Instagram

Monday, October 29, 2012

Jimba

Last sunday iols keluar mencari ketenangan. Haha! Sambil nak usyar aksesori untuk kereta kat Pekan Kajang yang sangat la boring tu. Tapi tak jumpa yang berkenan di hati. Then suddenly ada orang ajak pergi Sunway Pyramid. So iols pun dengan hati yang riang dan sedikit gemuruh tu pun on jela.

So sesampai je di Sunway Pyramid 1st place yang weols tuju ofcourse la wayang! Lama kau akak tak tengok wayang. hahaha! Berbulan da rasanya. Cerita la apa pun movie baru kat aku memang aku tak tahu! So disebabkan waktu yang tak berapa nak mengizinkan weols pun decide tengok wayang yang awal la. Nasib baik Taken 2 start pukul 5.40pm.

Then after dah beli tiket weols pun pergi la cari tempat nak makan sebab dia ni belom makan lagi. Mesti la lapar gila kan! So weols just makan kat The Chicken Rice Shop jela.


Lepas dah kenyang melantak apa lagi jalan-jalan la usyar apa yang patut sementara nak tunggu wayang start. Pusing punya pusing nak cari barang kereta last-last dia yang beli untuk kereta dia. Hahaha! Dah terbalik, aku yang nak cari last-last dia yang jumpa apa yang dia perkenan. Tak kisah la after that weols pun terus menuju ke wayang la sebab movie dah nak start. For me Taken 2 ok la jalan cerita dia. Mahu terkejut-terkejut juga aku dalam tu. Jiwa lembut la katakan! Yang dia pula cool je sambil makan popcorn! HAHAHAHA. Comel!

Habis je tengok wayang weols gerak ke Bukit Bintang pula sebab our friend main busking kat situ. Then dia pun join juga la nak berbusking. Aku follow je sebab lama gila dah tak tengok orang busking. Last tengok pun time study dulu sebab rajin merayap kan! Ngeee


So thats it jela yang berlaku hari ahad lepas. Nanti bila ada story lagi aku update ok :)

Go and get ur life ^^

My Ping in TotalPing.com Kedai Backlink,Backlink Percuma Blogged.my

Wednesday, October 24, 2012

Tak dapat buat apa-apa

Nothing pun nak update just entry ni mengenai apa yang aku rasa and pikirkan sejak akhir-akhir ini. Ok! How to start eh....... *thinkingggg*

Apa yang korang rasa bila korang tak dapat buat apa-apa untuk orang yang korang sayang? Even dia tak pernah minta apa-apa pertolongan and tak pernah harap yang kita akan tolong pun. And yang paling sukar sekali bila dia taknak cerita or maybe dia tak tahu nak cerita or maybe its too private,, But sometimes kita boleh rasa kot bila dia ok and tak. Even memang dia akan cakap dia ok but air muka ni kadang-kadang dah boleh gambarkan apa yang berlaku "Apa yang berlaku tak seperti yang diucapkan".. Tapi boleh ke korang ignore je macam nothing happen? I dont think so. Melainkan ko ni jenis manusia yang memang dilahirkan takde perasaan yes maybe la. 

Why la so difficult this situation. Or diri sendiri je yang rasa benda ni macam difficult? Macam rasa ada batu hempap je kat diri! Coz?? U cant do anything for someone u care even as a friend. Tu yang buat rasa macam OH i'm a loser.

1 THING THAT I CAN SAY :

 

Go and get ur life ^^

My Ping in TotalPing.com Kedai Backlink,Backlink Percuma Blogged.my

Tuesday, October 23, 2012

Kau Yang Terindah




Ku disini mengalunkan rindu yang resah
Aku disini memuja bayangmu
Setiap detik degup nadiku hanya untukmu
Cinta membara jiwa gelora

Kau yang terindah didalam hidupku
Hanya cintamu mekar selamanya
Tak inginku lagi mencintai yang lain
Kau telah mengikatku selamanya

Ku disini menantikan janji yang hilang
Aku disini menghitung harapan
Setiap detik tiap nafasku ada cintamu
Bagai semalam semuanya hilang

Kau yang terindah didalam hidupku
Hanya cintamu mekar selamanya
Tak inginku lagi mencintai yang lain
Kau telah mengikatku selamanya

Ku disini menantikan janji yang hilang
Aku disini menghitung harapan
Setiap detik tiap nafasku ada cintamu
Bagai semalam semuanya hilang 2x

P/s : Jatuh cinta dengan melodi and lirik. Meaningful :')


Go and get ur life ^^

My Ping in TotalPing.com Kedai Backlink,Backlink Percuma Blogged.my

Thursday, October 11, 2012

Langkah Kanan

Semalam genap 3 hari aku bekerja berseorangan. Almaklum la my partner pergi kursus 'Fail Meja'. Kursus tempat best pula! Kat Shangri-La Putrajaya. Sob sob sob. So lunch semalam tetiba diorang panggil suruh datang makan kat sana. Ingatkan gurau je rupanya betol. HAHA. Langkah kanan sangat uolss! Da la memang lapar gila that time dengan tak breakfast lagi, nak tunggu waktu lunch dalam sejam lebih itu memang sangat la dugaan okay....

Dalam kepala dah bayang makanan sedap-sedap! Tahu jela kalau orang lapar kan memang imagine makanan depan mata je. So semalam dalam 12.30 aku dengan 1 lagi staff MIROS bergerak la ke Putrajaya untuk makan sedap. HAHAH *yang penting free kau* bukan selalu dapat kennn...

So sampai je ya ampun banyak bangat makanannya. Mata jadi tak keruan melihat. Bila dah banyak pun susah sebab jadi tak tahu nak makan apa. Biasa la tu. So last-last aku makan apa je nak tahu? Sila tengok gambar yang akan menyusul ok :)

1st sekali aku makan benda ni dulu <Kebab, Chicken Chop, Lamb Chop and Kentang>

P/s : Kebab dia sangat sedap! Tak cukup. HAHA. kalau tank aku besar mahu aku sumbat lagi. Takpe-takpe jangan diikutkan nafsu tu sangat.


2nd aku makan Dim Sum. Seriusly ni la pestime aku try benda ni. Ok la tapi takde la selera aku sangat.


Dessert pula aku pilih aiskrim je ;)


So itu jela yang aku makan. Now bab makan dah close! Nak tunjuk sikit environment semasa aku makan kat situ pula. Ni pun akak office yang ambilkan coz aku tengah makan.






Lepas makan sempat diorang ambil angin kat luar. Macam syiok je. 



Tu jela untuk hari ini. Sekian.


Go and get ur life ^^

My Ping in TotalPing.com Kedai Backlink,Backlink Percuma Blogged.my

Monday, October 8, 2012

The Art of Effective Customer Communication

Entry kali ni agak basi sedikit sebab dah beberapa hari jadi pekasam. Almaklum la tak ada masa dan mood untuk menghupdate. Nak update pun kene tunggu ada mood tau. Kang kalau takde habis tunggang-langgang blog jadinya. Hahaha

Ok entry ni bukan aku nak bercerita panjang tentang communication atau art. Just nak cakap last week hari Khamis dan Jumaat aku join kursus tu. Actually ianya wajib juga sebab as a customer service officer * terasa besar gitu * haha banyak benda yang aku perlu tahu. Banyak ilmu-ilmu yang boleh aku dapat from that kursus. How to handle customer yang bermacam-macam ragam. Ragam manusia ni sedia maklum jela NAUZUBILLAH. Banyak point-point yang sangat berguna aku dapat and the best thing is aku boleh gunakan untuk kehidupan seharian aku. Jeng jeng jeng ;p

So sepanjang dua hari aku join kursus tu ok la sebab staff-staff yang terlibat pun sporting and senang berkerjasama. Dari yang aku tak pernah bercakap and kenal pun aku dah kenal. Hihi. So kira ok la fun la juga. Nah aku sertakan sedikit gambar untuk tatapan :)

Day 1 : Me? Yang duduk muka tak nampak tu :( hahaha fokus konon!

Day 2 : Ada game yang aku sampai ke sudah tak paham! grrr

P/s : Today ada staff yang kene pergi kursus untuk fail meja kat Shangri-la, Putrajaya. Me?? Office jela.. hahah
Go and get ur life ^^

My Ping in TotalPing.com Kedai Backlink,Backlink Percuma Blogged.my
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Oh!Belog

Apesal

guabelog

Copyright2010 © Hak Milik Peribadi Pinky_Liscious