Instagram

Wednesday, October 28, 2015

Ikan kembung masak serai

Resipi paling simple dan mudah bagi aku. Sekarang ni since ada anak kecik kalau boleh semua benda aku nak mudah. So that takde la terkejar2 mana nak tengok anak, nak tengok kuali periuk atas dapur. Hihi

Bahan :

Ikan kembung
1 biji bawang merah ditumbuk kasar
3 biji bawang putih ditumbuk kasar
8 biji cili api ditumbuk kasar
5 batang serai dititik
Sedikit air asam
Garam dan serbuk perasa

1) masukkan sedikit air dalam kuali dan panaskan bersama bahan2 yg ditumbuk kasar dan serai sehingga mendidih.

2) masukkan air asam bersama Ikan kembung, garam dan serbuk perasa. Biarkan sehingga Ikan masak.Sedia dihidang.

Selamat mencuba!!


Go and get ur life ^^

My Ping in TotalPing.com Kedai Backlink,Backlink Percuma Blogged.my

Tuesday, October 27, 2015

KARIPAP FROZEN

Ingat tak lagi entry iols sebelum ni pasal yang business kecik2 tu. Ok ni nak bagitau yang aku ada jual kuih-muih and kek. But focus order on karipap la. Nak tahu sedap ke tidak kene la try order..

KARIPAP AYAM : RM6 (10BIJI)
KARIPAP DAGING : RM6 (10BIJI)
KARIPAP SARDIN : RM6.50 (10BIJI)

Area KL, SELANGOR, PUTRAJAYA digalakkan mencuba. Luar kawasan sorry tak dapat sbb benda makanan frozen kan. Takut pos pastu dapat kat tangan customer nanti dah tak rupa makanan.

Nak order just contact @ whatsapp : 01132334632 / 0163068505












Go and get ur life ^^

My Ping in TotalPing.com Kedai Backlink,Backlink Percuma Blogged.my

Thursday, October 22, 2015

SURIRUMAH sepenuh masa

Hai bloggers.. lama sangat dah tak update blog usang ni. almaklum la busy dengan kerja. Now InsyaAllah boleh update sikit2 balik sebab apa?? sebab iols da pegang title surirumah sepenuh masa. Bukan apa, since da ada anak ni susah nak hantar and cari pengasuh yang elok perangainya (sorry bukan saya nak kecam yang jadi babysitter kat seluruh malaysia ni cuma naluri keibuan nak yg terbaik untuk darah daging sendiri). So i and husband decide untuk iols je yg babysit Dzal Aidi Falique. Sambil babysit anak bukan iols duduk saja ye. Iols ada buat business kecik2 sikit atleast buat kerja sambil tengok anak depan mata lagi senang hati. Nak tau business apa?? stay tune okay! next entry.. Bye!


Pic takde kene mengena dengan entry, ni pic seminggu before i deliver my baby. Hihih

Go and get ur life ^^

My Ping in TotalPing.com Kedai Backlink,Backlink Percuma Blogged.my

Wednesday, October 2, 2013

Mengantuk lepas makan


Kebiasaanya lepas kita makan mesti akan rasa ngantuk nak pula lepas makan tengahari. Kenapa ye?




TUBUH BADAN BEKERJA :
Tak perlu rasa bimbang dengan keadaan sebegitu kerana makanan membekalkan tenaga yang diperlukan tubuh untuk bekerja. Secara saintifiknya otak dan usus adalah dua organ dalam badan yang memerlukan tenaga untuk bekerja secara khusus.

So bila kita makan, otak akan merangsang isyarat untuk menukarkan tenaga kepada pencernaan, lalu sel darah merah akan membantu untuk mencerna makanan dan membawa nutrien untuk tubuh. Oleh itu bila proses ini terjadi , sebahagian anggota tubuh akan 'mencuri' masa untuk 'slow down' dan rileks sikit. Ini yang menyebabkan kita rasa mengantuk.

FAKTOR MAKANAN : 
Apa yang kita makan juga mempengaruhi, ada sesetengah makanan yang mempunyai nilai karbohidrat yang tinggi seperti nasi. Nasi yang dimakan itu akan ditukar menjadi glukos bila dicerna. Bila makan banyak glukos, sejenis bahan kimia dalam tubuh yang dipanggil insulin akan dilepaskan untuk menyeimbangkan kandungan itu.

So what to do untuk kurangkan rasa mengantuk ini??

Tak susah sangat pun, kita cuma perlu lebih aktif untuk membekalkan oksigen ke seluruh tubuh. Bila kurang aktif, tubuh pun tak 'fit' dan yang paling tak best automatik semua benda nak buat pun malas. memang rutin seharian kita yang padat membuatkan kita tak ada masa untuk bersenam. Tapi jangan lupa 'jalan kaki' pun dikira satu senaman juga kan? So apa salahnya bila dah kenyang tu cuba jalan kaki sikit contohnya letak kenderaan jauh atau elakkan lif dengan menggunakan tangga. Mungkin ini akan mengurangkan peratusan mengantuk tadi.


Go and get ur life ^^

My Ping in TotalPing.com Kedai Backlink,Backlink Percuma Blogged.my

Thursday, August 29, 2013

Wedding last week


Congratz to Manci and Amy akhirnya sudah bergelar husband and wife. Semoga berbahagia sehingga akhir hayat.



And also congratz to my lovely cousin Farhana and her hubby. Hopefully ur marriage till jannah :)






Go and get ur life ^^

My Ping in TotalPing.com Kedai Backlink,Backlink Percuma Blogged.my

Sunday, August 18, 2013

My bestfriend's E-day

Tanggal 17 Ogos 2013, rakan sepermainan ku yang diberi nama Liyana sudah pun selamat bergelar tunangan kepada Dhiyaudin. Tak sangka depa ni akhirnya mengikat janji juga. Kalau dulu aku ni ibarat pemberi motivasi percuma kat depa. Hahahaha. Tu la yang dinamakan jodoh, pung pang pung pang akhirnya gedebuk tunang juga. I'm so happy for you dear. Orang kata dugaan tunang ni lain macam sikit, but i hope korang berdua boleh survive la sehingga sampai masa di ijabkabulkan. Amin





Harap-harap lepas ni ada rezeki turn kami berdua la pula. Hihihi


Go and get ur life ^^

My Ping in TotalPing.com Kedai Backlink,Backlink Percuma Blogged.my

Thursday, August 15, 2013

Marathon Hari Raya 2013

Hari ni dah start kerja. Tapi mood kerja tu masih belom ada. Yang ada mood cuti! hahaha. Padahal dah cuti sakan tak sedar diri agaknya. Meh nak cerita sat aktiviti aku di hari raya..

Day 1 :
Seperti biasa kalau hari raya pertama memang aku beraya di Perak. Oh Perak ni kampung belah ayah aku. So macam biase la bangun pagi2 dah siap2. Pastu terus hidang mana yang patut sebab rumah atok aku ni selalunya orang surau akan datang ramai-ramai. Kalau orang jawa panggil 'BARAAN'. 


Day 2 :
Baru ada masa nak keluar beraya dekat rumah sanak saudara yang ada dekat area Perak. Pastu bawak anak-anak kecil keluar jalan memang abes kene paw je aku ni. Mana taknya kalau dah bawak diorang keluar jalan memang pokai la ahkak ni kan. Hahaha nak jajan all the time!


Day 3 :
Dah start packing barang sebab nak balik KL. Gerak dari kampung pun dah petang sangat. Tapi maik aihhh jalan jem giler. Lebih kurang 9jam perjalanan dari Perak ke Kajang. Sampai rumah je terus packing barang sebab esok pagi aku dah kene gerak pergi Perlis pula. Memang dugaan mengantuk tu jangan cerita la. Letih sangat.

Day 4 :
Bertolak dari Kajang pukul 10am. Nasib baik jalan tak jem teruk. So sampai Perlis dah senja jadi rehat2 kejap sebab lepas maghrib si Lee ajak pergi rumah sepupu dia kahwin. 


Day 5 :
Haaa ni dah mula banyak aktiviti. Kami dibawa berjalan ke Tasek Melati. Tasek melati memang la nice, tapi nice untuk orang bercengkerama bak kata Lee. Hahaha. Tapi memang betol pun. Mostly yang aku nampak berpasangan. Aishhh salah tempat ke apa la kami pergi ni. Pastu kitorang gerak ke The Store beli barang dapur sikit sebab Lee nak masak-masak untuk kami. Malam tu pula lepas isyak kitorang keluar pi karaoke dengan member-member Lee. Habis karaoke melantak char kuew tiaw pula kat gerai berdekatan dengan tempat karaoke tu tapi tak sedap sebab mungkin waktu memasak tu tertumpah garam! Makan 3 4 suap je dah tolak tepi.


Day 6 :
Kami terus gerak ke Gua Kelam. Tapi tak habis teroka pun sebab penat jauh kot. Badan waktu ni jangan kata peluh, naik gatal2 dan melekit. Then after Gua Kelam, pi singgah kat Tasik Timah Tasoh. Dah puas jalan-jalan perut lapar cadang nak pekena Nasi Ganja. So pergi la makan kat gerai apa entah aku pun lupa. Dah habis makan singgah The Store lagi. Haha boleh jadi model The Store lepas ni mana taknya semalam The Store arini The Store lagi. Nak buat macam mana bandar kecil kan.









Nasi ganja yg tak berapa nak ganja. LOL

Day 7 :
Packing barang nak balik KL. Sebelum balik KL singgah sat kat rumah adik Lee (Dikna) dekat Sg. Petani. Best sangat sebab dapat jumpa si Isyraf dan Qaireen. Then last stop pi rumah kawan Lee (Bob & Tina) dekat Kulim. Si Bob dan Tina ni pon boleh dikatakan baru juga la dapat baby girl yang diberi nama Alesya. Dalam pukul 5pm jugak la baru kitorang gerak ke KL. Alhamdulillah selamat juga sampai rumah dalam pukul 1am. 

Qaireen

Isyraf

Baby Alesya (Mix Chinese + Melayu)

Itu saja lah diantara memori raya untuk tahun 2013. InsyaAllah raya tahun depan jika dipanjangkan umur kita bakal bersua lagi di lain entry khas untuk raya. Peace~

Go and get ur life ^^

My Ping in TotalPing.com Kedai Backlink,Backlink Percuma Blogged.my

Tuesday, August 6, 2013

Selamat Hari Raya 2013


Balik kampung
Ho Ho Ho balik kampung
Hati girang...

Di kesempatan ini sebelum saya pulang ke kampung dan beraya bersama keluarga, sauda-mara, kawan serta orang tersayang saya ingin memohon ampun dan maaf sekiranya sepanjang penulisan saya di blog ni ada yang tak disenangi ke, terannoying ke, terlebih ke or ada yang tidak disukai oleh sesiapa. Saya hanya insan biasa yang tak sempurna dan sentiasa alpa. Semoga di hari raya ini membawa 1001 kegembiraan dan kenangan untuk semua.

Ibu riuh kehulu kehilir,
Sedia juadah pelengkap hidangan,
Pagi Syawal bergema takbir,
Tanda kemenangan puasa sebulan.

Yaaayyy!!! dah raya......... Oppps! Raya raya juga, kesihatan diri jangan dilupa. Kang tak pasal beraya di hospital..

SELAMAT HARI RAYA DARI DZULFADLI ELLIAS & DEANNILY LEE

Go and get ur life ^^

My Ping in TotalPing.com Kedai Backlink,Backlink Percuma Blogged.my

Monday, August 5, 2013

Projek ketam besar punya!

Tak sangka lagi 2 atau 3 hari je kita akan menyambut kedatangan Syawal kan! Masa berlalu begitu pantas. *lompat bintang*. 

So preparation raya uols macam mana? Me finally rasanya dah complete kot keperluan untuk diri sendiri. Tu pun nasib baik keluar hari sabtu kalau tak maybe masih ada yang tak complete lagi. 

So hari Sabtu si Lee pick up aku then dalam kereta tu aku tanya la ada nak cari apa-apa lagi tak untuk raya sebab aku pun nak cari kasut. Then dia cakap dia pun memang nak cari kasut. Haaaa ok la tu dia pun ada tahu satu tempat jual kasut yang cantik-cantik dan harga pun sangat okay kat area Setapak. So first destination weols gerak ke Setapak. Dah alang-alang dia nak hantar gitar kat studio sekali plus nak pick member weols untuk mencari ketam! 

Opsss! actually plan sebenarnya memang nak makan ketam! Ketam bukan sebarang ketam, ni ketam gemok punya. Hihihi. So Lee ni suggest satu tempat kat area Ampang. Sampai je restoran tu ohemgeeee ramainya manusia. Nasib masih ada tempat, stress aku jap. Hihihi tapi bila sampai makanan depan mata terus hilang stress. Lapa punya pasal. Tapi bila tengok ketam depan mata seronok terus!






Dah kenyang makan aktiviti lepas tu menuju ke Sunway Pyramid sebab nak cari seluar jeans aku. Yang member weols pula nak pi cari barang kat Daiso. So memandangkan dah pukul 9.30pm weols pun dengan lajunya terjah kat kedai masing-masing. Takut tak sempat dah tutup kedai. hahahaha


So hasilnya aku dapat la cari 2 helai jeans dan sepasang kasut. Btw kasut tu selesa sangat, I love it! TQ sayang. 

Go and get ur life ^^

My Ping in TotalPing.com Kedai Backlink,Backlink Percuma Blogged.my

Friday, August 2, 2013

Sambal Sotong Simple versi Cik Pinky

Malas nak sembang panjang, ngantuk sebenarnya ni so kita terus pada point jela ye..

Bahan-bahan :

Sotong
Cili kering dikisar
Bawang merah dan bawang putih dikisar
Asam jawa dibancuh
Garam
Gula

Cara-cara :

1) Tumiskan bahan yang dikisar dengan sedikit minyak
2) Masukkan air asam jawa yg sudah dibancuh
3) Bila cili kering dah berubah warna masukkan sotong. Masak hingga sebati
4) Masukkan sedikit garam dan gula. Biarkan sehingga cili dan sotong benar-benar masak.




Go and get ur life ^^

My Ping in TotalPing.com Kedai Backlink,Backlink Percuma Blogged.my

Tuesday, July 30, 2013

It's Okay

CRY, if it makes you feel better
SCREAM, if it makes you feel free



Go and get ur life ^^

My Ping in TotalPing.com Kedai Backlink,Backlink Percuma Blogged.my

Setia Walk ke Sunway Pyramid

Mencuba angin di tempat baru itu lah tajuk yang paling kena dengan story aku kali ni. Actually hari sabtu petang bersamaan dengan 27 Julai 2013 tu lepas Lee habis kerja weols cadang nak keluar tengok wayang kat Setia Walk. Benda ni memang dah plan agak lama juga tak silap awal bulan haritu, almaklum la kawan si Lee kata wayang kat situ dah macam tilam, alaaaa yang beanieplex tu. Nak tido ke nak telentang ke sukahati la. Aku pula tak pernah try wayang bertilam ni so apa lagi teringin la juga. 


So pergi la usyar tiket The Wolverine nasib ada yang pukul 6.15pm. Weols bedal je amik tapi dah sah-sah nanti tak sempat nak berbuka kan? Apa nak risau sebab nanti tapau je hotdog and air awal-awal before masuk wayang. So sementara nak tunggu wayang start tu weols pi la jalan-jalan menikmati pemandangan Setia Walk tu, memang betul walk la sampai jadi blur tak tahu nak pi mana. Mana taknya mostly kedai yang weols nampak kedai makan je. Gulppp!Telan air liur lagi. Haha tapi seriusly tempat memang cantik, aku suka je! Nak photoshoot pun best.


Dalam wayang resah gelisah juga la menunggu waktu berbuka, lapa kot! Masuk waktu berbuka je tak cakap banyak terus makan benda yang di tapau. Hahaha siap aku boleh cakap lapa lagi kat Lee. Puasa kan......... Nafsu makan macam jin sikit.

Dah habis wayang terus gerak Sunway Pyramid cari Sushi King, bukan taknak makan kat Setia Walk tu tapi macam tak tahu nak makan apa sebab new place kot. Takpe lain kali kita kasi tawaf itu Setia Walk. 


Yummyyyyyy.. Yummmyyyy!!!


Amik kau kenyang sangat perot malam tu. Alhamdulillah dengan nikmat yang diberi. Hiks! Dah habis makan apa lagi jom la balik rumah ye. Da malam kan......

P/s : Sebelum kuar dating tu actually aku dah siap awal, tapi si Lee ni boleh pula request nak aku pakai dress  yg dia beli ni*godek hp cari gambar*.. So tukar baju balik. Tapi takpe janji jumpa... Hihihihihihihihihih *gelak gatal*


Go and get ur life ^^

My Ping in TotalPing.com Kedai Backlink,Backlink Percuma Blogged.my

Sunday, July 28, 2013

1st trial buat Donut

Hari sabtu pagi tu duduk berborak dengan mama and kakak iparku sebelum keluar pergi dating petang nanti, kakak iparku ni memang handal dalam buat pemanis2 mulut ni. So tengah borak tu tetiba timbul nak suruh dia ajar buat donut. My mom dulu waktu anak-anak dia masih kecil reti la, ni bila masing-masing dah besar lupa katanya. Padahal anak dia ni cukup suka makan donut! Tu yang gebu macam donut je badan. Hahaha

Then hari ahad pagi lepas bersahur kakak ipar terus bagi resepi and ajar cara-cara nak buat sebab tengahari nanti dia nak keluar pi shopping raya. So nak tahu apa hasilnya?

Bahan-bahan :
Tepung gandum, 1 paket kecil Yis, Susu tepung (aku guna susu anlene), Sebiji telur, 3 sudu besar planta, Garam, Gula

Cara- cara:
  • Yis direndam dengan air biasa
  • Campurkan adunan tepung gandum, susu tepung, planta, telur dan sedikit garam. Gaulkan adunan hingga sebati
  • Masukkan yis yang direndam sedikit demi sedikit. Gaulkan. Air jika perlu tapi jangan sampai adunan tadi terlau lembik
  • Agak-agak dah boleh dibentuk, terapkan adunan di atas talam untuk digilingkan tetapi jangan sampai terlalu nipis sebab nanti dah tak bulat dengan cantik
  • Kemudian terapkan dengan acuan berbentuk bulat dan buatkan lubang kecil ditengah

  • Biarkan sehingga adunan donut tadi naik sebelum digoreng (10-15minit)
  • Agak-agak dah nampak donut tu naik dan kembang dengan cantik boleh la terus digoreng


  • Bila sudah selesai menggoreng, biarkan sejuk sedikit barulah ditaburkan dengan gula halus. If takde gula halus, gula biasa pun boleh. Macam aku guna gula biasa tu so kene la kisar dulu bagi halus.


So ni la hasilnya yang aku beri nama 'DonutKu Gebu' hihihihi. Aku saja asingkan donut dan gula. So sesiapa nak makan tu pandai la dia gaul sendiri dengan gula coz ada setengah orang bukan suka gula banyak sangat. So ikut la tekak memasing.


P/s : Seronok sangat bila makanan yang kita masak habis dan lebih gembira bila dipuji. Hihihi. Lepas ni nak try buat apa pula??


Go and get ur life ^^

My Ping in TotalPing.com Kedai Backlink,Backlink Percuma Blogged.my

Saturday, July 27, 2013

Ayam Semur 2013 versi Dapur Cik Pinky

Lauk untuk sahur pagi tadi memang sangat simple. Masak satu jenis lauk je tambah dengan ulam-ulaman dan nasi panas. Perghhhh dah boleh terangkat je. Kang kalau masak bebanyak tak habis plak. Banyak mana jela kan nak makan waktu sahur. So bincang ngan mama nak buat ayam semur je.

Bahan2 :

Ayam 
Ubi kentang
Lada hitam
Halia dihiris halus + Bawang putih dihiris halus + Bawang merah
Kulit kayu manis + Bunga lawang
Suun
Santan
Serbuk kunyit + Garam + Serbuk perasa

Cara mengolah :
  • Ayam (Dilumur dengan sedikit garam dan juga serbuk kunyit) digoreng terlebih dahulu, diikuti kentang dan kemudian suun. Asingkan ketepi sebentar
  • Gunakan minyak yang sama untuk menumis bawang putih, bawang merah, halia, kulit kayu manis dan juga bunga lawang sehingga naik bau
  • Masukkan sedikit air beserta lada hitam yang telah ditumbuk
  • Kemudian masukkan kicap, santan, garam dan serbuk perasa. Masak sebentar hingga kuah tadi sebati
  • Bila dah mendidih, matikan dan masukkan semula bahan-bahan yang digoreng mula2 tadi. Gaul rata.

P/s : Sepanjang puasa ni dah dua kali aku rajin bangkit masak. Lepas tu kat opis lemau. Terbaikkk.. Hahahaha

Go and get ur life ^^

My Ping in TotalPing.com Kedai Backlink,Backlink Percuma Blogged.my
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Oh!Belog

Apesal

guabelog

Copyright2010 © Hak Milik Peribadi Pinky_Liscious