Instagram

Thursday, August 15, 2013

Marathon Hari Raya 2013

Hari ni dah start kerja. Tapi mood kerja tu masih belom ada. Yang ada mood cuti! hahaha. Padahal dah cuti sakan tak sedar diri agaknya. Meh nak cerita sat aktiviti aku di hari raya..

Day 1 :
Seperti biasa kalau hari raya pertama memang aku beraya di Perak. Oh Perak ni kampung belah ayah aku. So macam biase la bangun pagi2 dah siap2. Pastu terus hidang mana yang patut sebab rumah atok aku ni selalunya orang surau akan datang ramai-ramai. Kalau orang jawa panggil 'BARAAN'. 


Day 2 :
Baru ada masa nak keluar beraya dekat rumah sanak saudara yang ada dekat area Perak. Pastu bawak anak-anak kecil keluar jalan memang abes kene paw je aku ni. Mana taknya kalau dah bawak diorang keluar jalan memang pokai la ahkak ni kan. Hahaha nak jajan all the time!


Day 3 :
Dah start packing barang sebab nak balik KL. Gerak dari kampung pun dah petang sangat. Tapi maik aihhh jalan jem giler. Lebih kurang 9jam perjalanan dari Perak ke Kajang. Sampai rumah je terus packing barang sebab esok pagi aku dah kene gerak pergi Perlis pula. Memang dugaan mengantuk tu jangan cerita la. Letih sangat.

Day 4 :
Bertolak dari Kajang pukul 10am. Nasib baik jalan tak jem teruk. So sampai Perlis dah senja jadi rehat2 kejap sebab lepas maghrib si Lee ajak pergi rumah sepupu dia kahwin. 


Day 5 :
Haaa ni dah mula banyak aktiviti. Kami dibawa berjalan ke Tasek Melati. Tasek melati memang la nice, tapi nice untuk orang bercengkerama bak kata Lee. Hahaha. Tapi memang betol pun. Mostly yang aku nampak berpasangan. Aishhh salah tempat ke apa la kami pergi ni. Pastu kitorang gerak ke The Store beli barang dapur sikit sebab Lee nak masak-masak untuk kami. Malam tu pula lepas isyak kitorang keluar pi karaoke dengan member-member Lee. Habis karaoke melantak char kuew tiaw pula kat gerai berdekatan dengan tempat karaoke tu tapi tak sedap sebab mungkin waktu memasak tu tertumpah garam! Makan 3 4 suap je dah tolak tepi.


Day 6 :
Kami terus gerak ke Gua Kelam. Tapi tak habis teroka pun sebab penat jauh kot. Badan waktu ni jangan kata peluh, naik gatal2 dan melekit. Then after Gua Kelam, pi singgah kat Tasik Timah Tasoh. Dah puas jalan-jalan perut lapar cadang nak pekena Nasi Ganja. So pergi la makan kat gerai apa entah aku pun lupa. Dah habis makan singgah The Store lagi. Haha boleh jadi model The Store lepas ni mana taknya semalam The Store arini The Store lagi. Nak buat macam mana bandar kecil kan.









Nasi ganja yg tak berapa nak ganja. LOL

Day 7 :
Packing barang nak balik KL. Sebelum balik KL singgah sat kat rumah adik Lee (Dikna) dekat Sg. Petani. Best sangat sebab dapat jumpa si Isyraf dan Qaireen. Then last stop pi rumah kawan Lee (Bob & Tina) dekat Kulim. Si Bob dan Tina ni pon boleh dikatakan baru juga la dapat baby girl yang diberi nama Alesya. Dalam pukul 5pm jugak la baru kitorang gerak ke KL. Alhamdulillah selamat juga sampai rumah dalam pukul 1am. 

Qaireen

Isyraf

Baby Alesya (Mix Chinese + Melayu)

Itu saja lah diantara memori raya untuk tahun 2013. InsyaAllah raya tahun depan jika dipanjangkan umur kita bakal bersua lagi di lain entry khas untuk raya. Peace~

Go and get ur life ^^

My Ping in TotalPing.com Kedai Backlink,Backlink Percuma Blogged.my

2 sedang makan angin:

Shela Abd Rohman said...

char koey teow kat kwsp ke? akak palingg suka kat situ.. bagi akak palingg la sedap.. tapi maybe mase wawa pegi tu 'tertumpah garam' ;)

pinky_liscious said...

@Shela Abdrohman yup yup!! mungkin la. tapi seyes waktu kita tu masin bak angggg

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Oh!Belog

Apesal

guabelog

Copyright2010 © Hak Milik Peribadi Pinky_Liscious