Alhamdulillah sekejap je dah masuk hari yang ke 14 kita berpuasa. Dah ada yang start persiapan nak raya ke camne? Hihi kalau aku rasanya masih awal kot. So takde terpikir pasal preparation nak raya lagi. Mood kegilaan nak shopping raya tu orang kata belom mai lagi. Tunggu kene seru dulu kot.
Btw aku nak kongsi sikit pasal menu sahur untuk family pagi tadi. Entah macam mana timbulnya kerajinan di dalam diriku ini. Eh sorry sikit iols memang sentiasa rajin *mohon jangan muntah*.
Resipi ini menggunakan bahan utama 'mee'. So kalau takde mee pandai2 korang la nak olah macam mana. Haha actually ianya adalah olahan dari mee goreng je. Cuma yang membezakannya mee goreng ada guna cili kering yang di blender untuk bangkitkan rasa pedas tu. Tapi mee kicap ni tak perlukan cili kering, hanya semata2 kicap! and ada bahan tambahan lain yang akan aku sebutkan di bawah nanti.
Bahan-bahan :
Mee Kuning
Kicap (Aku guna kicap cap kipas udang yang manis tu so nanti dah tak payah letak gula)
Bawang Putih + Bawang Merah (Aku tumbuk lumat)
Fish ball
Sawi + Daun Bawang + Daun Sup
Ayam + Sotong (Boleh je kalau nak letak daging ke udang ke. Ikut selera tekak uols)
Garam + Serbuk perasa
Cara memasak:
1) Masukkan 11/2 senduk minyak
2) Tumiskan bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau
3) Masukkan ayam terlebih dahulu dan biarkan sementara baru diikuti dengan sotong
4) Masukkan fishball dan masak sehingga empuk
5) Masukkan kicap dan sedikit air (pandai2 la anggarkan) serta sedikit garam dan juga serbuk perasa. Biarkan sebentar
6) Masukkan mee dan sayur sawi, masak sehingga sebati
7) Akhir sekali tabur daun bawang dan daun sup untuk naikkan lagi bau. Gaulkan sekejap sahaja sehingga rata dan matikan api.
Tadaaaa..... Ni la hasil air tanganku untuk sahur tadi.
P/s : Bulan puasa ni tak elok sangat sahur makan pepedas. Kang sakit perot naya je. Selamat menempuhi hari ini dari lapar dan dahaga ye :D
2 sedang makan angin:
rajinnya awk dik..
hehehe sebab teringin tu kak....
Post a Comment