Instagram

Showing posts with label Merapu Meraban. Show all posts
Showing posts with label Merapu Meraban. Show all posts

Thursday, August 15, 2013

Marathon Hari Raya 2013

Hari ni dah start kerja. Tapi mood kerja tu masih belom ada. Yang ada mood cuti! hahaha. Padahal dah cuti sakan tak sedar diri agaknya. Meh nak cerita sat aktiviti aku di hari raya..

Day 1 :
Seperti biasa kalau hari raya pertama memang aku beraya di Perak. Oh Perak ni kampung belah ayah aku. So macam biase la bangun pagi2 dah siap2. Pastu terus hidang mana yang patut sebab rumah atok aku ni selalunya orang surau akan datang ramai-ramai. Kalau orang jawa panggil 'BARAAN'. 


Day 2 :
Baru ada masa nak keluar beraya dekat rumah sanak saudara yang ada dekat area Perak. Pastu bawak anak-anak kecil keluar jalan memang abes kene paw je aku ni. Mana taknya kalau dah bawak diorang keluar jalan memang pokai la ahkak ni kan. Hahaha nak jajan all the time!


Day 3 :
Dah start packing barang sebab nak balik KL. Gerak dari kampung pun dah petang sangat. Tapi maik aihhh jalan jem giler. Lebih kurang 9jam perjalanan dari Perak ke Kajang. Sampai rumah je terus packing barang sebab esok pagi aku dah kene gerak pergi Perlis pula. Memang dugaan mengantuk tu jangan cerita la. Letih sangat.

Day 4 :
Bertolak dari Kajang pukul 10am. Nasib baik jalan tak jem teruk. So sampai Perlis dah senja jadi rehat2 kejap sebab lepas maghrib si Lee ajak pergi rumah sepupu dia kahwin. 


Day 5 :
Haaa ni dah mula banyak aktiviti. Kami dibawa berjalan ke Tasek Melati. Tasek melati memang la nice, tapi nice untuk orang bercengkerama bak kata Lee. Hahaha. Tapi memang betol pun. Mostly yang aku nampak berpasangan. Aishhh salah tempat ke apa la kami pergi ni. Pastu kitorang gerak ke The Store beli barang dapur sikit sebab Lee nak masak-masak untuk kami. Malam tu pula lepas isyak kitorang keluar pi karaoke dengan member-member Lee. Habis karaoke melantak char kuew tiaw pula kat gerai berdekatan dengan tempat karaoke tu tapi tak sedap sebab mungkin waktu memasak tu tertumpah garam! Makan 3 4 suap je dah tolak tepi.


Day 6 :
Kami terus gerak ke Gua Kelam. Tapi tak habis teroka pun sebab penat jauh kot. Badan waktu ni jangan kata peluh, naik gatal2 dan melekit. Then after Gua Kelam, pi singgah kat Tasik Timah Tasoh. Dah puas jalan-jalan perut lapar cadang nak pekena Nasi Ganja. So pergi la makan kat gerai apa entah aku pun lupa. Dah habis makan singgah The Store lagi. Haha boleh jadi model The Store lepas ni mana taknya semalam The Store arini The Store lagi. Nak buat macam mana bandar kecil kan.









Nasi ganja yg tak berapa nak ganja. LOL

Day 7 :
Packing barang nak balik KL. Sebelum balik KL singgah sat kat rumah adik Lee (Dikna) dekat Sg. Petani. Best sangat sebab dapat jumpa si Isyraf dan Qaireen. Then last stop pi rumah kawan Lee (Bob & Tina) dekat Kulim. Si Bob dan Tina ni pon boleh dikatakan baru juga la dapat baby girl yang diberi nama Alesya. Dalam pukul 5pm jugak la baru kitorang gerak ke KL. Alhamdulillah selamat juga sampai rumah dalam pukul 1am. 

Qaireen

Isyraf

Baby Alesya (Mix Chinese + Melayu)

Itu saja lah diantara memori raya untuk tahun 2013. InsyaAllah raya tahun depan jika dipanjangkan umur kita bakal bersua lagi di lain entry khas untuk raya. Peace~

Go and get ur life ^^

My Ping in TotalPing.com Kedai Backlink,Backlink Percuma Blogged.my

Monday, August 5, 2013

Projek ketam besar punya!

Tak sangka lagi 2 atau 3 hari je kita akan menyambut kedatangan Syawal kan! Masa berlalu begitu pantas. *lompat bintang*. 

So preparation raya uols macam mana? Me finally rasanya dah complete kot keperluan untuk diri sendiri. Tu pun nasib baik keluar hari sabtu kalau tak maybe masih ada yang tak complete lagi. 

So hari Sabtu si Lee pick up aku then dalam kereta tu aku tanya la ada nak cari apa-apa lagi tak untuk raya sebab aku pun nak cari kasut. Then dia cakap dia pun memang nak cari kasut. Haaaa ok la tu dia pun ada tahu satu tempat jual kasut yang cantik-cantik dan harga pun sangat okay kat area Setapak. So first destination weols gerak ke Setapak. Dah alang-alang dia nak hantar gitar kat studio sekali plus nak pick member weols untuk mencari ketam! 

Opsss! actually plan sebenarnya memang nak makan ketam! Ketam bukan sebarang ketam, ni ketam gemok punya. Hihihi. So Lee ni suggest satu tempat kat area Ampang. Sampai je restoran tu ohemgeeee ramainya manusia. Nasib masih ada tempat, stress aku jap. Hihihi tapi bila sampai makanan depan mata terus hilang stress. Lapa punya pasal. Tapi bila tengok ketam depan mata seronok terus!






Dah kenyang makan aktiviti lepas tu menuju ke Sunway Pyramid sebab nak cari seluar jeans aku. Yang member weols pula nak pi cari barang kat Daiso. So memandangkan dah pukul 9.30pm weols pun dengan lajunya terjah kat kedai masing-masing. Takut tak sempat dah tutup kedai. hahahaha


So hasilnya aku dapat la cari 2 helai jeans dan sepasang kasut. Btw kasut tu selesa sangat, I love it! TQ sayang. 

Go and get ur life ^^

My Ping in TotalPing.com Kedai Backlink,Backlink Percuma Blogged.my

Thursday, July 18, 2013

Things I want to do with YOU


  • Go on long walks
  • Hold hands
  • Watch the sunset
  • Sing stupid songs
  • Wake up to see the sunrise
  • Watch movies
  • Travel to somewhere


Go and get ur life ^^

My Ping in TotalPing.com Kedai Backlink,Backlink Percuma Blogged.my

Monday, July 15, 2013

Ramadhan 3 dan 5

Selamat berpuasa untuk hari yang ke 6 kawan-kawan!!

Bila muncul ramadhan mesti la orang sebok dok cerita pasal juadah kan. Juadah itu la, bazar ini la. Everything FOOD FOOD FOOD! kat IG pun dok penuh dengan juadah berbuka. Cuci mata dengan makanan jela bulan ramadhan ni. hahaha. So aku pun nak kongsi cerita yang berlaku hari jumaat dan ahad baru-baru ni. 

Hari jumaat tu aku dengan beberapa yang lain pi berbuka puasa kat Flaming Steamboat area Setapak. Bayangkan... tunggu my boyfie jemput dari Petaling Jaya - Kajang - Petaling Jaya - Setapak. Can u imagine that?? Almaklum la Petaling Jaya dengan jalan yang jammed memang tak akan boleh dipisahkan. Tambahan orang berpusu-pusu nak balik rumah berbuka that time.1st time aku rasa perjalanan ke setapak seperti perjalanan nak balik kampung je. Terasa jauh sangat, sempat tidur sekejap kot dalam kereta. Haaaaa and yang paling tak ingat berbuka pun dalam kereta okay. Hahaha.

So sampai je kat flaming steamboat tu pun tak silap aku dah nak dekat pukul 8lebih. Then apa lagi terus melantak la. Actually aku steamboat ni kurengggg sikit. Ibarat kalau ada aku makan, if takde pun aku tak kesah sangat. Tapi ok la kita follow je.

Siapa yang suka makan steamboat ni memang layan habis la. Seronok aku tengok diorang ni makan terutama si Ozzie dan Belin. Diorang ni memang hantu seafood aku cakap! Makan tak hengattt tapi badan tetap maintain je. Mana diorang letak makanan tu pun tak tahu. Petua plis!!! ;p




Abaikan pemandangan yang tak berapa cantik kat atas meja tu ye. Hahaha


Lepas dah kenyang, dah borak-borak, dah gosip-gosip apa lagi boleh la beransur pulanggg. Ayuhhhhh!

Eh! nanti dulu story tak habis lagi. Sabar...Tu baru 3 ramadhan, ni nak sambung yang 5 ramadhan punya. Mihmihmih. Sebenarnya tak plan pun nak keluar hari ahad semalam. Yela sebelum tu hari sabtu petang aku ada merajuk sikit ke dia. Tu yang tak bajet jumpa langsung ahad. Tapi entah macam mana mungkin si Lee rindu terlebih kat aku at last meet up juga. Hahahah! *perasan*

Then petang tu around pukul 6 dia jemput aku then terus gerak pergi area Petaling Jaya. Bila aku tanya nak pi mana dia dok kata suprise. Haha! Nak tahu ke apa yang konon suprise sangat tu.... Dia nak bawa aku pi bazar rupanya. Yang lawak tu apa tau, bazar tu dah tak banyak choice, banyak dah habis and tutup. Takde rezeki, kuih-muih pun takde. Tengok jam pun alahai tak jauh dah nak masuk waktu berbuka. Tu la kalau tak kata suprise tadi dah elok aku bawak pergi bazar kat area saujana. Nasib baik mood petang tu romantik sikit almaklum la dengan hujan renyai so mood aku sangat ok. Hahahaha. Lain kali nak bawak dia pi bazar saujana pula. Tapi kene awal sikit sebab takot jadi macam kes ni la datang2 dah lengang je bazar. hihihi

Dah beli apa yang patut weols terus gerak pi Sunway Pyramid, sebab plan dalam kereta lepas berbuka nak tengok wayang. 




Habis je makan tak sempat bagi nasi turun kat perot terus usyar tiket wayang. Hahah 'masa itu emas' sangat..... So our choice waktu tu 2 je antara Lone Ranger or Pacific Rim. Last-last Pacific Rim juga jadi pilihan. 


Sementara nak tunggu movie start masih ada masa lagi jadi weols pi la masuk tempat game kat sebelah wayang tu je. Eh! sebelah ke depan ke tepi eh?? Entah la aku pun tak tahu nak cakap. Siapa yang dah pergi sunway mungkin tahu la apa yang aku maksudkan tu. Sekali sekala masuk tempat gini syiokkkk juga. Kalau aku masuk tempat gini aku suka main game kereta Daytona. Dulu waktu mula2 kenal dia ni (waktu main tarik tali, konon jual mahal) kalau lawan daytona confirm dia kalah. *muka bangga sambil gosok hidung* 

Im a CHAMPHION okayyyyy..... Tapi daytona punya game jela.. hahahahaha



Dah nama pun kaki muzik, gila muzik. Sampai dalam ni pun dok pandang benda gini. Tapi aku suka je layan sebab macam comel-comel je perangai dia waktu main drum set and gitar mainan tu. Eh tu dikira kategori mainan ke?? Tak pasti la yang penting rupa gaya mutu keunggulan ada.


Ok la that's all for today. Bye! Selamat Berbuka Puasa :D

Go and get ur life ^^

My Ping in TotalPing.com Kedai Backlink,Backlink Percuma Blogged.my

Tuesday, June 25, 2013

Trip to Ipoh


Selamat Tengahari warga bumi yang cantik dan manis sekali. 

*Flashback*

Bulan March 2013 kami dalam 6 orang (Soya, Belin, Nasz, Yuri, Lee and me) pergi la ke Ipoh. Kebetulan bapa/abang/pakcik angkat Soya invite pergi birthday party anak dia. So sambil menyelam minum air la kan. Dah alang-alang datang weols jalan-jalan la kat tempat-tempat yang sempat dilawati. Cehhh! Bunyi macam banyak sangat la tempat tu kan. Padahal.... Hehehe

So hari sabtu, lepas memasing dah lunch apa lagi terus la bertolak ke Ipoh. Yang bestnya girls 1 kereta boys 1 kereta, senang sikit nak kepochi kan. Then dalam perjalanan ke Ipoh sempat juga lah berhenti rehat sat lebih kurang setengah jam kat R&R mana entah tak ingat.  

Camwhore sat kat R&R bersama kakak yang gorgeous! Eh kakak ke.. Hiks ;p

Around pukul 7pm juga la baru sampai kat homestay yang telah disediakan. But sorry gambar homestay takde. Actually ada rasanya but dalam kamera si Yuri. Hihihi
Then sempat lah rehat kejap before siap-siap nak pi birthday party tu yang start 8.30pm. Yang bestnya malam tu iols terasa macam puteri sekejap sebab didandankan cantik-cantik. Hahaha. Jangan kata diorang iols pun terkejut bila tengok cermin.

Ala masquerade gitu!!

Habis party je plan macam nak melepak la mana-mana but bila tengok jam dah terlalu lewat so balik homestay jela. Ahad lepas sarapan baru jalan-jalan sekali before gerak KL. So tempat yang kami singgah adalah Gunung Lang. Cantik sangat tempat tu. Ni iols tunjuk sedikit sebanyak gambar2 yang ada. Selebihnya kat kamera si Yuri and Belin :D




Siapakah tukang ambil gambar ni?? *Misteri*





|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

Apa la yang uols scroll lagi tu? Dah abes la. Hiks! Bye

P/s : Miss them! Miss this moment! Miss this trip!


Go and get ur life ^^

My Ping in TotalPing.com Kedai Backlink,Backlink Percuma Blogged.my

Monday, June 10, 2013

Kedah dan Perlis

Ehem! Ehem! Ehem!

Actually macam mana nak story ye, rasanya dah lama aku tak story pasal life aku. So nak create perenggan demi perenggan dengan isi yang cantik dan teratur pun macam seriously no idea. Dari tadi dok type then tekan backspace. Aishhh tapi its ok la. Kita hentam saja lah k. Hiks!

Actually 10 hari dah berlalu but now baru ada masa nak story. Actually bukan baru ada masa cuma tak tahu nak start dari mana. Haha. Di mulakan cerita 31 mei 2013 aku gerak dari Kajang ke Kedah. Perasaan sepanjang perjalanan tu hanya Allah jela yg tahu. But bila sampai je kat Kedah hati terus lega. Story kat Kedah tak payah cerita la kita skip je, hihi. Nothing sangat pun kat Kedah then dari Kedah ke Perlis.
.
Buat apa la tu kat Perlis kan? Iolsss ziarah family someone kat sana. Rindu dah lama tak jumpa family sana. Last jumpa pun tahun lepas bulan Mei. Perasaan tu bila dah lama tak jumpa macam2 ada. So niat di hati konon nak buat surprise la kat diorang. Tapi surprise tak berapa menjadi sebab si dia tu dah bagitahu family tentang kedatangan aku. Huh! But its ok la sampai je kat Perlis singgah beli something dulu. Sampai je terus nampak mak dia kat pintu. Apa lagi terus la laju je pi jumpa peluk bagai. Drama jap lama tak jumpa kot.

Rinduuuuuuuu!!!

Kebetulan kali ni aku datang adik beradik dia semua ada. Actually si dia ada 4 adik beradik la and yang sulung ofcoz la si dia diikuti nini, nina and dikmin. Adik dia nina baru lahirkan anak kedua, anak first tu boy dah setahun lebih tak silap aku and sangat lincah, yg second ni baby girl yg sangat cute,so berpantang rumah mak la kan.  Nina ni yang aku tahu dia doktor and husband dia pun doktor. Untung kan keluarga doktor gitu. Yang si nini pula kerja as a vet and at the same time masih study. Then yang bongsu dikmin still sekolah dalam tingkatan 2. Cukup serba sedikit tentang his family.

Sementara tunggu petang sikit nak keluar pergi makan dengan his family kat area Kedah if tak silap aku, so kita sembang2 gosip2 dulu sambil layan teletah si 'cacaaf' nama panggilan yg diberikan oleh si dia kat anak buah dia. Oh lupa pula, before tu sempat lagi keluar berdua pi shopping barang2 nak berBBQ esok. Hahaha terasa laki bini uols. Fefeeling gitu. Malam tu pula lepas balik dari makan si dia sediakan la perapan2 ayam untuk esok. Aku pula pi mandi sambil memanjakan diri. Mihmihmih. Lepas mandi je duduk rehat borak2  sambil tengok tv tetibe mak dia datang bawakkan air asam jawa sbb aku batuk. Oh terharu sangat sbb terasa macam mak kandung sendiri je sangat prihatin mana taknya pagi ahad esok tu pula bangun tidur je badan aku panas macam nak demam terus suruh makan ubat. 

Pagi ahad 2 Jun 2013 tu aktiviti pertama kami semua adalah BBQ. Haha aku hanya curi2 perhati je si dia dengan peluh2 dok bakar ayam, sexy awww! Hahahaha.Sengal je kan. Sekali sekala masuk air tak salah. Yang si ayah pula macam biasa la tak habis dok sakat2 je. Ayah ni jenis suka bercakap. Ada je story. Tengahari tu pula pi ikut kenduri sepupu dia kat Perlis juga. Nasib dekat so boleh la pi sebab petang nanti dah nak kene balik Kajang takut tak sempat terkejar2. Tiktoktiktok dah hampir masa nak balik. Huwaaaa sedih pun ada sebab rasa sekejap sangat masa berlalu. Banyak benda tak sempat buat lagi.

Tapi apapun hampir 2 hari aku kat sana semuanya pengalaman yang sangat menggembirakan. Terlalu banyak benda yang buat aku terkenang until now. Seriously duduk kat sana terasa seperti berada di rumah sendiri, layanan dan jagaan yang sangat baik dari family sana buat aku rasa terharu sangat. Rasa beruntung sangat sebab ada peluang melalui hari2 dengan mereka semua. InsyaAllah kalau diberi peluang, umur panjang dan rezeki pasti akan ketemu lagi. 


P/s : Thank you so much!

Go and get ur life ^^

My Ping in TotalPing.com Kedai Backlink,Backlink Percuma Blogged.my

Sunday, September 23, 2012

JJCM

Penatnya kene buat proposal company abang ni. Baik kan? bertuah siapa dapat adik macam aku *flip hair* hahaha. Baik la sangat ni sebab kene paksa tau. Dah selalu kene buli dengan abang sendiri *nangis tepi katil* T_T 

Btw tengah search picture untuk proposal abang tetiba rasa malas tu menjelma pula. Berhenti sat la terus sign in blogger. Hihi. Ada cerita lagi ni nak kongsi. Alaaaa takyah tunggu ada cerita, takde cerita pun aku tetap bikin cerita. Hentam saja lah!

Petang tadi aku keluar lah jalan-jalan nak luaskan pemandangan yang dah tersedia luas. Eh silap yg tak berapa nak luas! Selalu berjalan tapi tetap tak luas-luas *geleng kepala 10x* Nak cerita panjang mahu berjela-jela nanti so kita amik point penting jela eh. Amik kau point terus! hahaha. Petang tadi pergi lepak kat IOI Puchong tu. *Tetiba terimbau pula zaman mula-mula bercinta dulu* Haha. So sementara nak tunggu tempat steamboat kat sunway tu beroperasi lepak la minum kat Oldtown White Coffee. 


Agak-agak dah boleh angkat pungkoq baru la bergegas ke destinasi yang seterusnya. Wahh ibarat JJCM = Jalan-Jalan Cari Makan gituu. Feeling sikit! So pergi la singgah makan kat Flaming Steamboat. Seriusly ni la kali pertama aku try makan steamboat. Haaa jangan nak gelakkan ok!!! Amaran keras! haha. So bila da try tadi ok la. Tapi nak jadikan favorite tu tidak lah sama sekali. Just gitu-gitu jela. Tekak sambal belacan la katakan. Tak reti berstim ni. Har har har. Tapi kita layankan jela tekak si dia sebab si dia ni pun boleh tahan suka makan steamboat ni.




Harga dia pun ok kot coz kau boleh makan sampai lebam. Makan la berapa banyak pun bayar tetap sama. So make sure perut korang lapar lagi terbaik la. Hahaha.


Licin kan kami makan. Nak tahu lebih lanjut mengenai tempat/harga korang klik link FLAMING STEAMBOAT ni ok :)

P/s : Ok la nak sambung buat proposal sikit then tido. Nanyte!




Go and get ur life ^^

My Ping in TotalPing.com Kedai Backlink,Backlink Percuma Blogged.my

Wednesday, September 19, 2012

Bila rindu

Eeee.. rindunya kat dia..
Apa lah dia buat..
Dia ingat aku tak...
Tu antara benda biasa yang akan berlegar kat kepala la bila kita tengah rindukan sum1. Sumtimes bila kita rasa rindu sangat pun boleh menganggu aktiviti seharian kita. Betol ke tak? Mana taknya apa yang dibuat semua tak kena, mandi tak basah, makan pun dalam pinggan nampak muka dia, tido tak lena. Macam-macam lagi la. Everything yang kita buat pasti ada je yang tak sempurna gitu. Yang ada dalam kepala asyik nama dia dia dia. Dah macam kene jampi pun ada! haha.

Orang cakap rindu tu datang bila kita ada rasa sayang suka dan kasih. Ye ke? Mungkin la. Haha kalau tak takkan lah aku boleh rasa macam ni. lalala. Oops! lagi 1 nak menyokong kenyataan aku ni, kita takkan pernah merindui apatah lagi mengingati orang yang kita benci ye! Buat tambah annoying kot. *muka kerek sikit*

So bila dah rindu tapi tak dapat jumpa apa lagi yang boleh di buat selain dari telefon and mesej? Opkos la video call, skype etc. Atleast dari tak nampak boleh nampak dia, lubang hidung dia, silap hari bulan orang ada kelemumur pun boleh nampak. Ok! tu tipu sangat! har har har


Weee skype dengan dia kat rumah semalam tapi dia still kat office. Banyak kerja katanya! haha. Habis aku teliti setiap inci. Puas akak! ngeh3x ;p

P/s: Walaupun tak hilang rindu 100% tapi sedikit terubat juga ;)

Go and get ur life ^^

My Ping in TotalPing.com Kedai Backlink,Backlink Percuma Blogged.my

Wednesday, August 29, 2012

Just got it :)

Petang semalam dapat kol dari Asia Optical Centre.. Diorang cakap cermin mata pink dah siap boleh la datang ambil.. But semalam ada hal sikit so postpone dulu! Then today nothing to do pun,so tadi lunch time apa lagi terus keluar nak ambil spek baru.. Ngeee :)

Tak sabar nak tengok kan so lajuuuu je keluar dari office! haha.. Lepas dapat spek baru terus senyum.. Suke!! Suke!!

Weee.. ni la spek kita sekarang ;)

Go and get ur life ^^

My Ping in TotalPing.com Kedai Backlink,Backlink Percuma Blogged.my

Wednesday, August 15, 2012

Bakal tiba sikit masa je lagi...

Assalamualaikum..

Salam yang keberapa puluh ramadhan ntah malas nak kira.. hekhek

Wahhh masing2 bukan main dok hingaq pasal raya...tak hingat ke yg ramadhan belom habis lagi?? haha..Takpe la raya kan setahun sekali mesti la ramai dok tak sabiaqqq.. Mesti kelengkapan raya banyak da setelkan?? Tak gitu kekawan.. Me cukup la baju raya baru sepasang kaler hijau tahun ni.. Yang lain still boleh guna mana yg ada dalam almari tu.. Tak elok membazir ni.. Kuih raya macam biasa kuih tunjuk2 jela.. Toksah pening2 kepala..

Hingaq = Bising
Sabiaqqq = Sabar

Ok la tu jela serba sedikit tentang persiapan my raya.. Bukan apa pon just nak wish awal2 mana tau ada halangan pula lepas ni dah tak dapat wish! Ok la apa2 pun.......



P/s : Dengar lagu raya sendu dan syahdu je...



Go and get ur life ^^

My Ping in TotalPing.com Kedai Backlink,Backlink Percuma Blogged.my

Saturday, July 7, 2012

Kerja Baru..Tempat Baru..Suasana Baru

Awak! Awak! Awak!
Kita nak cakap ni yang kita happy sangat sebab kita dah dapat job baru. Dah takde la tanam anggur lagi. Almaklum la nanti kalau lelama tanam anggur ada je orang dok potpet2 kang. haha. Entah siapa la tu kan. :p Actually dah 2 weeks pon start kerja. Kerja kat mana? Pinky dapat kerja kat MIROS. Tapi position biasa2 jela. Jadi la janji kerja. Carik rezeki halal! Cehwah! Siapa nak bagi duit kalau tak kerja kan.

Tak sangka meh dapat kat situ. Tapi kesian my fren yang susah2 carik keje sesama tapi last2 dia tak dapat. Tapi takpe la Alhamdulillah now dia pon dah dapat keje kat INSPEN if tak silap la. Congratz to her also! ;) 

Ni nak cite sikit suasana keje baru. Mula2 tu memang serabut la yela banyak benda still tak tau nak handle. Masok telinga kanan kuar telinga kiri. But bila maybe dah hari2 buat tu yang lelama boleh handle even tak 100% but still 50% tu da boleh la! Yang paling cuak tu bila tersalah sambungkan kol,terlupa amik information or anything yang berkaitan la. haha. Yela takot kene marah! But takpe la biasa la tu adat kerja. Walau sumtimes stress gak. hihi.

Hope pinky boley la paham 100% cara nak handle kerja pinky tu. So if kene buat sesorang takde la tak confident sangat kan bila kita da mahir. Hope sikit masa lagi pinky dapat biasakan diri la ngan situasi kerja baru ni.

Ni nak kongsi sikit perkara2 yang berlaku sepanjang 2weeks pinky da berada di bawah bumbung MIROS :)

Me and Rosya.. Nadi MIROS.. ngeh3x

Baru seminggu kerja da di celebrate oleh my partner.. haha untung kan!
 Officemate! <me, amy, rosya>

<no words>


Go and get ur life ^^

My Ping in TotalPing.com Kedai Backlink,Backlink Percuma Blogged.my
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Oh!Belog

Apesal

guabelog

Copyright2010 © Hak Milik Peribadi Pinky_Liscious