Selamat berpuasa untuk hari yang ke 6 kawan-kawan!!
Bila muncul ramadhan mesti la orang sebok dok cerita pasal juadah kan. Juadah itu la, bazar ini la. Everything FOOD FOOD FOOD! kat IG pun dok penuh dengan juadah berbuka. Cuci mata dengan makanan jela bulan ramadhan ni. hahaha. So aku pun nak kongsi cerita yang berlaku hari jumaat dan ahad baru-baru ni.
Hari jumaat tu aku dengan beberapa yang lain pi berbuka puasa kat Flaming Steamboat area Setapak. Bayangkan... tunggu my boyfie jemput dari Petaling Jaya - Kajang - Petaling Jaya - Setapak. Can u imagine that?? Almaklum la Petaling Jaya dengan jalan yang jammed memang tak akan boleh dipisahkan. Tambahan orang berpusu-pusu nak balik rumah berbuka that time.1st time aku rasa perjalanan ke setapak seperti perjalanan nak balik kampung je. Terasa jauh sangat, sempat tidur sekejap kot dalam kereta. Haaaaa and yang paling tak ingat berbuka pun dalam kereta okay. Hahaha.
So sampai je kat flaming steamboat tu pun tak silap aku dah nak dekat pukul 8lebih. Then apa lagi terus melantak la. Actually aku steamboat ni kurengggg sikit. Ibarat kalau ada aku makan, if takde pun aku tak kesah sangat. Tapi ok la kita follow je.
Siapa yang suka makan steamboat ni memang layan habis la. Seronok aku tengok diorang ni makan terutama si Ozzie dan Belin. Diorang ni memang hantu seafood aku cakap! Makan tak hengattt tapi badan tetap maintain je. Mana diorang letak makanan tu pun tak tahu. Petua plis!!! ;p
Abaikan pemandangan yang tak berapa cantik kat atas meja tu ye. Hahaha
Lepas dah kenyang, dah borak-borak, dah gosip-gosip apa lagi boleh la beransur pulanggg. Ayuhhhhh!
Eh! nanti dulu story tak habis lagi. Sabar...Tu baru 3 ramadhan, ni nak sambung yang 5 ramadhan punya. Mihmihmih. Sebenarnya tak plan pun nak keluar hari ahad semalam. Yela sebelum tu hari sabtu petang aku ada merajuk sikit ke dia. Tu yang tak bajet jumpa langsung ahad. Tapi entah macam mana mungkin si Lee rindu terlebih kat aku at last meet up juga. Hahahah! *perasan*
Then petang tu around pukul 6 dia jemput aku then terus gerak pergi area Petaling Jaya. Bila aku tanya nak pi mana dia dok kata suprise. Haha! Nak tahu ke apa yang konon suprise sangat tu.... Dia nak bawa aku pi bazar rupanya. Yang lawak tu apa tau, bazar tu dah tak banyak choice, banyak dah habis and tutup. Takde rezeki, kuih-muih pun takde. Tengok jam pun alahai tak jauh dah nak masuk waktu berbuka. Tu la kalau tak kata suprise tadi dah elok aku bawak pergi bazar kat area saujana. Nasib baik mood petang tu romantik sikit almaklum la dengan hujan renyai so mood aku sangat ok. Hahahaha. Lain kali nak bawak dia pi bazar saujana pula. Tapi kene awal sikit sebab takot jadi macam kes ni la datang2 dah lengang je bazar. hihihi
Dah beli apa yang patut weols terus gerak pi Sunway Pyramid, sebab plan dalam kereta lepas berbuka nak tengok wayang.
Habis je makan tak sempat bagi nasi turun kat perot terus usyar tiket wayang. Hahah 'masa itu emas' sangat..... So our choice waktu tu 2 je antara Lone Ranger or Pacific Rim. Last-last Pacific Rim juga jadi pilihan.
Sementara nak tunggu movie start masih ada masa lagi jadi weols pi la masuk tempat game kat sebelah wayang tu je. Eh! sebelah ke depan ke tepi eh?? Entah la aku pun tak tahu nak cakap. Siapa yang dah pergi sunway mungkin tahu la apa yang aku maksudkan tu. Sekali sekala masuk tempat gini syiokkkk juga. Kalau aku masuk tempat gini aku suka main game kereta Daytona. Dulu waktu mula2 kenal dia ni (waktu main tarik tali, konon jual mahal) kalau lawan daytona confirm dia kalah. *muka bangga sambil gosok hidung*
Im a CHAMPHION okayyyyy..... Tapi daytona punya game jela.. hahahahaha
Dah nama pun kaki muzik, gila muzik. Sampai dalam ni pun dok pandang benda gini. Tapi aku suka je layan sebab macam comel-comel je perangai dia waktu main drum set and gitar mainan tu. Eh tu dikira kategori mainan ke?? Tak pasti la yang penting rupa gaya mutu keunggulan ada.
Ok la that's all for today. Bye! Selamat Berbuka Puasa :D
0 sedang makan angin:
Post a Comment