Malam ni pink nak kongsi sikit perkara yang mungkin berlaku kat semua perempuan yang normal la. hehe. Ok!! Malas nak kias panjang2 terus pd topik eh.. Perempuan dan dot.....??
Mean, perempuan dan airmata. Nape perempuan mudah menangis? As a gurl pink huraikan la sebab musabab dia k. Ade beberapa sebab yg boleh membuatkan hati perempuan ni tersentuh. Antaranya ialah :
- Emosi : Selalunya perempuan menangis disebabkan emosinya terganggu atau rungsing dengan sesuatu. Perempuan tak sama ngan lelaki. Lelaki dari segi mentaliti lebih kuat berbanding perempuan. Perempuan sangat mudah dipengaruhi emosi berbanding pertimbangan akal yg waras. Mereka akan mengekspresikan emosi yg dilalui dengan tangisan. Kerana dengan tangisan sudah cukup menggambarkan apa yang dirasai oleh perempuan. Sebab tu la Allah menciptakan lelaki lebih kuat berbanding perempuan sebab lelaki adelah pelindung kepada perempuan. Malah lelaki sifatnya lebih kepada pertimbangan dalam melakukan sesuatu hal berbanding perempuan yg suka mengikut perasaan. Perempuan ngan sensitif tak dapat dipisahkan.
- Kenangan : Pemikiran prempuan juga sangat kompleks berbanding lelaki. Malah perempuan juga lebih mudah mengingati setiap detik yang pernah dilalui tak kira ianya manis atau pahit. Its a normal thing. Sumtimes dengan tiba2 je perempan akan menangis bila kenangan2 lama mengusik jiwa mereka. Sebab tu la perempuan lebih matang dalam membuat sesuatu keputusan kerana dengan kenangan2 lama tu membantu diri mereka untuk muhasabah serta memperbaiki kelemahan yg ade pd diri mereka berbanding lelaki yg hanya ambil mudah dalam sesuatu perkara.
- Marah : Perasan tak sumtimes perempuan lebih cenderung untuk menangis bila dlm keadaan marah. Lagi2 bila sum1 yg mereka syg atau rapat melakukan sesuatu perkara yg mereka tak suka. Tapi bila da penat nangis2 mesti diorg akan cool sikit sebab da luahkn ngan air mata.
So, kalau nampak perempuan menangis jangan sesekali menyangka mereka tu gedik,ngade or anything la sebab mungkin mereka mengalami situasi di atas. Biarkan mereka menangis dahulu kerana sebenarnya ngan tangisan tu la dapat menenangkan sedikit hati mereka.
BUT!!! jangan ambil mudah bila nampak gurl menangis. Actually mereka memrlukan anda untuk mententeramkan keadaan. So guys alert la ngan feeling perempuan tu k. Lagi2 kalau korang sygkan perempuan tu. :)
P/s : Jangan la sesekali menjadi penyebab untuk perempuan menangis sebab airmata seorang perempuan tu sangat bernilai sebenarnya. Renungkan. :)