boleh get along lama. Tapi tak semuanya aku boleh jadikan klik sebab still kalau memasing tak boleh paham situasi memasing macam mana nak berklik bagai kan.

Honestly klik aku memang sangat la tak ramai. Tapi Alhamdulillah so far aku kenal diorang ada yang since sekolah rendah lagi kitorang still boleh get along macam biasa even masing2 dah ada life sendiri. Yang bertunang ada, kahwin ada, single pon mesti la ada! haha. Yang buat aku boleh klik dengan diorang sebab diorang ada ciri2 yang aku akan cerita ni.
  • Jujur : Diorang bercakap benda atau perkara yang jujur je. Senang cerita diorang ni dengan kita macam jujur yang teramat! Main cakap je tak kira lah perkara tu kita suka dengar atau tak. Kadang2 macam menyakitkan hati pun ada apa yang diorang cakap atau kritik pasal kita but its ok actually coz kat situ la kita nampak yang dia sebenarnya just jadi diri sendiri tanpa perlu berselindung bajet2 jaga hati. Duuhh. Diorang hanya nak yang terbaik untuk diri kita juga.

  • Tadah Telinga : Bukan untuk korek telinga eh! haha. Mean diorang ni yang akan jadi pendengar setia kita tak kira la time happy atau time sedih bagai nak mati. Diorang akan sentiasa ada untuk mendengar apa yang kita nak cakap lagi2 pasal stupid things. Maybe? ;p

  • Ambil Berat : Seronokkan bila kita tak sehat ke, kaki luka ke, kene gigit nyamuk ke ada orang tanye ok ke tak? Haha ok gigit nyamuk tu macam gedik sangat kan. Kau ingat kau tuan puteri ke nak orang ambil berat sampai macam tu sekali. Tapi ni la hakikatnya, diorang ni yang akan bertanyakan hal ehwal diri kita disaat kita mengalami saat2 sukar dan pedih. Diorang ni juga la yang akan menjadi penawar pada kita.

Seronokkan?? Dengan diorang ni kalau sakitkan hati masing2 takde hal la. Pagi ni sakit hati malam kang da lupa da. Kan kan kan. Peace! :)

Go and get ur life ^^

My Ping in TotalPing.com Kedai Backlink,Backlink Percuma Blogged.my

Wednesday, September 5, 2012

Tanda Setia?

  1. Sunguh2 melakukan sesuatu dengan rela bukan sebab terpaksa
  2. Sentiasa cuba menggembirakan pasangannya
  3. Banyak memberi nasihat kerana dia amat menyanyangi pasangannya
  4. Kecantikan bukan perkara yang diutamakan selain dari keikhlasan
  5. Sentiasa ada rasa takot akan kehilangan pasangannya
  6. Tidak gemar jika ada orang lain terlalu rapat dengan pasangannya
  7. Mudah merasa cemburu dan sensitif bila pasangannya tidak memberi perhatian kepadanya
  8. Suka merajuk hanya kerana ingin dipujuk pasangannya
  9. Merasa tidak senang hati apabila pasangannya berjauhan darinya terlalu lama
  10. Sentiasa memastikan keselamatan pasangannya
  11. Mahukan perhatian yang lebih dari pasangannya berbanding orang lain
  12. Cuba mengawasi pergerakan pasangannya kerana wujudnya rasa cemburu dan curiga
  13. Lebih mengutamakan pasangannya berbanding diri sendiri
  14. Kerap meluahkan rasa sayang pada pasangannya dengan harapan pasangannya memahami betapa dalamnya kasihnya pada pasangannya
  15. Tidak akan memandang atau melayan orang lain yang tidak ada urusan penting dengannya melainkan teman rapat
  16. Cuba meluangkan lebih banyak masa bersama pasangannya
  17. Tidak malu dengan pasangannya malah merasa bangga dan menerima pasangan seadanya
  18. Apabila terjadinya sesuatu di dalam perhubungan,masih cuba meletakkan rasa percaya pada pasangannya
  19. Jika pasangan berlaku CURANG, ini bermakna hatinya belum 100% mencintai pasangannya

P/s : Info dikongsi dan dibantu oleh kawan2 :)
Go and get ur life ^^

My Ping in TotalPing.com Kedai Backlink,Backlink Percuma Blogged.my

Friday, August 24, 2012

Tips kurangkan rasa sedih

As usual mood nak share2 lagi ni.. Mintak maaf la naaa iolssss bila datang mood sharing is caring ni memang tak boleh buat apa la.. Layang jela... PEACE!
  • Muhasabah diri : jangan la merintih ibarat dah takde tempat nak mengadu. Ingat lah yang ALLAH sentiasa ada untuk kita. Menangis la sepuas2nya kepadaNYA sebab ia yang maha mendengar dan mengetahui apa yang tersurat dan tersirat.

  • Bersyukur : Sebab diberi dugaan.. Orang yang diberi dugaan ni tandanya ALLAH sayang.. sebab hanya orang yang bertuah je tau diberi dugaan *kekenyit mata*.. Kita takkan diberi dugaan luar dari batasan kemampuan kita.. So dont be sad sangat okeh..!

  • Apa guna google : Search la anything yang berunsur kata2 semangat dan dorongan.. Berlambak je akan terkeluar.. nak baca dengan taknak je kan.. Atleast mana tau kita boleh adapt dalam diri kita..Bak kata patah-patah 'Yang baik jadikan dorongan yang tak elok dijadikan sempadan'.. Betol ke tidak patah-patah tu hentam sajalah...

  • Smile and smile : Always la tersenyum sebab senyum tu kan sedekah.. Bila kita tersenyum orang yang tengok pun akan turut tersenyum.. Kan elok dari muka sembab2 mata bengkak2 orang tengok pun naik lesu.. Kalau cantik sampai boleh dapat title macam 'Miss World' takpe la gak.. Nak berendam air mata pun aku sanggup.. Ewah!!!

  • Layan je lawak : Haaaa ni paling best.. Tengah dok sedih2 tu cuba layan cerita2 lawak tak kira la lawak tahap sengal sekalipun kompom akan terkeluar gak hilai tawa tu serba sedikit.. Nak2 plak sekarang ni da macam2 benda lawak kita boleh search kat youtube even kat channel astro pun da berlambak kan.. Layan jela.. Kalau aku,suka layan lawak bangang dari Johan dan Zizan.. Eh sape la diorang tu eh?? Haaa kalau tak kenal meh sini aku hempuk sorang2 kat dinding..haha..Tengok banyak kali pun insyaALLAH tak jemu.. Ingatlah yang 'Laughter its the best medicine'..

  • Manjakan diri : Apalah salahnya sekali sekala kita berhabis duit untuk kegunaan diri sendiri kan.. Pergi la shopping ke,spa ke,salon ke...Biar hati tu ada rasa ceria sikit.. Takdela moody all the time je..Tak gitu??

  • Holiday : Bagi la masa dan ruang untuk diri sendiri bernafas dan merehatkan minda.. Best kan bila dapat menikmati pemandangan sambil feeling2 diawang-awangan..Ceiitt!
P/s : Terkeluar gak kepoyoan ku disitu.. cakap lebih,aku ni pun kadang kalau meroyan tu tak hengat dunia gak.. Biasa la tu manusia kan.. Kalau robot tu lain cerita la... :)
Go and get ur life ^^

My Ping in TotalPing.com Kedai Backlink,Backlink Percuma Blogged.my

Thursday, August 16, 2012

Ayam Masak Merah

Semalam 1st time aku try masak 1 resepi yang baru aku belajar.. Nak kata baru tu tak la.. Actually dah dapat resepi ni agak berbulan2 dah cuma tak de niat nak buat lagi.. So semalam disebabkan aku tak kerja almaklum la tak berapa sehat aku pun apa lagi tetiba mood terajin tu datang.. So nak try masak.. Korang mesti da tau kan aku masak apa? Tu tajuk atas tu.. hihi

Alhamdulillah hasilnya memuaskan.. Dapat pujian and yang paling penting licin kau... Seronok kan bila kita masak orang  makan sampai habis.. Ibarat 1 semangat la next time boleh buat lagi.. hahaha

So nak kongsi la resepi AYAM MASAK MERAH aku tu..Sangat simple and bahan dia pun tak susah nak dapat..

Bahan :
  • ayam
  • garam, gula dan serbuk kunyit
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • sedikit halia
  • cili giling (ikot suka nak banyak mana,nak pedas lebihkan)
  • 1/2 cawan sos cili dan sos tomato
  • 2 sudu besar sos tiram
  • sedikit air
Cara :
  • Bersihkan ayam dan potong
  • Perapkan ayam dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng dalam minyak penuh sehingga masak tapi jangan sampai garing

  • Tumbuk bawang besar, bawang putih dan halia
  • Panaskan sedikit minyak untuk menumis bahan2 yang ditumbuk sehingga naik bau
  • Masukkan cili giling dan sedikit air, tumis sampai pecah minyak.
  • Masukkan sedikit garam dan gula.
  • Masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram, masak sehingga kuah pekat.
  • Masukkan ayam yang digoreng tadi dan gaulkan sebentar. Siap dihidang  


P/s : Boleh la nak tabur hirisan bawang besar ke or anything la ikot kekreatifan masing2. But for me cukup la macam tu je sebab yang penting rasa :)

Go and get ur life ^^

My Ping in TotalPing.com Kedai Backlink,Backlink Percuma Blogged.my

Tuesday, August 14, 2012

16 cara untuk menjaga perhubungan?

Gud morning guyz..

Amacam arini ada baik ka?? Kalau baik bagus kalau tak baik pun buat2 la baik k bila baca entry pinky kali ni.. Pinky?? Oh da rasa lama plak tak gunakan bahasa diri pinky kat blog ni.. Terasa gedik plak.. Eh! Mana ada gedik tu namanya fanataik... *oopsss ter-TYPO plak*

Ok sudah la cukup sudah! we go thru je k..

How to keep relationship uollsss bertahan... Renung2kan dan selamat beramal *ala2 johan raja lawak gituuuu*


  1. Saling sayang menyanyangi.
  2. Jangan menipu atau berlaku tidak jujur.
  3. Ikhlas dalam setiap perlakuan.
  4. Sentiasa bersifat terbuka dan saling berinteraksi.
  5. Sentiasa bersama tak kira susah mahupun senang.
  6. Sentiasa memaafkan dan melupakan apa yang terjadi biarpun terluka atau disakiti.
  7. Jangan sesekali bercakap soal 'BREAK UP'.
  8. Jangan sesekali mengatakan diri tu OK even hakikatnya its NOT OK.
  9. Ketepikan sedikit perasaan ego.
  10. Jangan sesekali sebut pasal STUPID EX bf/gf.
  11. Jangan membandingkan masa lalu dan sekarang.
  12. Sentiasa give and take.
  13. Always la alert tentang perasaan si DIA.
  14. Bila berlaku pergaduhan atau selisih paham jangan sesekali biarkan hari berlalu tanpa menyelesaikannya.
  15. Don't be the PERFECT one but be the RIGHT one.
  16. Bila dah minta maaf tu maksudkan. Jangan omong kosong.
P/s : Info ni dapat dari fb fren gak.. Poyo je pinky ni..

Go and get ur life ^^

My Ping in TotalPing.com Kedai Backlink,Backlink Percuma Blogged.my

Tuesday, April 17, 2012

Tanda2 pudarnya??

Cinta memang indah. Semua orang nak lalui and pasti akan melaluinya. Tapi tak semua mampu untuk harunginya. Sedangkan dugaan waktu ngah peeling2 cintan pun tak boleh nak accept macam mana nak melangkah ke suatu hubungan yang lebih jauh? Bila tak mampu untuk mengharungi segalanya bersama2 tak mustahil cinta yg mulanya indah mekar bak bintang yang memancar2 tu kan akan malap and hilang sikit2. 
Ibarat kentut la, mula lepas memang perghhh baunya kemain, tapi x lama hilang!
Tapi sumtimes kita tak sedar yang perasaan tu makin hilang. Kita hanya akan sedar bila dia da betol2 jauh and hilang dari pandangan kita. So pink nak share sumthing yang mungkin ade betol and ade tidaknya terpulang la pada masing2 k. Baca boleh nak percaya 100% entah la.

Tanda2 bila perasaan tu makin hilang :
  • Dah mula malas nak kol atau jawab kol dari BF/GF
  • If sebelum ni atleast sehari wajib kol tapi bila perasaan tu da takde jangan katakan nak kol, tanya khabar pun boleh lupa.
  • Then bila sms mesti pendek je (Ok, yela, me too n etc) Kalau dulu bukan main berjela2.
  • Da mula merasakan dirinya single and berkelakuan seperti tiada BF/GF.  
  • Always ada je alasan untuk menghindarkan diri. 
  • Dah mula endah tak endah hal2 yang berkaitan dengan pasangannya.
  • Sudah mula bergurau secara kasar tanpa memikirkan apa yang keluar tu mungkin mengguris hati pasangan dalam diam.
  • Kalau dulu boley dikatakan ada masa free je nak jumpa even sekejap, tapi sekarang jangan kata seminggu, sebulan pun belom tentu nak jumpa. Tak jumpa lagi bagus. Senang sikit kerja.
  • Everything yang kita buat semuanya tak kena pada mata dia. Always salah di pandangan dia.
  • Nampak kelemahan dari kebaikan kita and mula menyuarakan kelemahan kita. 
So tak semua perkara yang berkaitan dengan cinta itu indah sebenarnya. Sebab cinta yang indah tu hanya milik TUHAN and hanya dia yang tau apa yang terbaik untuk kita. Thats y kita tak boleh sayang orang terlalu2 sangat, sebab bila kita jatuh kita tak rasa sakit sangat. ;)

 Google je quotes ni..

Go and get ur life ^^

My Ping in TotalPing.com Kedai Backlink,Backlink Percuma Blogged.my

Friday, March 23, 2012

Andai Itu Takdirnya...

Guyz!! Pink nak story sikit tentang novel yang pink baca. Actually novel ni rasanya mesti ramai da tau and maybe ada yg da khatam banyak kali da kan. Pink je baru terkedek2 nak baca. haha. Ketinggalan sangat kan! Novel ape?? Tuuu kan pink da tulis tajuknya kat atas tu! 


Seyesly pink tak pernah terniat pun nak belek novel ni even member2 dok cakap best2 jalan cerita dia but still tak terbuka hati nak baca. Then Isnin lepas my fren Norassikin Bt Othman ni yang tetiba tanye nak baca tak sambil serahkan buku tu kat pink. And pink apa lagi terus la amik je. Tengok cover luar dia ok macam biase je takde la interesting mana pun but tu la orang cakap 'Dont judge the book by its cover'! Walaupun cover dia tak menarik tak semestinya jalan penceritaan dia pun x best. 

So sampai rumah pink terus baca and pink agree bila diorang kata best! 5hari gak la abeskan masa nak baca. Almaklum la siang keje baca pun bila free time je. And yang penting fokus and penghayatan cerita tu penting! Sambil baca da ade macam skrin layar kat depan mata. Konon2 membayangkan aksi dan watak novel tu! hihi. 

Conclusion yang pink leh bagi dari novel tu jalan cerita dia sedih, happy, dendam, cemburu, sakit hati, ego yang melampau, penderaan mental dan fizikal semua complete la. Terbaekkk dari ladang weyh! So sesape yang belom baca especially yang hantu novel gak should baca novel ni. 

 Tengok bapa banyak ayaq mata yang akan terkuaq. hihi 

P/s : Jangan kata ayaq mata je. Takot berbaldi2 pulok kene tadah nanti.haha.

Go and get ur life ^^

My Ping in TotalPing.com Kedai Backlink,Backlink Percuma Blogged.my

Thursday, January 19, 2012

Don't try if?

For yang tergedik2 nak mencuba fall2 in love ke, yang da putus nak sambung balik ke, yang da dilepaskan terhegeh2 balik ke, yang da break nak cari pengganti ke, yang cerai nak nikah lagi ke and so on. Bla bla bla. ;)


This is IMPORTANT info for those guys yang ade ciri2 di atas atau yang sama waktu dengannya. So please ALERT!

Don't Ever Get Into a Relationship:
  • If you’re still gonna act single.
  • If you’re still gonna talk to a lot of people of the opposite sex.
  • If you’re not gonna be able to support them when they need it.
  • If you’re not gonna be able to make time for them.
  • If you’re still caught up with your ex.
  • If you’re not ready to commit to just one person
My conclusion is better just stay single and make urself available for others. :) No heart feelings!
Go and get ur life ^^

My Ping in TotalPing.com Kedai Backlink,Backlink Percuma Blogged.my

Monday, January 2, 2012

Oh Stress?

Stress?? Stress? Stress!

Perkara biase je kot but kadang2 boleh mendatangkan kemudaratan pada diri gak. Kang tak pasal2 ade yang pening kepala la, tak lalu makan la (kalau dibuatnya bertambah2 selera makan mak aih lagi timbul masalah lain kang), tak cukup tido la, cepat naik hangin la. Macam2 lagi la hanya gara2 simptom S ni! haha. Nasib baik naik hangin, Kalau dibuatnya buang hangin sape nak jawab? hee

Ok, so nak share sikit petua nak handle situasi macam ni mana la tau korg pon ade masalah simptom S ni. Jom kite check it out sesama.
  • Tarik nafas sedalam2nya.
  • Rehatkan diri dengan melakukan aktiviti yg menyihatkan seperti bersenam atau beriadah.
  • Calm down. Jangan cepat melatah!
  • Amik masa sebentar menenangkan pikiran dengan mendengar radio.
  • Luahkan masalah pada teman rapat atau mereka yg boleh dipercayai agar beban di pikiran yg tadinya banyak beransur hilang sedikit.
  • Think positive! percaya everythng yg berlaku mesti ade reason tersendiri.
  • Berserah dan berdoa pada tuhan. Ni yg paling mujarab sekali bagi menenagkan perasaan. :)

P/s : Sangat berguna untuk diri sendiri. Almaklum la suka sangat tensyen2 and stress ni ;)
Go and get ur life ^^

My Ping in TotalPing.com Kedai Backlink,Backlink Percuma Blogged.my

Wednesday, November 23, 2011

Mengapa perempuan mudah......?

Malam ni pink nak kongsi sikit perkara yang mungkin berlaku kat semua perempuan yang normal la. hehe. Ok!! Malas nak kias panjang2 terus pd topik eh.. Perempuan dan dot.....??

Mean, perempuan dan airmata. Nape perempuan mudah menangis? As a gurl pink huraikan la sebab musabab dia k. Ade beberapa sebab yg boleh membuatkan hati perempuan ni tersentuh. Antaranya ialah :
  •  Emosi : Selalunya perempuan menangis disebabkan emosinya terganggu atau rungsing dengan sesuatu. Perempuan tak sama ngan lelaki. Lelaki dari segi mentaliti lebih kuat berbanding perempuan. Perempuan sangat mudah dipengaruhi emosi berbanding pertimbangan akal yg waras. Mereka akan mengekspresikan emosi yg dilalui dengan tangisan. Kerana dengan tangisan sudah cukup menggambarkan apa yang dirasai oleh perempuan. Sebab tu la Allah menciptakan lelaki lebih kuat berbanding perempuan sebab lelaki adelah pelindung kepada perempuan. Malah lelaki sifatnya lebih kepada pertimbangan dalam melakukan sesuatu hal berbanding perempuan yg suka mengikut perasaan. Perempuan ngan sensitif tak dapat dipisahkan.
  • Kenangan : Pemikiran prempuan juga sangat kompleks berbanding lelaki. Malah perempuan juga lebih mudah mengingati setiap detik yang pernah dilalui tak kira ianya manis atau pahit. Its a normal thing. Sumtimes dengan tiba2 je perempan akan menangis bila kenangan2 lama mengusik jiwa mereka. Sebab tu la perempuan lebih matang dalam membuat sesuatu keputusan kerana dengan kenangan2 lama tu membantu diri mereka untuk muhasabah serta  memperbaiki kelemahan yg ade pd diri mereka berbanding lelaki yg hanya ambil mudah dalam sesuatu perkara.
  • Marah :  Perasan tak sumtimes perempuan lebih cenderung untuk menangis bila dlm keadaan marah. Lagi2 bila sum1 yg mereka syg atau rapat melakukan sesuatu perkara yg mereka tak suka. Tapi bila da penat nangis2 mesti diorg akan cool sikit sebab da luahkn ngan air mata.
So, kalau nampak perempuan menangis jangan sesekali menyangka mereka tu gedik,ngade or anything la sebab mungkin mereka mengalami situasi di atas. Biarkan mereka menangis dahulu kerana sebenarnya ngan tangisan tu la dapat menenangkan sedikit hati mereka. 

BUT!!! jangan ambil mudah bila nampak gurl menangis. Actually mereka memrlukan anda untuk mententeramkan keadaan. So guys alert la ngan feeling perempuan tu k. Lagi2 kalau korang sygkan perempuan tu. :)


P/s : Jangan la sesekali menjadi penyebab untuk perempuan menangis sebab airmata seorang perempuan tu sangat bernilai sebenarnya. Renungkan. :)

Go and get ur life ^^

My Ping in TotalPing.com Kedai Backlink,Backlink Percuma Blogged.my

Saturday, November 19, 2011

Elak si buaya?

  • Permulaan detik perkenalan segalanya nampak indah dan manis. Perangai yg ditunjukkan pun baik2 je. Bak kata org2 tua 'pijak semut pun tak mati'. Cuba dah berbulan2, mau hilang segala yang manis2.
  • Berpewatakan menarik, kemas, wangi, dan bersih. Yang paling penting gaya tak ubah macam orang kaya, banyak duit. Yela nak ngorat mangsa. Kene la tunjuk usaha dulu. Sok lusa da dapat hati bukan jiwa raga je melayang, papa kedana kita di buatnya.
  • Mereka ni takkan pernah pegang pada janji and mereka la manusia yang paling susah nak patuh dengan masa. Sering kali lambat dan memberikan berjuta alasan.
  • Bila da KANTOI suka mencari alasan untuk menutup kesilapan. Yang paling best cari idea untuk menuding jari balik seolah2 kesilapan tu berpunca disebabkan kita pula. Sangat bijak dan berbisa.
  • Tak main la barang2 low class ni. Bagi mereka ni mesti la yg high class je. Barang nak yg branded je. Biase la tu nak bagi kita ni buta dengan sikap sebenar mereka.
  • Kenal baru seminggu da berani nak pegang2. Ewah! nak mencari spot sensitiviti ke. Saja nak menggoda mangsa la tu.
  • Bila keluar date, alwez tunjuk gaya macho je. Ada ketikanya akan menegur perempuan lain dengan ramah di depan kita, bertujuan untuk membuktikan keikhlasan dia yg dia takkan curang belakang kita. Padahal AKAL je tu.
  • Bila da dapat kepercayaan kita, duit kita yg diSAPU nya. Alasan yg direka alahai rasa tak terkata kesiannya. Kita pun bodoh termakan ngan cerita rekaan berepisodnya.
  • Basically mereka yg berperangai macam ni mesti memiliki rupa yang agak tampan atau sedap mata memandang. Tapi yg wajah macam rumah tak siap tu nak jd kasanova gak tak tau nak habaq lagu mana la kan. Henti2kan jela impian kasanova tu.
  • Sukar atau payah untuk menceritakan tentang latar belakangnya lagi2 perihal keluarganya. Yela takot tersilap langkah. Jauh sekali hendak membawa kita berjumpa kaum kerabatnya.
P/s : So agak2 terjumpa ciri2 macam ni, da boleh da tu angkat kaki berambus je dari mereka2 yang memiliki ciri2 buaya atau kasanova ni. ;p



Layan lagu ni takpe.. hahaha :)

Go and get ur life ^^

My Ping in TotalPing.com Kedai Backlink,Backlink Percuma Blogged.my

Wednesday, November 2, 2011

Uji si dia.. Tips?

Hehe..mesti korang curious kan nak tau ape yg dok uji si dia ni. Uji dari segi ape?haha. Ni la yg pink akan try sampaikan dalam bentuk pemahaman pink. Actually sikap atau attitude sesorang memang susah kita nak paham apetah lagi nak menilai dari sudut perwatakan dan gerak geri. Sumtimes kita sendiri pun boley tertipu dengan attitude sesorang.


Back to topic! So macam mana kita nak tau yang sesorang tu benar2 suka kita? Haa, actually tak susah pun just kita kadang2 konpius sama ada dat guy or gurl suka ke kat kita? Kalau tak suka kenapa dia wat itu wat ini untuk kita? Mesti naik buntu pikir kan? So jom kita kongsi2 pendapat and maybe tips untuk yg nak tau adekah anda jugak mempunyai secret admire. :)


  • firstly ape yg korang kene wat adelah perhatikan gerak geri dia. Opps! bukan sampai everything kene perhatikan,cukup la sekadar perhatikan yg mana perlu. Tak perlu la nak kene perhatikan dia 24hours. Kang orang kata sape lak yang gila ngan sape.haha. Kalau korang tengok dia ni peramah and senang berborak ngan orang lain tapi bila ngan korang dia sedikit kaku and agak 'shy2 cat' di situ mean dia memang ade menaruh hati kata korang! CRUSHING2 la ong putih kata..
  • Alwez curi2 melihat korang dalam senyap2. Sumtimes kita sebok wat keje but kita sedar yg dia sedang usyar2 kita then bila kita pandang dia seolah2 menoleh atau buat2 pandang ke arah lain. Padahal nak cover! Kelakar kan. Kalau pink,pink tahan gelak dalam hati kang kesian dia lak. Bagi dia asal ade peluang je dia akan curi2 melihat and memerhatikan gerak geri kita. So sweet ke tidak?hehe. Sweet kejadahnya tak selesa nak wat keje ade la kan kan kan ( bagi perempuan la,kalau laki tak tau la )
  • Act like HERO! Wah,seboleh2nya nak menunjukkan kelakian diorang la lagi2 didepan korang, takyah tunggu disuruh dengan sendiri menawarkan diri nak menolong. Kononnya nak menampakkan ketulusan dia la. Tapi ok wut! Ade dia wat untuk orang lain? Takde kan. So mesty la korang ni special kat dia. Alwez ade disaat korang menghadapi masalah tak kira la berkaitan ngan ape jua keadaan.
  • Tak pernah nak berselindung and lebih suka berkongsi cerita ngan korang. Malah diorang akan lebih berasa selesa bila bercerita dengan korang. Sumtimes takyah tunggu kita soal dia terus offer nak cerita.hehe
  • Kawan kita kawan dia. Dia akan cuba untuk rapat ngan individu yg rapat ngan korang. Mean untuk amik ati korang bukan bermakna dia tak perlu menawan hati pihak lain. Banyak pihak nak kene pikir. yela mana tau pihak lain boleh menjadi orang tengah kepada bibit2 percintaan korang! :)
  • Pujian yang tak berlebihan. Ni sikit2 awak cantik la,paling cantik la,padahal pakai selekeh ni pun dia kata macam miss world da.haha. Nampk sangat la menipunya di situ. So jangan tertipu dek pujian yg melambung ok. 

Go and get ur life ^^

My Ping in TotalPing.com Kedai Backlink,Backlink Percuma Blogged.my
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Oh!Belog

Apesal

guabelog

Copyright2010 © Hak Milik Peribadi Pinky_Liscious