Instagram

Saturday, June 18, 2011

PETUA:wajah yg kusam.....

cara2nya:

1)Pukul sebiji kuning telur dengan 1/2 sudu kecil minyak jagung serta beberapa titisan air. pukul hingga sebati.Then ratakan ke seluruh kulit wajah kecuali mata. Lakukan dengan berhati-hati dan lembut. Kemudian tidur dengan kedudukan kaki lebih tinggi daripada kepala agar aliran darah dapat beredar dengan baik.Ini kerana aliran darah dalam badan yang baik akan membantu menyerikan kulit wajah.

Tunggu sehingga 5-10 minit. Kemudian bersihkan wajah seperti biasa dengan air. Air baik untuk kesihatan kulit wajah. Jadi amalkanlah pembersihan wajah.


2)Petua ini menggunakan jus nenas untuk mengembalikan keremajaan kulit wajah. Enzim yang terdapat pada nenas dikatakan dapat mengeluarkan sel-sel kulit mati yang berada pada permukaan kulit wajah. Sel kulit yang mati menghalang kulit daripada bernafas dan seterusnya menyebabkan lebih banyak tisu kulit mati.

Cara-cara untuk menyediakan jus nenas tersebut (kisar dan tapis untuk mendapatkan jus). Tambah sedikit air jika jus tersebut kelihatan terlalu pekat. Petua lain adalah dengan mencampurkan jus nenas ini dengan jus carrot (carrot juga dikatakan dapat mencerahkan kulit wajah).

Cara dengan rendamkan beberapa keping kain kasa atau tisu muka ke larutan tadi. Kemudian baring dan letakkan kain kasa atau tisu muka yang telah direndamkan ke larutan tadi pada muka. Tunggu sehingga 15 minit sebelum membersihkan wajah dengan air suam.

Gosok secara perlahan kulit wajah dengan kain lembut. Ia dikatakan akan mengeluarkan sel kulit mati yang telah berjaya dilongggarkan dengan melakukan petua di atas tadi.

bersihkan semula wajah dengan air suam dan seterusnya dengan air sejuk. Kemudian keringkan wajah sepeti biasa.Air suam dikatakan dapat membuka liang-liang roma dan air sejuk pula dikatakan dapat membantu mengecilkan liang-liang roma. Jadi inilah sebabnya air suam digunakan dahulu sebelum air sejuk.

Go and get ur life ^^

My Ping in TotalPing.com Kedai Backlink,Backlink Percuma Blogged.my

1 sedang makan angin:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Oh!Belog

Apesal

guabelog

Copyright2010 © Hak Milik Peribadi Pinky_Liscious