Instagram

Sunday, July 28, 2013

1st trial buat Donut

Hari sabtu pagi tu duduk berborak dengan mama and kakak iparku sebelum keluar pergi dating petang nanti, kakak iparku ni memang handal dalam buat pemanis2 mulut ni. So tengah borak tu tetiba timbul nak suruh dia ajar buat donut. My mom dulu waktu anak-anak dia masih kecil reti la, ni bila masing-masing dah besar lupa katanya. Padahal anak dia ni cukup suka makan donut! Tu yang gebu macam donut je badan. Hahaha

Then hari ahad pagi lepas bersahur kakak ipar terus bagi resepi and ajar cara-cara nak buat sebab tengahari nanti dia nak keluar pi shopping raya. So nak tahu apa hasilnya?

Bahan-bahan :
Tepung gandum, 1 paket kecil Yis, Susu tepung (aku guna susu anlene), Sebiji telur, 3 sudu besar planta, Garam, Gula

Cara- cara:
  • Yis direndam dengan air biasa
  • Campurkan adunan tepung gandum, susu tepung, planta, telur dan sedikit garam. Gaulkan adunan hingga sebati
  • Masukkan yis yang direndam sedikit demi sedikit. Gaulkan. Air jika perlu tapi jangan sampai adunan tadi terlau lembik
  • Agak-agak dah boleh dibentuk, terapkan adunan di atas talam untuk digilingkan tetapi jangan sampai terlalu nipis sebab nanti dah tak bulat dengan cantik
  • Kemudian terapkan dengan acuan berbentuk bulat dan buatkan lubang kecil ditengah

  • Biarkan sehingga adunan donut tadi naik sebelum digoreng (10-15minit)
  • Agak-agak dah nampak donut tu naik dan kembang dengan cantik boleh la terus digoreng


  • Bila sudah selesai menggoreng, biarkan sejuk sedikit barulah ditaburkan dengan gula halus. If takde gula halus, gula biasa pun boleh. Macam aku guna gula biasa tu so kene la kisar dulu bagi halus.


So ni la hasilnya yang aku beri nama 'DonutKu Gebu' hihihihi. Aku saja asingkan donut dan gula. So sesiapa nak makan tu pandai la dia gaul sendiri dengan gula coz ada setengah orang bukan suka gula banyak sangat. So ikut la tekak memasing.


P/s : Seronok sangat bila makanan yang kita masak habis dan lebih gembira bila dipuji. Hihihi. Lepas ni nak try buat apa pula??


Go and get ur life ^^

My Ping in TotalPing.com Kedai Backlink,Backlink Percuma Blogged.my

2 sedang makan angin:

Cik Eka said...

pergh gebu. Hehehe

eka tak reti buat donut! arrrr sedih. Tapi suka makan je. Hihihi..

Eka suka kalau gaul ngan icing sugar. Setengah org suka gula castor. Tapi eka tak suka. Lagi2 makan donut, tergigit gula tu. ngilu plak. Heehehe

pinky_liscious said...

@Cik Eka hehe.. eka boleh try,, bahan dia pun simple je.. mana tau pasni da pandai wat selalu nak wat sebab suka makan.. hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Oh!Belog

Apesal

guabelog

Copyright2010 © Hak Milik Peribadi Pinky_Liscious