Instagram

Showing posts with label Trip/Holiday. Show all posts
Showing posts with label Trip/Holiday. Show all posts

Tuesday, June 25, 2013

Trip to Ipoh


Selamat Tengahari warga bumi yang cantik dan manis sekali. 

*Flashback*

Bulan March 2013 kami dalam 6 orang (Soya, Belin, Nasz, Yuri, Lee and me) pergi la ke Ipoh. Kebetulan bapa/abang/pakcik angkat Soya invite pergi birthday party anak dia. So sambil menyelam minum air la kan. Dah alang-alang datang weols jalan-jalan la kat tempat-tempat yang sempat dilawati. Cehhh! Bunyi macam banyak sangat la tempat tu kan. Padahal.... Hehehe

So hari sabtu, lepas memasing dah lunch apa lagi terus la bertolak ke Ipoh. Yang bestnya girls 1 kereta boys 1 kereta, senang sikit nak kepochi kan. Then dalam perjalanan ke Ipoh sempat juga lah berhenti rehat sat lebih kurang setengah jam kat R&R mana entah tak ingat.  

Camwhore sat kat R&R bersama kakak yang gorgeous! Eh kakak ke.. Hiks ;p

Around pukul 7pm juga la baru sampai kat homestay yang telah disediakan. But sorry gambar homestay takde. Actually ada rasanya but dalam kamera si Yuri. Hihihi
Then sempat lah rehat kejap before siap-siap nak pi birthday party tu yang start 8.30pm. Yang bestnya malam tu iols terasa macam puteri sekejap sebab didandankan cantik-cantik. Hahaha. Jangan kata diorang iols pun terkejut bila tengok cermin.

Ala masquerade gitu!!

Habis party je plan macam nak melepak la mana-mana but bila tengok jam dah terlalu lewat so balik homestay jela. Ahad lepas sarapan baru jalan-jalan sekali before gerak KL. So tempat yang kami singgah adalah Gunung Lang. Cantik sangat tempat tu. Ni iols tunjuk sedikit sebanyak gambar2 yang ada. Selebihnya kat kamera si Yuri and Belin :D




Siapakah tukang ambil gambar ni?? *Misteri*





|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

Apa la yang uols scroll lagi tu? Dah abes la. Hiks! Bye

P/s : Miss them! Miss this moment! Miss this trip!


Go and get ur life ^^

My Ping in TotalPing.com Kedai Backlink,Backlink Percuma Blogged.my

Monday, June 10, 2013

Kedah dan Perlis

Ehem! Ehem! Ehem!

Actually macam mana nak story ye, rasanya dah lama aku tak story pasal life aku. So nak create perenggan demi perenggan dengan isi yang cantik dan teratur pun macam seriously no idea. Dari tadi dok type then tekan backspace. Aishhh tapi its ok la. Kita hentam saja lah k. Hiks!

Actually 10 hari dah berlalu but now baru ada masa nak story. Actually bukan baru ada masa cuma tak tahu nak start dari mana. Haha. Di mulakan cerita 31 mei 2013 aku gerak dari Kajang ke Kedah. Perasaan sepanjang perjalanan tu hanya Allah jela yg tahu. But bila sampai je kat Kedah hati terus lega. Story kat Kedah tak payah cerita la kita skip je, hihi. Nothing sangat pun kat Kedah then dari Kedah ke Perlis.
.
Buat apa la tu kat Perlis kan? Iolsss ziarah family someone kat sana. Rindu dah lama tak jumpa family sana. Last jumpa pun tahun lepas bulan Mei. Perasaan tu bila dah lama tak jumpa macam2 ada. So niat di hati konon nak buat surprise la kat diorang. Tapi surprise tak berapa menjadi sebab si dia tu dah bagitahu family tentang kedatangan aku. Huh! But its ok la sampai je kat Perlis singgah beli something dulu. Sampai je terus nampak mak dia kat pintu. Apa lagi terus la laju je pi jumpa peluk bagai. Drama jap lama tak jumpa kot.

Rinduuuuuuuu!!!

Kebetulan kali ni aku datang adik beradik dia semua ada. Actually si dia ada 4 adik beradik la and yang sulung ofcoz la si dia diikuti nini, nina and dikmin. Adik dia nina baru lahirkan anak kedua, anak first tu boy dah setahun lebih tak silap aku and sangat lincah, yg second ni baby girl yg sangat cute,so berpantang rumah mak la kan.  Nina ni yang aku tahu dia doktor and husband dia pun doktor. Untung kan keluarga doktor gitu. Yang si nini pula kerja as a vet and at the same time masih study. Then yang bongsu dikmin still sekolah dalam tingkatan 2. Cukup serba sedikit tentang his family.

Sementara tunggu petang sikit nak keluar pergi makan dengan his family kat area Kedah if tak silap aku, so kita sembang2 gosip2 dulu sambil layan teletah si 'cacaaf' nama panggilan yg diberikan oleh si dia kat anak buah dia. Oh lupa pula, before tu sempat lagi keluar berdua pi shopping barang2 nak berBBQ esok. Hahaha terasa laki bini uols. Fefeeling gitu. Malam tu pula lepas balik dari makan si dia sediakan la perapan2 ayam untuk esok. Aku pula pi mandi sambil memanjakan diri. Mihmihmih. Lepas mandi je duduk rehat borak2  sambil tengok tv tetibe mak dia datang bawakkan air asam jawa sbb aku batuk. Oh terharu sangat sbb terasa macam mak kandung sendiri je sangat prihatin mana taknya pagi ahad esok tu pula bangun tidur je badan aku panas macam nak demam terus suruh makan ubat. 

Pagi ahad 2 Jun 2013 tu aktiviti pertama kami semua adalah BBQ. Haha aku hanya curi2 perhati je si dia dengan peluh2 dok bakar ayam, sexy awww! Hahahaha.Sengal je kan. Sekali sekala masuk air tak salah. Yang si ayah pula macam biasa la tak habis dok sakat2 je. Ayah ni jenis suka bercakap. Ada je story. Tengahari tu pula pi ikut kenduri sepupu dia kat Perlis juga. Nasib dekat so boleh la pi sebab petang nanti dah nak kene balik Kajang takut tak sempat terkejar2. Tiktoktiktok dah hampir masa nak balik. Huwaaaa sedih pun ada sebab rasa sekejap sangat masa berlalu. Banyak benda tak sempat buat lagi.

Tapi apapun hampir 2 hari aku kat sana semuanya pengalaman yang sangat menggembirakan. Terlalu banyak benda yang buat aku terkenang until now. Seriously duduk kat sana terasa seperti berada di rumah sendiri, layanan dan jagaan yang sangat baik dari family sana buat aku rasa terharu sangat. Rasa beruntung sangat sebab ada peluang melalui hari2 dengan mereka semua. InsyaAllah kalau diberi peluang, umur panjang dan rezeki pasti akan ketemu lagi. 


P/s : Thank you so much!

Go and get ur life ^^

My Ping in TotalPing.com Kedai Backlink,Backlink Percuma Blogged.my

Friday, April 15, 2011

h0liday in beijing,china...

finally singgah gak ak kt kota beijing nie..sebelom nie juz dgr story je..now ak da tgk sndiri keadaan kota dia..its a great vacation besides ak cuci mata n window shoppng kt sana..murah2 gak brg2 dia..but x dela sume..kene pndai pilih gak..hehe..so i wanna share serba sedikit antara kenangan ak sewaktu berada di negara org selama seminggu...its awesome!! ; )

Go and get ur life ^^

My Ping in TotalPing.com Kedai Backlink,Backlink Percuma Blogged.my
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Oh!Belog

Apesal

guabelog

Copyright2010 © Hak Milik Peribadi Pinky_Liscious