Instagram

Saturday, July 27, 2013

Ayam Semur 2013 versi Dapur Cik Pinky

Lauk untuk sahur pagi tadi memang sangat simple. Masak satu jenis lauk je tambah dengan ulam-ulaman dan nasi panas. Perghhhh dah boleh terangkat je. Kang kalau masak bebanyak tak habis plak. Banyak mana jela kan nak makan waktu sahur. So bincang ngan mama nak buat ayam semur je.

Bahan2 :

Ayam 
Ubi kentang
Lada hitam
Halia dihiris halus + Bawang putih dihiris halus + Bawang merah
Kulit kayu manis + Bunga lawang
Suun
Santan
Serbuk kunyit + Garam + Serbuk perasa

Cara mengolah :
  • Ayam (Dilumur dengan sedikit garam dan juga serbuk kunyit) digoreng terlebih dahulu, diikuti kentang dan kemudian suun. Asingkan ketepi sebentar
  • Gunakan minyak yang sama untuk menumis bawang putih, bawang merah, halia, kulit kayu manis dan juga bunga lawang sehingga naik bau
  • Masukkan sedikit air beserta lada hitam yang telah ditumbuk
  • Kemudian masukkan kicap, santan, garam dan serbuk perasa. Masak sebentar hingga kuah tadi sebati
  • Bila dah mendidih, matikan dan masukkan semula bahan-bahan yang digoreng mula2 tadi. Gaul rata.

P/s : Sepanjang puasa ni dah dua kali aku rajin bangkit masak. Lepas tu kat opis lemau. Terbaikkk.. Hahahaha

Go and get ur life ^^

My Ping in TotalPing.com Kedai Backlink,Backlink Percuma Blogged.my

4 sedang makan angin:

MizzTina said...

wawawa....dh lama xmasak ayam semur ni..

pinky_liscious said...

@MizzTina hhihihih apa lg balik ni masak la untuk suami ;D

Cik Puan Rara said...

eh mcm pelik je nama.xpenah dgr ayam semur ni.hehehe.mcm ayam masak kicap pon ada eh.

pinky_liscious said...

@Cik Puan Rara aah dia macam lebih kurg masak kicap je.. cuma munkin bahan lain sikit..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Oh!Belog

Apesal

guabelog

Copyright2010 © Hak Milik Peribadi Pinky_Liscious