Instagram

Wednesday, October 2, 2013

Mengantuk lepas makan


Kebiasaanya lepas kita makan mesti akan rasa ngantuk nak pula lepas makan tengahari. Kenapa ye?




TUBUH BADAN BEKERJA :
Tak perlu rasa bimbang dengan keadaan sebegitu kerana makanan membekalkan tenaga yang diperlukan tubuh untuk bekerja. Secara saintifiknya otak dan usus adalah dua organ dalam badan yang memerlukan tenaga untuk bekerja secara khusus.

So bila kita makan, otak akan merangsang isyarat untuk menukarkan tenaga kepada pencernaan, lalu sel darah merah akan membantu untuk mencerna makanan dan membawa nutrien untuk tubuh. Oleh itu bila proses ini terjadi , sebahagian anggota tubuh akan 'mencuri' masa untuk 'slow down' dan rileks sikit. Ini yang menyebabkan kita rasa mengantuk.

FAKTOR MAKANAN : 
Apa yang kita makan juga mempengaruhi, ada sesetengah makanan yang mempunyai nilai karbohidrat yang tinggi seperti nasi. Nasi yang dimakan itu akan ditukar menjadi glukos bila dicerna. Bila makan banyak glukos, sejenis bahan kimia dalam tubuh yang dipanggil insulin akan dilepaskan untuk menyeimbangkan kandungan itu.

So what to do untuk kurangkan rasa mengantuk ini??

Tak susah sangat pun, kita cuma perlu lebih aktif untuk membekalkan oksigen ke seluruh tubuh. Bila kurang aktif, tubuh pun tak 'fit' dan yang paling tak best automatik semua benda nak buat pun malas. memang rutin seharian kita yang padat membuatkan kita tak ada masa untuk bersenam. Tapi jangan lupa 'jalan kaki' pun dikira satu senaman juga kan? So apa salahnya bila dah kenyang tu cuba jalan kaki sikit contohnya letak kenderaan jauh atau elakkan lif dengan menggunakan tangga. Mungkin ini akan mengurangkan peratusan mengantuk tadi.


Go and get ur life ^^

My Ping in TotalPing.com Kedai Backlink,Backlink Percuma Blogged.my
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Oh!Belog

Apesal

guabelog

Copyright2010 © Hak Milik Peribadi Pinky_Liscious