Instagram

Thursday, June 27, 2013

Jodoh?


As a human nak memilih, mencari or menjumpai 'JODOH' bukannya mudah. Tanpa usaha dan hanya menyerahkan bulat-bulat kepada takdir memang sampai ke sudah la tak jumpa, melainkan setelah kita gigih berusaha kemudian masih belum menemui jalannya baru meletakkan segalanya kepada yang lebih mengetahui kerana setiap yang terjadi telah ditetapkan oleh-NYA. 


Adalah penting usaha kita untuk merisik, menyiasat, menyoal selidik dari segala bentuk pencarian maklumat dan latar belakang insan yang kita cenderung ingin menerimanya as a 'TEMAN HIDUP'. Tapi bukan lah ingin mencari kesempurnaan apatah lagi ingin menyelongkar keburukan seseorang, cuma ianya adalah sebagai persediaan bagi diri sendiri dalam membina sesuatu ikatan justeru bersedia menempuhi segala kemungkinan yang tidak dijangka.

Sebaiknya berbincang lah dengan orang tua kita atau orang-orang yang amanah dan berilmu. Kita bukan meminta orang lain membuat keputusan, cuma kita mendengar pula pandangan mereka kerana mereka ini juga adalah 'mata' dan 'telinga' untuk kita memilih teman hidup.

Bila mana keputusan telah dibuat, jangan pula bermain-main dengan keraguan perasaan seperti :

  • Akankah lelaki ini kelak membahagiakan diriku?
  • Adakah lelaki ini akan menjadi pemimpin yg baik untukku?
  • Tulus ikhlaskah cinta dan kasihnya padaku?
  • Adakah lelaki ini kelak akan menghormati dan menghargaiku sebagai seorang isteri?
  • Bagaimana kelak dia akan melayaniku sebagai isteri?
  • Adakah lelaki ini kelak boleh menyesuaikan diri dan berbuat baik dengan ahli keluargaku?
  • Adakah hati ini akan bahagia jika terlibat dengan poligami?
Sesungguhnya persoalan ini adalah penting bukan untuk si dia bakal suami, tapi manfaatkanlah persoalan ini untuk perbaikan diri kita dalam menjadi seorang isteri. Jika jawapannya tak seperti yg kita jangka dan harapkan, bila-bila masa saja alam perkahwinan akan mengundang kecewa berpanjangan.

Sebaliknya bertanyalah pada diri :
  • Adakah keperibadian diriku ini kelak akan membahagiakan hati suami?
  • Adakah karakter diriku ini membuatkan suamiku tenang dan senang dengan diriku sebagai isteri yg dipimpin?
  • Mampukah diriku tulus mencintai suamiku kerana Allah, bersabar dan berhikmah dengan 1001 kelemahannya?
  • Mampukah kelak diriku menghormati keputusan dan tindakan suamiku sebagai pemimpin, walau ia berbeza dengan kehendak dan rasa hatiku?
  • Mampukah diriku menjadi isteri yg merasa cukup (qanaah) dan menghargai pemberian dan kebaikan suamiku setulusnya?
  • Kelak adakah diriku mampu memilih akhlak seorang isteri yg penuh ketaqwaan sewaktu hati dicuit ketidakpuasan, kemarahan dan kesedihan?
  • Harus bagaimana nanti untukku menyesuaikan diri jika ibubapa mertua dan ipar duai tidak serasi cara hidup dan pemikiran denganku?
  • Seandainya diriku menjadi isteri kedua ketiga, apakah sumbangan dan perananku untuk menambah kebahagiaan suami dan keluarganya yang sedia ada?
Memang kita takut jika tersalah pilih dalam membuat keputusan untuk pernikahan, namun percayalah Allah bersama dengan orang yg melakukan kebaikan, yg sentiasa melakukan perubahan ke arah kebaikan.

Sikap, karakter dan penghayatan Islam pada diri kita sendiri InsyaAllah kelak akan bawa pengaruh yang besar pada suami dan rumahtangga.

Isteri yang baik tidak semestinya memiliki suami yg baik, begitu juga sebaliknya. Ini kerana pernikahan adalah ruang ujian dan teman hidup kita berkemungkinan akan menjadi ujian yang paling getir dalam hidup kita.

Suami akan berubah cuma cepat atau lambat sahaja. Namun moga sifat dan sikap yang penuh kebaikan mampu menjemput suami dan anak berubah kepada jalan yang lebih baik.

P/s : Sumber dari BLOGGER ni :)



Go and get ur life ^^

My Ping in TotalPing.com Kedai Backlink,Backlink Percuma Blogged.my

0 sedang makan angin:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Oh!Belog

Apesal

guabelog

Copyright2010 © Hak Milik Peribadi Pinky_Liscious